بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالاَتِ اللهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلاَ يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلاَّ اللهَ وَكَفَى بِاللهِ حَسِيبًا

Ahad, Jun 01, 2008

SYUKUR & TERIMA KASIH


Maksud firman Allah SWT:
"Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami, melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman mesti bertawakkal." (At-Taubah:51)

Alhamdulillah saya dan isteri serta dua orang anak terselamat apabila kereta yang dipandu isteri terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan, kilometer 315 kira-kira jam 4.30 petang Khamis kelmarin.

Kejadian berlaku dalam keadaan hujan renyai-renyai ketika saya dalam perjalanan ke Ipoh untuk menghadiri mesyuarat di pejabat Badan Perhubungan PAS negeri. Kereta kami terlibat dalam kemalangan apabila sebuah kereta di hadapan kami berlanggar dengan sebuah kereta lain kemudian terbabas dan menggeseli sebuah treler, lalu menghalang laluan kami, menyebabkan kami tidak dapat mengelak dan terus melanggar kereta tersebut.

Kereta kami mengalami kerosakan teruk dan kini berada di Balai Polis Trafik Tapah. Kami bersyukur tiada kecederaan berat yang kami alami walaupun isteri saya mengalami sedikit lebam dan bengkak-bengkak di bahagian lengan dan belakang akibat hentakan yang kuat ketika merempuh kereta berkenaan. Saya juga mengalami sakit-sakit di bahagian tengkuk, bahu serta rusuk.

Saya dan keluarga berterima kasih dan mengucapkan Jazakumullahu khairan khathira kepada sahabat-sahabat yang terlibat membantu kami terutamanya saudara Asri dari Jabatan Kastam Di Raja Ipoh yang menumpangkan kami dari tempat kemalangan dan menghantar kami ke ibu pejabat PAS Perak. Terima kasih juga kepada Dr Khairuddin b Dato' Abd Malek (TPJ PAS Perak) yang memberi rawatan segera kepada kami dan juga kepada Dr Azmi Zainoon dari Taiping yang menyediakan kenderaan untuk membawa kami balik ke Semanggol serta membekalkan lagi ubat-ubat untuk rawatan lanjut kami dan anak-anak.

Terima kasih juga diucapkan kepada Tn Hj Abd Rahim Arif (S/U BPPN) yang menguruskan pengangkutan isteri saya pergi dan balik ke Balai Polis Trafik Tapah untuk membuat laporan polis mengenai kemalangan. Tidak ketinggalan juga diucapkan terima kasih kepada pegawai polis trafik yang bertugas pada malam tersebut kerana memudah dan mempercepatkan urusan membuat laporan berkenaan.

Kepada sahabat-sahabat dari ahli PAS Gopeng dan Tapah serta juga anggota Unit Amal yang datang ke Balai Polis Tapah, diucapkan juga setinggi penghargaan dan saya memohon maaf kepada mereka, kerana tidak dapat hadir ke balai polis pada malam itu kerana dinasihatkan oleh doktor supaya berehat. Kemalangan ini agak mengerikan kerana dalam tempoh hampir 10 tahun kami berulang-alik ke Perak, kadang-kadang seminggu 2 atau 3 kali, inilah kali pertama kami menerima musibah. Mudah-mudahan dengan doa sahabat-sahabat dan doa kami sekeluarga dalam usaha meneruskan perjuangan kerana Allah SWT.

27 ulasan:

Sulaiman berkata...

Alhamdulillah, Ustaz dan keluarga dipelihara Allah dari musibah yang lebih berat... Semoga Ustaz dan keluarga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan berpanjangan, Amin!

BusPilot berkata...

Subhanallah, memang waktu tu saya memandu bas ke Penang melalui hiway sebelum Gua Tempurung tu...rasa macam nampak ustaz aje kt tepi jalan tu... rupa2nya memang ustaz...

Alhamdulillah ustaz ok ye...

abe MIE 'TERJAH' berkata...

salam...

apapun ustaz ahmad awang selamat kira syukur lah. tapi kalau perkara lain berlaku kita tidak boleh buat apa-apa kerana INI ADALAH KERJA TUHAN dan kita sebagai manusia hanya berdoa supaya dihindari segala malapetaka.

sekitar tahun 1999-saya selalu dengar ceramah ustaz ahmad awang- dia suka mengutuk dan menghina terutamanya orang UMNO. mungkin apa yang berlaku supaya dia 'menjaga mulutnya' dan peribadi sebagai manusia yang alim.

Mungkin kutukannya diALHAMDULILLAH oleh orang yang dihinanya selama ini.

apapun pengajaran perlu diambil kepada beliau, saya dan pembaca blog semua.

pkrpasdap.blogspot.com

Unknown berkata...

Alhamdulillah, ustaz dan keluarga selamat. Moga di beri kesihatan yang baik dan tabah menghadapi ujian Allah.

Unknown berkata...

Abe Mie,

Aku malas nak sumpah kau jatuh motor.

Aku malas nak sumpah kau tercekik tulang masa makan nasi..

Aku malas nak sumpah kau kena langgar lori 18 tayar masa seberang jalan...

Aku malas nak sumpah kau kena timpa buah kelapa masa tengah jalan kat kampung...

Aku malas nak sumpah kau kena panah petir masa tengah berlindung di bus stop ketika hujan ribut...

Aku malas nak sumpah kau jatuh tergelincir dalam tandas rumah kau sendiri...

Aku malas nak sumpah kau kena angin ahmar....

Agenda kau memang melayu tak abis2.. Kau berselindung dengan nama PKR PAS DAP konon demi nak orang tengok blog kau tu...... Kau memang melayu aje la, sebab tu bila UMNO kena basuh kau yang panas...

Aku tengok dalam MSK pun kau kena gosok...

Kau stick to UMNO punya sites je udahla...

Ingat MIE, aku mungkin malas nak sumpah kau tapi lain orang...? Cukup 40 siap la kau...

Bodoh punya penjilat UMNO..!!!

Shookcree berkata...

Alhamdulillah, Ustaz sekeluarga selamat. Semoga Ustaz sekeluarga sentiasa dalam pemeliharaan Allah. Juga semoga ujian ini menguatkan lagi semangat Ustaz sekeluarga untuk berjuang ke jalan Allah.

Buat yang menggelarkan dirinya 'abg mie'

kata dulang, paku serpih
kata orang, ko ya lebih

antara kutuk 'abg mie' dalam blognya
- Nampaknya Ulama PAS memang kaki perempuan.
- adalah budak suruhan Anwar al-Juburi.
- Kera-kera yang sudah jadi kerajaan kecil- PKR, PAS dan DAP masih menjadi pembangkang.

aku tak lah nak doakan ko ditimpa musibah. Takut apa yang ko kata kat Ustaz berbalik pada ko je. Takut lebih teruk lagi.

ingatuhan berkata...

Salam Ustaz,

Syukur Alhamdullillah Ustaz Sekeluarga terselamat. Kami di pihak Surau 2 Faber Tower mendoakan kesejahteraan Ustaz. Semoga dengan izin Allah boleh hadir ke surau kami memberi kuliah.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

salam..

'viaggi' dan shookcree... malas nak layan..perangai macam monyek.

abe MIE minta kalau jantan (dan bukan pondan), kasilah gambar boleh orang lihat awak nie jenis mak nyah ke atau peliwat....

jangan taksud sangat. ulama adalah manusia dan tidak terlepas dari melakukan kesalahan.

Ustaz ahmad awang pun pernah menegur kerajaan dan tidak salah kita menegurnya.

pkrpasdap.blogspot.com

AraGorN_7 berkata...

salam ustaz...
alhamdullilah ustaz selamat
sy doakan ustaz selamat dan teruskn perjuangan yg belum selesai ini...

takbir....
Allahuakbar..
Allahuakbar..

kearah Malaysia Baru..

nina najwan berkata...

Salam ustaz & keluarga,

semoga semuanya cepat sembuh dan baik belaka dan balik seperti sebelumnya...

Unknown berkata...

MIE,
Aku rasa memang ko ni ada masalah jiwa yang serious dan kronik…

Tidak takkan lah ko fantasizes jadi superman? What ever happened dengan gambar ko yang lama tu?

Omor dah dekat stengah abad tapi masih tak boleh nak tinggalkan zaman kanak2 lagi… mungkin zaman kanak2 dulu tak mampu pun nak kenal komik superman….. kahkahkah…

Satu lagi masalah ko ialah ko antara beberapa kerat melayu yang teramat frust tertonggeng tonggeng kerana kekalahan UMNO & BN dalam PRU 12 baru2 ni kan…?

Dalam sebok ko membantai PKR & PAS lagi baik lah ko buka luas2 otak ko tu (itu pun kalau ada) dan tengok lah sendiri apa yang melayu dapat selama 50 tahun UMNO memerintah?

Jangan jadi takut sangat seolah2 tanpa UMNO melayu akan jadi pelarian di tanahair sendiri..!!

Orang macam ko ni memang jenis takut sangat dengan Islam!!!

Orang macam ko nil ah yang nak kepada Islam dalam hal2 tertentu je seperti Islam ada Had dan ada Hari je… Orang macam ko ni selalu menganggap Tok Guru, Ulam dan Ustaz hanya layak duduk di Masjid dan bercakap soal sembahyang, puasa, nikah kahwin dan hal2 Fiqh sahaja…

Tak usah lah ko nak tunjuk terlebih pandai dalam dunia ni MIE…

Ko lah yang sememangnya monyek, monyek yang bermasalah, bertuankan Kera dari Rembau tu..korok mu…!!!

Shookcree berkata...

buat atok mie(abg mie)

Alhamdulillah! Kutuklah lagi.

Hamba Miskin berkata...

salam..

Huk aloh..abe mie..sedarlah. Ambo malu ado oghe klate macae mu ni mie oii..toksey buak malu saing deh!! Ustaz..maafkan sahabat umno saya ni ustaz...!!

Tanpa Nama berkata...

salam abe mie,

rasanya anda penyokong kuat melayu
tahniah! tapi pada pengamatan saya skrg ni anda perlukan makanan tambahan untuk masalah saraf, serius ni bukan nak ngutuk tapi nak bantu.
pernah cuba jus 23 herba yang boleh membersihkan kekotoran dalam saraf terutama yang halus di otak.
kalau berminat sms 0143233441

satu lagi sume tahu china akan menjadi kuasa ekonomi terbesar di rantau ni dan satahu ambo lah takde pong orang melayu kat sana jadi apa yang kecoh sangat kononnya melayu hilang kuasa ketuanan. yang penting islam berada di merata dunia cuma masih ramai yang tak faham islam dok ingat islam hadhari je mentang2 bush seteru islam yang bodoh tu iktiraf hadhari

jangan lupa sms kalau nak ode

KM berkata...

Alhamdullilah, ustaz & keluarga selamat.

Prosper Pharmacy berkata...

salam
viaggi, shocree n penyokong ulama sume
taktik abg mie cuba naikkan kemarahan
ialah supaya org pergi ke blog
dia yang tak laku tu tengok je la
brape kerat komentar
kesyian adik mie (aku tua dr kau) baru 20thn sunat nak ngajar ulama ke dah 25thn sunat (ye la kut umur 5 thn dh masuk jawi)
satu je aku rasa comel gambar kat tangga
tapi aku rasa tu taktik nak elakkan nampak tak tinggi. dan berdasarkan pengalaman orang yang sentiasa berasa rendah diri ni akan selalu berprasangka yang orang lain suka buli dia jadi apa2 hal biar dia buli orang dulu ye kan?

dan sambil mencedok tulisan subky latif dalam siasah kalau ramai2 baca yasin takkan tak diterima kut oleh Allah walau sorang tak kira la lambat ke cepat agar adik mie kita menjadi bertambah baik macam che det dan baru la layak jadi abg mie

Hubaya Gunung Semanggol berkata...

di Sarawak ada Mi Kolok,
di sini pulak ada MIE KOROK..!!!

Muahahahahahaha.....!!!!!

kulatlapok berkata...

SALAM UNTUK;
VIAGGI & SHOOKCREE,

KOORANG BERDUA JANGAN LAYAN SANGAT 'ABE MIE' TU.AKU DAH SELALU SANGAT TENGOK TULISAN DIA LANGSUNG TAK MEMBINA..

KITA JANGAN KUTUK DIA BIAR DIA KUTUK ORANG LAIN. SEMOGA DIA SEJAHTERA DALAM KETERKUTUKAN...

http://www.kulatlapok.blogspot.com

Kawan Baik berkata...

amie mie,

saya sudah baca entry saudara beberapa post, akan tetapi cara saudara menulis sungguh memalukan...

saya penulisan kita sebenarnya boleh menggambarkan perangai dan kelakukan kita.

bagi saya untuk menyokong sesuatu parti saya fokuskan kepada dasar dan matlamat...

berkenaan pemimpin pas kaki betina, maybe ada...sebab mereka ada nafsu..akan tetapi yang saya dengar terlalu sedikit...kalau nak banding dengan pemimpin umno jauh lebih teruk....terpalit dgn pelbagai scandal...kalau nak sebut terlalu banyak!

abe mie,
sebelum nak mengutuk dan mencerca orang lain, lihatlah pada diri kita masing2...adakah kita ini orang yg baik dan berakhlak? sama2 kita fikirkan... sy pohon saudara suluh diri sendiri dan saya juga suluh diri saya.... di situ kita tahu di mana sebenarnya kita...

tolong tanya hati dan iman kita, di mana kita sekarang? - pertanyaan ini saudara dan saya perlu jawab dalam hati masing2 & x perlu dijawab melalui coretan... di situ barulah kita tahu di mana diri kita di sisi Allah)

ilhamghaz... berkata...

Alhamdulillah, ustaz dan keluarga selamat dari masalah yang lebih berat. Sentiasa kita sama berdoa agar semua selamat dari perkara tidak baik, perkara dah berlaku itu bukan kerja kita. Tentu Ustaz lagi arif dalam perkara ini, ok la ustaz..jumpa lagi!
Ustaz jangan layan komen orang biadap tuu..Assalammualaikum.

izhamjaafar berkata...

Assalamualaikum ustadz

Alhamdullilah ustadz selamat dalam kemalangan jalanraya tempohari kalau tidak mati sia-sia sahaja itupun kalau ustadz sempat bertaubat.

Ustadz orang baik-baik kena tunjuk contoh yang baik,kalau ustadz kata Dr Mahathir ego,jahat,zalim,dan apa sahaja kepada beliau sedikit sebanyak ada juga jasa Dr Mahathir kepada negara ini.

Saya nak tanya ustadz apa jasa ustadz pada negara ini yang boleh saya kenang hingga anak cucu?

Ustadz pernah berkerja dengan kerajaan,pernah makan gaji yang dibayar oleh kerajaan,tidakkah ustadz rasa gaji dari kerajaan yang zalim yang diperintah oleh makhluk luar biasa,manusia yang ustadz samakan perangainya seperti Abu Suffian itu haram.

Di JAKIM dulu apa yang ustadz pernah perjuangkan.Ustadz tak payah kutuk orang lain ustadz lihat diri ustadz terlebih dahulu cukupkah bekalan yang akan ustadz bawa ke akhirat nanti.

Prosper Pharmacy berkata...

nak komen ambilgambar yang harapnya kematian (yang lepas atau akan datang)mak & ayah dia tak sia2 kerana membesarkan anak macam ni.

dah dia tau ustaz orang baik-baik buat pe cakap banyak lagi mungkin dia keturunan kurang baik.

tinggalan firaun piramid kepada kita dan kedudukan dia di sisi allah bole sama ke? begitu juga che det kita yang dibanggakan dan moga2 ambilgambar (ni lg 1 nak komen setidaknya gentleman cam adik mie) akan hidup lama dan melihat cucu cicit dia hidup dengan mengamalkan islam ada had ada hari n baru insaf kut ya la

tang tinggalan ustaz pada anak cucu banyak tapi apa kan daya pemerintah cuba memadamkannya dari buku agama teks menengah dbp hingga ke jasa2 di JAKIM, itukan dan jadi adat resam UMNO sampaikan jasa pejuang kemerdekaan bukan dari kalangan perikatan tak tertulis kat memana dah. tak yah menda ni pun byk dah jasa dia kepada yg menuntut ilmu di masjid n surau lebih lagi ilmu tu diperturunkan kepada ahli keluarga yg mendapat menafaatnya lain la makhluk cam ambilgambar nak dengar pengajian ustaz jauh skali kalau dengar pun penuh prejudis masuk telinga keluar angin kat bawah.

bab gaji dah hak dia dan bekerja dia untuk islam bukannya keje ikut telunjuk mahathir tu sebab masa pencen dia tak dapat surat penghargaan.bab kerajaan zalim atau kuffar tak penting yg pentingnya pegangan kita. kalau ikut cara ambilgambar ni orang islam yg beriman tak leh keje dalam kerajaan US.

kalau ustaz ni nak kaya n glamer mcm kalangan kekawan dia yg lain ucop noor, hamid othman (malah lebih lagi) tanpa perlu sokong umno n tak pedulikan masalah umah di malaysia dah lama dia keje dgn kerajaan brunei atau pusat islam di hong kong malahan di timur tengah. tapi kerana rasa tanggungjawab dia sanggup mengharungi sume cabaran termasuk la dari hantu-hantu kecil n tak glamer mcm ag

wallahua'lam

peon-pencen berkata...

Sah! memang betul le se 'abe mie'
dah GILA SASAU,GILA BABI, asyik meracau membebel tak tentu pasal sana sini.

Ni le akibat nye kalau parti yg disokong dah banyak kalah.

JANGAN LAYAN SI 'abe mie' GILA BABI ni.

izhamjaafar berkata...

Assalamualaikum Munawar.

1-Adakah semua Firaun itu tidak beriman kepada Yang Esa?1000 tahun kerajaan Firaun berapa banyak Firaun yang memerintah bumi Mesir ini.

2-Adakah kita tahu dimana kedudukan kita di sisi Allah?Wallahualam.Adakah kita tahu pelacur itu akan masuk neraka apabila mati kelak.

3-Kita bukannya tahu niat seseorang itu melakukan sesuatu kebaikan yang tahu hanya Allah,Siapa yang tahu niat Tun Mahathir dan Ustadz Ahmad Awang.

4-Saya bukanlah ahli UMNO atau penyokong PAS.Saya cuma orang Melayu beragama Islam yang meluat tengok Ustadz-Ustadz PAS kutuk orang itu dan ini.Opss PRU12 saya pangkah PAS di DUN Chempaka.

5-Bab gaji hak Ustadz...Saya syorkan seluruh kaum kerabat Munawar bekerjalah dengan syarikat arak Guinness atau kedai judi 4 Nombor Ekor,tidakpun dengan Bank Bank yang mengamalkan riba.
Sebabnya bab gaji adalah hak individu kerana kita bukannya peduli dengan dosa yang company itu jalankan yang penting pegangan kita.Kita masih lagi boleh sembahyang 5x sehari ye ke? Susah-susah sangat keja sembelih babi lepas tu boleh samak.

Orang yang jahil melakukan dosa hanyalah kepada kejahilannya sahaja tetapi orang yang berilmu melakukan dosa....

Senderi Mau Ingat La

Prosper Pharmacy berkata...

w'salam ambilgambar

tu la masalahnya sendiri cakap tapi tak mau ingat, kalau orang melayu beragama islam tapi kureng iman susah nak bagi faham tapi alhamdulillah lah pangkah gak PAS tu satu perkembangan menarik dalam sejarah idupkan?

tang bab2 keje insyaallah lah tak penah terfikir nak makan gaji termasuk kaum kerabat aku sebab yakin 9/10 datang dari perniagaan, anyways aku buat MLM international jemputlah join pendapat biar berbeza tapi bab duit satu tujuannya 0176707241/0123229274

tang cite firaun lak dari cita nabi ibrahim sampai ke nabi musa tak dengar pun cite ada firaun yg baik lain la isteri dia tak pun tersilap dengan cite mahafiraun kut

Prosper Pharmacy berkata...

lupa lak nak cakap aku kenal ramai ahli umno tapi baik hati dan juga ramai gak ahli pas tapi busuk hati jadi tak timbul la melayu umno atau melayu pas yg penting muslim mukmin takutkan Allah. bila takut Allah tak tulis ngarut2 dalam ni hendaknya

Hamba Miskin berkata...

Salam...

Bagus..bagus munawar. Anta memang jayyid dalam ilmu mantik,semoga Allah bersama-sama kita dalam mengharungi dunia dakwah bil hikmah.

Solla alan nabi