بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالاَتِ اللهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلاَ يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلاَّ اللهَ وَكَفَى بِاللهِ حَسِيبًا

Selasa, Jun 30, 2009

Cerita Harussani Di Sebalik Peristiwa


Tajuk di atas dipetik dari artikel majalah Milenia Muslim (MM) Bil. 82 keluaran bulan Mei lepas. Ia merupakan tajuk Fokus keluaran berkenaan yang ditulis oleh editor majalah berkenaan, Zulkafly Baharuddin, hasil temubual beliau dengan Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria (TSHZ). Di antara lain, kandungan artikel tersebut dipetik:

"Sekembalinya ke Ipoh, Dato' Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad berkata beliau tidak akan mahu bekerjasama dengan mereka yang zalim. Bagaimana beliau boleh menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalah orang Melayu beragama Islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orang kafir.

Hasil dari keengganan Ustaz Ahmad adalah senario politik di Perak hari ini. Ikuti luahan pandangan beliau, terhadap beberapa peristiwa yang berlaku di Perak hari ini ..."

Saya tidak berhajat dalam posting ini menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan oleh TSHZ dalam majalah berkenaan kerana jawapan saya mengenainya akan disiarkan oleh majalah MM dalam keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya. Memang saya tidak berpuashati atas kelewatan menyiarkannya, walhal Datuk Hj Mohamad Nakhaie Hj Ahmad, penaung majalah berkenaan bersetuju temubual dengan saya itu akan disiarkan dalam keluaran Jun atau Julai. Tunggulah jawapan dan pandangan saya mengenai luahan TSHZ nanti.

Apa yang saya nak tulis di sini adalah mengenai cerita Harussani di sebalik peristiwa masa lalu di antara saya dengan beliau. Di sini suka saya nyatakan di antara saya dan TSHZ tidak ada sebarang masalah peribadi. Hubungan baik kami tidak pernah terganggu dengan perbezaan pendapat dan fahaman politik. Saya sejak dari kolej sudah menjadi pendokong PAS walaupun saya belum menjadi ahli. Kami sering berbeza pendapat mengenai isu-isu semasa samada berkaitan politik, hukum-hakam, undang-undang dan sebagainya. Tetapi adakalanya pula kami sependapat dan sependirian dalam isu-isu seperti gejala murtad, gejala sosial dan keruntuhan akhlak, isu kumpulan anti-hadith, isu pendidikan Islam dan sebagainya.

Latarbelakang Peribadi
Mengenai latarbelakang peribadi, kami kebetulan sama-sama berasal dari daerah Kerian, Perak. Saya dilahirkan di Simpang Ampat Semanggol, manakala TSHZ berasal dari Jalan Baru, Parit Buntar. Perbezaan usia kami juga tidak jauh, umur saya 73 manakala Harussani 70. Seperti kebanyakan penduduk Kerian, kami berasal dari rumpun keturunan Banjar (Al-Banjari). Dalam kad pengenalan sebelum merdeka dahulu tertulis di dalam bahasa Inggeris "Malay Banjarese". Dahulunya keturunan Banjar sangat kuat berpegang kepada agama dan ramai yang menjadi ulama'.

Kami mula berkenalan semasa sama-sama menuntut di Kolej Islam Malaya Klang, Selangor. TSHZ adalah penuntut junior saya, kerana beliau memasuki kolej pada 1960 manakala saya sudah berada di tahun akhir dan menamatkan pengajian pada tahun akademik 1961. Setelah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Kaherah, saya balik ke tanah air bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Ketika itu saya mendapat tahu TSHZ baru saja berpindah ke Pulau Pinang menjawat jawatan Kadhi Besar negeri itu. Sebelum itu beliau bertugas di Bukit Aman dengan PDRM (jawatan beliau saya tidak tahu).

Semasa beliau menjadi Kadhi Besar Pulau Pinang (1966-1984?), beliau aktif berceramah dakwah di Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak. Seingat saya, ketika itu kami belum berbeza pendapat secara yang ketara mengenai isu-isu semasa. Saya masih ingat beliau pernah berkata: "Kita berdua ni sama dianggap sebagai pembangkang kerana pendapat kita yang tegas mengenai isu-isu umat Islam." Waktu itu saya duduk dalam kereta yang beliau memandunya untuk kami pergi ke satu tempat di Pulau Pinang. Saya ketika itu bertugas sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, Bahagian Agama JPM (kini JAKIM).

Berbeza Pendapat
Sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak, mula kelihatan pandangan dan pendirian TSHZ berubah dan berbeza pendapat dengan saya. Antaranya, ikuti beberapa peristiwa seperti berikut:
  • Peristiwa 1: Ketika berlangsung upacara istiadat pertabalan DYMM Sultan Perak, Sultan Muhibbuddin Azlan Shah Ibnu Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah (25 tahun yang lalu), saya menghubungi beliau yang baru menjawat jawatan mufti ketika itu meminta beliau menasihati pihak istana supaya tidak melakukan upacara-upacara yang boleh menjejaskan aqidah. Malah saya mencadangkan supaya majlis fatwa mengkaji dan membincangkan istiadat-istiadat yang bercanggah dengan aqidah itu dihapuskan. Beliau menolak cadangan saya sambil mengatakan beliau telah berjaya membatalkan beberapa upacara dalam istiadat tersebut, walhal sebelum itu beliau mempunyai pendirian yang tegas dalam hal-hal seperti ini.
  • Peristiwa 2: Pada suatu hari, saya menelefon TSHZ dari pejabat saya di bangunan Pusat Islam di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Perkara yang saya bangkitkan ialah tindakan polis menangkap imam dan bilal sebuah masjid di Perak dalam daerah Larut. Tindakan polis itu dibuat kerana kedua-dua pegawai masjid berkenaan dikatakan tidak mempunyai tauliah. Tetapi mereka ditangkap di bawah Akta Kesalahan Agama di bawah undang-undang sivil. Saya minta beliau menasihati pihak polis supaya tidak melakukan tindakan tersebut kerana kes berkenaan adalah di bawah bidangkuasa (jurisdiction) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri. Akan tetapi beliau tidak melayani pandangan saya itu. Kedua-dua orang pegawai masjid itu kemudiannya dibicarakan di bawah Akta berkenaan dan dijatuhkan hukuman penjara. Saya di antara orang yang sangat kuat menentang Akta tersebut yang kemudiannya beberapa tahun setelah dilaksanakan, Akta tersebut terbatal dengan sendirinya kerana sebuah Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan penghakiman bahawa ianya ultra vires dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam.
  • Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.
  • Peristiwa 4: Suatu hari kami berdua menjadi panel forum anjuran Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Perak. Ketika itu saya adalah YDP Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Saya kurang pasti samada TSHZ ketika itu menjadi YDP Jam'iyah Dakwah Perak. Dalam forum yang diadakan di dewan Jam'iyah Perak di Jalan Seruan, Ipoh, saya berbeza pendapat dengan beliau mengenai beberapa isu semasa, terutama mengenai peraturan yang menyekat kebebasan dakwah di masjid-masjid atau surau-surau. Saya menegaskan bahawa undang-undang bersabit dengan tauliah mengajar/berdakwah tidak semestinya dikenakan ke atas pendakwah yang sudah dikenali mempunyai ilmu Islam dan beramal dengannya, kerana undang-undang itu diwujudkan hanya untuk mengawal supaya ajaran yang bathil dan sesat tidak disebarkan kepada orang Islam. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat saya dengan memberi alasan bahawa jika tidak dikawal dengan undang-undang tauliah, maka masyarakat akan berpecah-belah akibat fahaman politik dibawa ke masjid-masjid. Pendapat beliau, fahaman politik hendaklah di"sangkut" di pagar masjid dan jangan dibawa ke dalam masjid. Saya pula berhujah bahawa politik tidak boleh dipisahkan dalam dakwah, yang boleh dielakkan hanyalah politik kepartaian tidak terbawa-bawa dalam berdakwah di masjid/surau. Akhirnya, TSHZ sendiri dilarang berdakwah/berceramah di masjid atau surau di Lembah Klang dua tahun yang lalu apabila beliau sering membangkitkan isu murtad dan mendakwa ratusan ribu orang Islam telah masuk Kristian atau Hindu.
  • Peristiwa 5: Yang terkini apabila beberapa orang pemimpin DAP Perak seperti Nga Kor Meng dan PKR Perak seperti Chan Ming Kai sering memetik keterangan-keterangan dalam Al-Quran dalam ceramah-ceramah politik mereka, timbullah isu hukum membaca Al-Quran oleh non-muslim. Tiba-tiba Mufti Perak mengeluarkan pendapat beliau (bukan fatwa) bahawa orang bukan Islam "haram"/tidak boleh membaca Al-Quran. Saya pula berpendapat sebaliknya dengan bersandarkan beberapa hujah termasuk bukti surat Rasulullah saw yang dihantar kepada Maharaja Hercules, Raja Rom Benzantina. Dalam surat tersebut, Rasulullah saw menuliskan ayat 64, surah Ali-Imran, yang sudah pasti ayat itu akan dibaca oleh Hercules. Sekiranya orang bukan Islam tidak dibenar membaca ayat Al-Quran, maka Rasulullah saw tidak akan menuliskannya dalam surat Baginda itu. Banyak lagi hujah saya yang boleh diikuti dalam majalah Al-Islam keluaran Bil. 426 Jun 2009.
Demikianlah di antara cerita di sebalik peristiwa Harussani dengan saya. Ada lagi beberapa contoh peristiwa perbezaan pendapat di antara kami berdua, namun perkara yang paling penting membezakan Ahmad Awang dan Harussani ialah pegangan dan fahaman politik kami masing-masing. Saya tidak pernah menyembunyikan pegangan politik Islam saya semenjak belum menjadi ahli PAS lagi. Semasa saya memegang jawatan Pegawai Kerajaan tidak pernah saya menyembunyikan pegangan saya. Manakala Harussani berpegang kepada fahaman politik Melayunya. Saya katakan politik Melayu bukan politik Islam. Walaupun beliau sering membangkitkan isu Islam, tetapi dasarnya adalah Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO.

Contoh paling jelas apabila beliau yang mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi begitu bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan UMNO menubuhkan kerajaan Melayu di Perak sebaik sahaja UMNO/BN gagal membentuk kerajaan selepas keputusan PRU Ke-12 diumumkan sepenuhnya menjelang jam 12 malam 8 Mac 2008. Atas arahan Dato' Seri DiRaja Tajol Rosli, Ketua Perhubungan UMNO Perak (waktu itu), beliau bersusah payah pada malam itu ketika hujan lebat bertolak dengan kereta ke Kota Bharu menemui Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz dan pada esok paginya pula menghubungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi untuk tujuan mendapat persetujuan mereka. Tapi kedua-duanya menolak dengan mudah dan memberikan alasan tertentu. Sekembalinya Harussani ke Ipoh, beliau menghubungi saya melalui telefon (bukan berjumpa seperti yang ditulis dalam artikel majalah MM berkenaan). Saya menolak tawaran UMNO yang dibawa oleh Harussani dengan memberikan alasan dan hujah yang beliau tidak dapat menyanggahnya. Ikutilah penjelasan saya dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya.

Dari cerita di sebalik peristiwa yang tersebut di atas, jelaslah bahawa Tan Sri/Dato' Seri Hj Harussani Zakaria adalah seorang mufti yang berpolitik dan parti yang didokongnya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenal dalam bahasa Inggerisnya dengan United Malay National Organisation (UMNO).

46 ulasan:

Ahmad Pazil Md Isa berkata...

walaupon Harussani banyak memberikan pendapat untuk UMNO, tetapi hormatlah dia sebagai ahli agama

Unknown berkata...

Satu tulisan yang tegas dan bagus.

Nampak sangat ulama UMNO sudah kehilangan hujah dan ide untuk menentang perjuangan PAS.

Saya ingin mencadangkan agar diadakan debat terbuka di antara dua ilmuan Perak ini tentang perkembangan semasa yang berlaku di Perak.

Biar rakyat yang menilainya.

Saya kira, artikel ini lansung tidak merendah-rendah kuilmuan TSHZ.

silent MP berkata...

Dasyat Ustaz mencerca mufti.

Apabila amalan menyatukan Islam dipertikai, dicari dan digali sampai ke sejarah, atas alasan untuk diputar belit(walaupun sudah terbelit).

kita belum tentu lagi hebat amalannya berbanding TSHZ, malah kerana penulisan juga mungkin bertambah banyak beban di kiri bahu kita.

Terlalu banyak alasan dari pihak PAS, dan jgan menggunakan nama Islam dan Rasullah jikalau perjuang yang ditagih hanya berlandaskan kuasa semata2.

"ISLAM FOR ALL" mungkin menuruti Islam dan Rasullah, tetapi "PAS FOR ALL" hanya motif berpolitik bersama DAP dan PKR.

Saya benci bercakap ttg moto dan apa2 berkenaan Parti Politik, tetapi terpaksa menulis juga, kerana pada saya PAS telah melacurkan agama dan senjatanya ialah Nama Islam dan Rasullah.

Persoalan, kenapa masih diikut resam Saidina Umar(ra) yang sejarahnya sebelum memeluk Islam amat berubah setelah memeluk Islam amat hebat amalannya??

Dan kenapa diikut orang yang mangkafirkan saudara sendiri sedangkan yang mengkafirkan saudara sendiri itu, tentu Ustaz lebih arif dari saya..Sama-sama kita muhasah kebenarannya, moga Allah swt beri petunjuk.


Wallahualam, sekiranya benar penulisan saya diharap dapat memberi input terhadap pelayar blog ini,yang buruk dari diri saya, yang baik dari Allah swt..

Unknown berkata...

Salam Ustaz,

Ustaz berhak menulis dan sampai apa-apa yang ustaz nak sampaikan dalam blog ustaz.

Sapa-sapa yang rasa terkena dia pun ada ruang untuk bagi jawapan. Contoh Mufti Harussani dia ada medium yang banyak untuk kata kat orang dan kemukakan hujah politiknya. Jika dia nak sanggah apa yang ustaz tulis ini, dia pun boleh guna medium-medium tersebut.

Lagi satu, kalau seseorang itu tak betul, tetap tak betul. Tak kiralah raja atau mufti.

Suara Siswa berkata...

salam,

saya tidak menyangka seorang ustaz sanggup menghina orang lain.sikap ustaz tidak ubah seperti TG nik aziz.Jika ustaz menyatakan TSHZ berpolitik,sedangkan diri ustaz sendiri berpolitik. Seharusnya ulama berada dalam satu majlis ulama dan bertindak sebagai pemerhati politik. Cara ustaz mungkin akan menyebabkan golongan siswa dan siswazah memandang ustaz sebagai bukan "ustaz".sy sendiri kecewa dengan ustaz. Di tempat saya,orang2 pas menghina orang umno,imam yang mereka anggap umno mereka tidak akan menjadi makmum sedangkan imam tersebut juga seperti ustaz.oarng umno plak xksh siapa imam asalkan ckup syarat n sempurna.mengapa?di majlis kenduri kahwin orang2 pas tidak akan hadir krnduri kawin jika orang itu umno.Adakah ini semua ajaran USTAZ dan TUAN GURU NIK AZIZ?saya kecewa orang2 pas semakin riak dan bongkak sejak pilihanraya umum lalu.sy akan menjawab perbezaan Ustaz dan saya akan datang seperti mana perbezaan ustaz dengan TSHZ.Dahulunya sy menyokong pas,tetapi saya terhenti apabila melihat cara Nik Aziz yang semakin menyimpang dari landasan agama.

silent MP berkata...

Mengenai perkara 5:

Ustaz sedar atau tidak Ngar Kor Ming menggunakan ayat itu untuk memperoleh sokongan melayu yang secara halusnya setelah mendapat sokongan politik kan mengahancurkan sistem Islam di Negara ini."langkah mayat saya dulu", Karpal Singh??

Mereka (DAP) adalah totok memperjuangkan negara republik (tiada sultan) kerana Sultan/Agung adalah batu pengekang ke atas hasrat membuang Islam dari malaysia??Bukankan PAP singapura telah membuktikan dan ustaz selalu melihat dari sudut SEJARAH???

Bukankan bersekongkol dengan DAP adalah jauh berbahaya dari MCA dan MIC yang mana mereka ini Ultra Rasis??Masakan Karpal Singh berkata begitu??


Dalam sudut Malaysia yang berbilang kaum, Sultan itu walaupun sering dilihat sebagai 'simbol' sahaja, tetapi selagi mana umat Islam dan Melayu dapat mempertahankan 'simbol'itu. selagi itu Islam akan dipertahankan di Bumi Malaysia??

Tidakkan Ustaz sedar yang kristian dalam usaha keras menyabarkan dakwah atas kelemahan pemerintahan Islam kini??Akhbar Herald hendak dicetak dalam bahasa melayu dan Penggunaan nama Allah kepada bukan Islam, bukankah ini mengkaburkan dan boleh menglirukan umat Islam dan Melayu(penulisan melayu).

Kenapa perlu bersekongkol kerana mereka yang mana usaha-usaha licik tersebut melalui PKR dan DAP.

Saya berharap saya dan Ustaz dapat menilai perkara ini. Kita perlu melihat dari sudut yang besar dan jangka masa panjang terhadap perjuang dakwah dan Islam.

Assalamulaikum, saya insan yang tidak seberapa amalan, memohon teguran dari Ustaz sekiranya ada kesilapan.

Saya bukan memperleceh Ulama-ulama, sebaliknya berterima kasih kerana menyambung perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Salam Ukhwah Ustaz.

Jack O Lantern berkata...

Detecconan,

respect is earned not begged... kalau seorang mufti kalau cakapnya asyik menjilat umno macamana mau respect...??

Kalau fatwa agama yang sepatutnya tiada kait mengait dengan politik pun jelas biased kepada umno, apa cerita??

Silent MP,

kau baca pakai mata hati yang dah karat umno lah aku rasa... walaupun kau kata kau tak suka mana-mana parti politik...

Umno jelas perjuangannya nasionalisma melayu pada asalnya.. tetapi lama kelamaan perjuangan terpaksa diteruskan dengan membohongi rakyat Malaysia demi hendak menjaga tembolok para pemimpinnya... dari serendah-rendah pemimpin peringkat cawangan hinggalah ke para exco sayap dan pimpinan tertinggi.

Jangan cuba untuk menidakkannya kerana telah terbukti kepincangan perjuangan umno itu.. hanya mereka yang buta hati sahaja tidak dapat melihat kerosakan yang dibawa umno ini..

Kerana terdesak pabila ramai yang memilih PAS dan menolak umno maka mulalah umno konon-kononnya juga memperjuangkan Islam... nah skarang siapa yang melacurkan Islam??

Memperjuangkan Islam dengan menolak hukum Allah?? Bila PAS mahu melaksanakan hudud maka dikatakan oleh UMNO bahawa hudud itu bukan hudud Islam tapi hudud PAS.. nah siapa yang melacurkan Islam kalau bukan umno..??

Bukalah minda kau jangan asyik disogokkan oleh lapuran mainstream medias yang jelas dimiliki oleh umno bn.

Yeasin Cameron berkata...

hahaha puak penchachai umno yang singgah di blog Ustaz ni semakin tak puas hati dengan Ustaz nampaknya...

Mereka ni sebenarnya amat kecewa dengan terkuburnya issue UG PAS/UMNO...

huhuhuhu....

kasihan...

weep on sore loosers.....

silent MP berkata...

Salam Jack O Lantern,

Thank for feedback.

Betul, saya pernah melihat banyak video dan penulisan ttg perjuangan sistem hudud oleh PAS, dan saya sangat hargai.

Tetapi bukankah ada negeri dibawah pimpinan PAS yang sudah boleh ditadbir dalam mengunakan sistem Hudud??Kelantan hampir 20 tahun, man hududnya??

Kalau Nizar boleh persetan Majlis Tanah Negara dengan memberikan tahan kepada penduduk Kg Baru Perak, geran 999 tahun, mengapa boleh berdolak dalih tentang hudud dan kerajaan persekutuan??

Jganlah asyik menyatakan UMNO menolak Islam, tipu!! buktikan..

Saya lebih mempercayai video berbanding penulisan, kerana penulisan boleh dimanipulasi, video juga boleh, tetapi kita boleh menilai dari lenggok bahasa dan tubuh.

Jack O Lantern,

Jagn melihat saya dari pandangan orang luar, saya datang dari dalam.

Saya tidak disogokkan oleh Media mainstream, jikalau tidak singgah ke blog Ustaz Ahmad. :)

Salam Ukhwah.

Ps: tgk Video Nizar, tak pernah termaktub dalam perlembagaan PAS ttg hudud???????

Tanpa Nama berkata...

1. Ramai yang mempersoalkan kenapa Kelantan walaupun sudah 20 tahun diperintah oleh PAS tidak mempraktiskan undang-undang Hudud Qisas sebagaimana yang giat diceramahkan.

Jawapan saya- Malaysia ialah negara yang mengamalkan sistem Federalisma. Bidangkuasa jenayah berada dibawah undang-undang persekutuan, iaitu Kanun Keseksaan dan banyak lagi undang-undang yang seumpama dengannya. Negeri mempunyai bidangkuasa yang terlalu terhad sebagaimana yang diperuntukkan dalam 9th schedule State List. Jadi untuk membolehkan PAS melaksanakan Hudud dan Qisas beri PAS peluang untuk memerintah Malaysia.

Kalau saudara heboh dan bising tentang 20 tahun Kelantan tidak laksanakan Hudud Qisas. Kenapa kita tak pernah bising pada UMNO yang sudah lebih 50 tahun memerintah Malaysia, tapi Hudud dan Qisas tak langsung berjalan. Dalam satu forum di Kelantan, seorang ahli Parlimen UMNO menegaskan bahawa UMNO takkan laksanakan Hudud dan Qisas. Saya ingin bertanya kepada mana-mana Mufti. Apakah tidak tergelincir aqidah orang yang mengucapkan perkataan seperti ini?

sydeen aka saidin berkata...

Untuk Silent MP:
Cuba lah mencari kebenaran dan jangan cuba menegakkan benang yang dah kusut...

Jack O Lantern berkata...

Yeah rite silencio le'imbecil....

insider eh...?? yeah rite... if u are so called as an insider, you should know things better especially about hudud..

Apa yang menyebabkan hudud di Kelantan tidak dapat dilaksanakan...??

Hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan kerana tidak dibenarkan oleh Kerajaan Pusat yang dikuasai ketika ini oleh BN, talk about being an insider.... huhu haha...

Whaddaya know about Malaysia's Constitution for crying out loud??

You are nothing but just one of the normal umno's filthy supporters, why don't u admit it, you even smell like one...

I N S I D E R.... hahahaha my foot u are one.... hahahaha

Tanpa Nama berkata...

2. Berkenaan dengan seorang YB dari DAP membaca AlQuran. Secara realitinya berapa ramai yang memeluk Islam hasil daripada dakwah orang Islam. Sangat sedikit. Tolonglah buka minda dalam berfikir. Cukuplah politik perkauman yang sempit. Islam ini sangatlah luas. Hampir semua yang memeluk Islam adalah hasil daripada kajian mereka secara peribadi. Mereka membaca Al Quran dan terjemahan. Kenapa? Kerana orang Islam sudah jauh daripada gambaran Al Quran yang sebenar. Sheikh Tantawi sewaktu berkenjumg ke England dia mengatakan Masha Allah Islamuna Hayatuhom ( Islam Kita tetapi cara hidup mereka). Satu satu cara untuk mengenal Islam ialah daripada sumbernya yang asal.

Saidina Umar juga memeluk Islam setelah membaca Al Quran di rumah adiknya. Maka pada saya yang dhaif ini tidak ada masalah untuk Non Muslim membaca Al Quran.

Cuma mungkin perlu diberikan sedikit penjelasan tentang hukum memegang mushaf asal Al Quran. Jika membaca atau memegang tafsir saya kira tidak mengapa. Allahu a'lam

abdullah khair berkata...

Assalamualaikum...
Saya berminat nak mengulas mengenai komen Suara Siswa.mengenai "Di tempat saya,orang2 pas menghina orang umno,imam yang mereka anggap umno mereka tidak akan menjadi makmum sedangkan imam tersebut juga seperti ustaz.oarng umno plak xksh siapa imam asalkan ckup syarat n sempurna".Ditempat saya ada juga berlaku begini.Tp setahu saya org PAS menolak kerana imam(org kuat UMNO) ini wlu pon jd imam tp masih galak membeli nombor ekor.terbukti di mata saya sendiri.sekarang wallahulam la.sebab itula org2 Pas menolak beliau mnjd imam,tp dia ada 'TAULIAH' Umno nk wat cmne.tp org2 umno x kesah. diorg islam taaliq semata2.ade juga org umno ajk masjid songlap duit masjid,Tetapi bila ketua imam menegur org2 umno akan sikap mereka, mereka mula pulaukan imam ini.kata imam ini pas la.padahal beliau menegur yang betul shaja.last2 berkat doa mereka sendri(org umno) ketua imam tue daftar ahli pas secara rasmi.

Hubaya Gunung Semanggol berkata...

Orang umno dan para penchachainya sentiasa berada dalam keadaan phobia apabila di bangkitkan apa2 issue2 berkenaan agama oleh seseorang ustaz itu khususnya dalam ceramah2 dan kuliah2 agama..

Asal Ustaz tu bercakap tentang ugama, mereka2 ini akan cepat benar terasa lantas mereka2 inipun terus chop 'Ustaz ni ustaz PAS lah' maka di adu dombakanlah kepada JKKK atau terus ke pejabat ugama... Pejabat ugama pun apa lagi, ambil tindakan.. tak boleh lagi hamba Allah tu mengajar atau berceramah... penchachai umno pun bersorak dan bertepuk penuh kegembiraan...

Mereka kalau boleh nak para ustaz dan tok2 imam hanya berperanan jadi imam sembahyang sahaja, malam jumaat baca Yaasin dan tahlil, kalau ada kematian baru nak cari ustaz.. ceramah toksah, nanti kena batang hidung umno, susah... kalau nak cari ustaz untuk ceramah pun, carilah lebai2 umno yang mana siapa pun sebenarnya tak mahu dengar dia punya ceramah yang penuh jilatan terhadap kerajaan bn/umno..

Mereka2 ini amat marah bila dikatakan mereka sebenarnya menolak Islam... tapi natijahnya mereka memang sebenarnya menolak Islam dengan mengatakan "kami hanya menolak Islam PAS...."

silent MP berkata...

Herald(lidah kristian di Malaysia) mahukan menulisan dalam Bahasa Melayu
http://www.youtube.com/watch?v=V56XaaxyVO0&eurl=http%3A%2F%2Fwww%2Episau%2Enet%2F&feature=player_embedded

Negara Islam-Parlimen
http://www.youtube.com/watch?v=zBGQADED_Mw

Negara Islam-Sidang Dun Perak
http://www.youtube.com/watch?v=JQdib-ZyONs

Jadi Pertimbangkanlah siapa sebenarnya memperjuang negara Islam??Tidak ada barang setitik ke Umno memperjuang Negara Islam seperti yang digambarkan??Dan lihatlah Nga yang dikatakan Membaca Al-Quran, adakah anda lihat mmg ada minat mereka terhadap agama ini atau apa?

Adakah keputusan kabinet menghalang penulisan dalam Bahasa Melayu adalah wajar??Supaya orang Melayu mudah mebaca dakwah kristian?Jadi adakah ini salah satu dari memperjuangkan Islam dikalangan orang Islam khususnya Melayu di Malaysia??

Sekian saja.

hardyzs berkata...

BERTAUBATlah semua yang memaki.. SELAMATKAN ISLAM.. JANGAN LAGI MENGKAFIRKAN SESAMA ISLAM.. ORANG KAFIR TGH BERTEPUK TANGAN.. ADA MEJA UNTUK BERBINCANG.. UMNO.. PAS.. SEMUA HANYALAH POLITIK.. KERANA KUASA SANGGUP BERMUSUHAN..

Jack O Lantern berkata...

Heck you silent.. Boy, you r soooo lame..!!!

U r beginning to show your true colors without even realising...

Like i said earlier, u r just another of them umno goons...

U M N O that's what u r..

Bila masa PAS setuju supaya The Christian Herald tu di tulis dalam bahasa Melayu..??

Hujah2 kau tersangat kebudak2an...

Wise up... u r just too JUMUD for being too umno..

tsk tsk tsk...

Unknown berkata...

Jika Us. Ahmad seorang alim, tidak perlulah menyerang TSHZ sebegitu. TSHZ ada sebab2 tersendiri yg tidak boleh diceritakan kenapa beliau membuat sesuatu keputusan yg berlainan dgn us. ahmad atau ulama2 lain. Ini jihad beliau untuk maslahah ummah islam dan melayu di Malaysia.

Nabi hantar perutusan kpd ketua bukan islam untuk dibaca dalil2 al-quran mengajak kpd islam. bukan spt DAP (yg tolak islam secara total) yg menggunakan ayat2 al-quran utk menarik hati penyokong PAS dan PKR islam.

Kena bijak ilmu logik dan teologi dll jika hendak jadi ulama.

'seorang islam adalah yang selamat (i.e. tidak melukakan hati (metal) dan fizikal saudara islamnya) lidah dan tangannya keatas seorang islam yg lain'.

Orang bukan islam (zimmi) jika berbaiah patuh dgn ketua islam tidak akan menolak islam dan apa saja peraturannya kecuali perkara duniawi.

Jack O Lantern berkata...

Sorang kata "dashat ustaz cerca TSHZ'

Sorang lagi kata "tak perlulah ustaz menyerang TSHZ"

Kat mana ada cercaan dan serangan terhadap TSHZ?

Sekadar menunjukkan bagaimana seorang ulama yang berpengetahuan agama berpaling 180 degrees dari prinsip asal kerana? Wang? Kedudukan? Pangkat? Title?

Allahualam...

Ulama seperti TSHZ inilah yang amat disanjungi alfarabi dan silentmp..

Unknown berkata...

Saudara al-farabi ni pun kurang arif juga. Habis tu TSHZ serang dan persoalkan ustaz ahmad awang dalam majalah milenia muslim (semua org boleh baca) mcm mana? Kenapa pula TZHS ada sebab-sebab sendiri sehingga buat keputusan berlainan dengan ulama lain? Apa dia ulama tersohor ke sampai boleh keluar pendapat sendiri yang berlainan dengan ulama lain di Malaysia? Apa mufti tak buat salah sampai ustaz mcm ustaz ahmad awang ni tak boleh tegur? Wala' pada pemimpin dan ulama pun wala' juga, tapi jika seorang ulama tersalah, adalah tanggungjawab ulama lain utk tegur kesilapan tersebut. Seorang Islam adalah yang selamat sebenarnya adalah Islam yang selamatkan akidah diri dan saudaranya, yang tegur jika saudaranya buat kesalahan, bukan selamatkan diri sendiri dan diam bila tengok saudaranya buat kesalahan dengan alasan ingin selamatkan fizikal dan hati saudaranya. Berkenaan isu kafir zimmi tidak menolak Islam, itu tanggungjawab pemimpin dan orang Islam utk terangkan kebaikan Islam pada mereka sewaktu berbaiah. Kalau dah orang Islam sendiri tolak hukum Islam, ambil mana suka tolak mana tak suka, mcm mana org bukan Islam nak terima dan tau kebaikan Islam. Apa saudara tau ke apa dalam hati DAP tu sampai saudara cakap begitu sekali? Saudara suruh ustaz ahmad awang bersangka baik dengan TZHS tetapi saudara sendiri mengajak bersangka buruk dengan orang lain. Ustaz ahmad awang cuma jalankan tanggungjawab sebagai ulama tegur kesalahan TZSH kerana jika ulama tersilap beri pendapat, kesannya adalah lbh besar kepada umat Islam kerana dia seorang ulama. Jadi adalah tanggungjawab ulama lain utk tegur ulama tersebut. Kalau DAP tolak Islam kerana tidak faham kebaikan Islam, itu salah kita sebahagiannya kerana tidak menerangkan kepada mereka. Mcm mana dgn org Islam yg tolak sesetengah hukum Islam pula? Contoh hukum hudud dan qisas. Melaksanakan hukum hudud adalah wajib kepada orang2 Islam yang tinggal di negeri kepunyaan orang Islam walau pun ramai orang kafir tinggal disitu. Kewajipannya sama sahaja seperti kewajipan melaksanakan ibadah yang lain seperti puasa dan haji. Adakah kerana ramai orang kafir di negara kita maka jadi tidak wajib melaksanakan ibadah puasa? Perlu diketahui kewajipan menjalankan hudud bukan bergantung kepada bilangan orang kafir tetapi bergantung kepada negeri itu asalnya milik siapa. Dalam Quran Allah tidak pun mensyaratkan nak jalan hudud itu kena tengok orang kafir dulu ramai ke tidak. Sesiapa yang kata kena tengok dulu orang kafir ramai ke tidak artinya dia lebih pandai dari Tuhan.

na'uzabillah min zaaalik. Wallahua'lam.

saddamalaya berkata...

Tang mana pula ust.Ahmad menghina?pelik btl dgn org umno yg bodoh...ckp xguna otak...

Silent MP dgn Al farabi-kesian aku dgn korg......

Hardyzs"BERTAUBATlah semua yang memaki.. SELAMATKAN ISLAM.. JANGAN LAGI MENGKAFIRKAN SESAMA ISLAM.. ORANG KAFIR TGH BERTEPUK TANGAN.. ADA MEJA UNTUK BERBINCANG.. UMNO.. PAS.. SEMUA HANYALAH POLITIK.. KERANA KUASA SANGGUP BERMUSUHAN.."

anda slh faham..yg jelasnya..org islam mmg blh jadi kafir kerana murtad...dasar perjuang umno yg memaksa PAS ditubuhkn dan menentang umno..Bincang?nk bincang ape lg,skrg ni byk keputusan dibuat dlm kabinet,bukan dlm parlimen.Ada ke umno nk ajak PAS dok skali bincang masalah ISLAM kt malaysia ni?lagi pun,dah 50 thn umno khianati ISLAM&Melayu..Org kafir tu ketawa sbb ada org ISLAM yg blh teruskn dasar dorg mcm umno skrg.xpayah buat mcm zionis serang bunuh hamas,umno dh ade ISA utk sumbat org tentang umno..Ya.PAS mmg parti politik..anda sedar x,parti politik shj yg blh memerintah malaysia?Sbb umno yg memerintah,maka PAS berhak menentang dan menjatuhkan umno sehinggalah ISLAM memerintah,bukan diperintah!!!Kerana Islam Mesti Berkuasa,Maka Umno mesti dimusuhi selagi tidak meletakn ISLAM sbg dasar pemerintahan negara!!!!

Payah bila ulama bertaraf sufi tanpa jiwa mujahid...Apakah nabi s.a.w btindak bodoh menentang pemerintahan kafir mekah dan berperang menentang 1000 org kafir dgn kekuatan 300 org Islam.Apakah nabi tidak tahu dia akan selamat bersama beberapa sahabat sekiranya HANYA beribadah secara sunyi di rmh arqam tanpa perlu sibuk kuasa pemerintahan di mekah dan madinah?

Ingat la saudara seUMNOku,ISLAM Mesti Berkuasa..Kita mesti sambung kerja para Nabi...biar ape kekuatan kita,MENGEMBALIKAN KHILAFAH ISLAMIYAH ITU WAJIB PADA SETIAP JIWA ISLAM!!!!!!

silent MP berkata...

JIkalau ini bukan serangan/cercaan,

Bukankan ia semacam serangan peribadi ketika semua orang menghina TSHZ?Bukankan ia semacam menambah lagi minyak di air yang mmg sedang marak?

Apa tujuan ustaz menulis ini? kalau ikhlas kenapa tidak di tegur ulamak-ulamak yang jelas memberikan penjelasan yang songsang di media yang lagi digembar gembur.

Sebagai saudara Islam, Ustaz juga mempunyai ilmu Islam yang tinggi dan sepatutnya lantang mempertahankan Ulamak, bukan mencari jalan pusing sana, pusing sini akhirnya baru mengena.

Ulamak perlu meletakkan Islam ditempat yang tinggi, kalau orang kata saya umno ke apa, tetapi penulisan ini saya lebih lihat dari sudut asabiyah ke partian.
Berbaliklah kepada Islam yang terang jelas dan Indah.

Sekian,

silent MP berkata...

Saudara Jack O Lantern,

Anda yakin dengan Islam??Sesingguhnya neraka Allah Benar dan siksa Allah sangt pedih.

Penulisan lagi tajam dari mata pedang.

Sekian.

Jack O Lantern berkata...

What's your point silentmp?

Now you are saying that you are holier than me???

Keep it up... another classic example of how an umno mind thinks...

Wise up kiddo... hahaha

Yeasin Cameron berkata...

Silentmp

kalau kau berasa diri kau tu islamic sangat, kau diam ajer la dari menabur fitnah yang tak berkesudahan nampaknya... asyik kau menyalak nak menegakkan hujah2 dangkal kau tu..

Apa yang kau tak puas hati sangat?? Kalau kau nak menyanjungi para ulama umno itu kau punya pasal, kau tulis jer lah dalam blog kau yang gersang tu...

Buat apa kau nak jadi mutawwe' di blog orang.. jangan la nak tunjuk lagak pandai..

Hubaya Gunung Semanggol berkata...

silentmp punya mulut, ya rabbi punya busok!! Amat ketara bau umno yang keluar dari mulotnya...amat memualkan... kalau kau dah tahu penulisan lagi tajam dari mata pedang, apa yang kau tulis merapu-rapu tak tentu pasal??
KAu dakwahlah diri kau sendiri dulu...

Ceria berkata...

islam yang jelas dan indah menurut kacamata silentmp ialah Islam yang dibawa oleh mufti-mufti dan para ulama semacam TSHZ..

ulama-ulama yang sentiasa mengeluarkan fatwa; matlamat menghalalkan cara....

senang cerita ulama-ulama pro umno yang senantiasa mengejar kesengan duniawi...

nazu berkata...

silent, teruskan menulis bro

"Bila masa PAS setuju supaya The Christian Herald tu di tulis dalam bahasa Melayu..?? Jack O Lantern

Tu PKR, saudara seangkatan..kenapa senyap je..


Negara Islam-Parlimen
http://www.youtube.com/watch?v=zBGQADED_Mw

Tu DAP, saudara seangkatan..

sapa yang dangkal, tunjuk sinis tak nampak, dakwah pakatan ko dlu la bro..bahaya tu..

Unknown berkata...

Teruskan pendedahan ustaz..... cerita boneka umno lagi baik.

Ceria berkata...

Benda dah basi nak hidang lagi, dasar hangpa 2 ekoq jenih suka makan najis atau bangkai kot..

MCA/MIC/PPP pun mana ada 100% setuju dengan UMNgOk lagi apa mau?? MCA pun tak mau endorse konsep negara Islam UMNgOk walau pun konsep mereka tu nama saja konon2 negara Islam kerana negara ni ada banyak Masjid dan surau... bukan kerana mendaulatkan hukum Islam...

Kau 2 ekor nazu dan silentmp aku rasa 2 ekoq yang sama... atau setidak2nya sama bodoh dan bengap mindset depa...

PKR dasar perjuangannya bukan Islam tetapi keadilan sejagat..tak heranla...

DAP dulu sebelum PRU12 memang tak paham langsung konsep PAS, sebab itu klip utube yang korang dua ekoq dok menyalak tu kalau kau tengok, tarikh dia sebelum PRU 12 dulu....

Hangpa ni memang takdak kerja lain tapi dok la hidang benda basi...

Pi main jauh2 la hangpa 2 ekoq yang pikiran dangkal dan nak tunjuk sinis.. kau dakwah UMNgOk kau tu dulu la...

Unknown berkata...

Saudara dan saudari seislamku, orang bukan islam bukan saudaraku.

Rantong berkata...
Sekadar nasihat & peringatan kepada pro PAS dan PKR.

Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™

2009 Jun 30 22:26

Dtecconan berkata...
walaupon Harussani banyak memberikan pendapat untuk UMNO, tetapi hormatlah dia sebagai ahli agama

Yeasin Cameron berkata...

Ya sokong nazu, anda dan silent terus kan menulis lagi...

TAPI di blog korang sendiri lah.. apa kelas...?? Blog kosong gersang...??

Takut takdak orang nak baca ka..??

Orang nak berblogging kau pun sebuk nak buat jugak orang buat entry kat blog sendiri kau menyemak jual idea kurap kat tempat orang....

Dakwah konon... piirrraaahhhh

DollahPandir berkata...

dah dah mai kita balik, para penyokong umno sumaaaa...

rahmat haron berkata...

Apa pendirian Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Harusani berkenaan perkara2 ini:

1. FELDA nak kena jual, bila diniagakan dlm bursa saham. Katakan kapitalis Amerika Syarikat (A.S) membeli saham dgn banyak dan jadi pemilik saham terbanyak, maka tergadailah tanah-tanah/ harta/aset Ketuanan Melayu FELDA itu.

2. robot2 Ketuanan Melayu menipu org2 Melayu tanah air ini, kerana mereka cakap tak serupa bikin. cakap tuan Melayu, jual TANAH dan AIR pada Singapura, dan kini nak buat jambatan ke 3 pula.

3. perjanjian perdagangan - kunun - bebas dgn Amerika Syarikat (US FTA) yg telah terhenti rundingannya dulu, setelah demonstrasi bantahan pada tahun 2008, kini mahu diteruskan lagi. US FTA adalah penjajahan bentuk baru yang memaksa LIBERALISASI (buka kangkang) pasaran ekonomi - makan minum, harta, sumber alam, hutan, pokok2, buah2an - untuk dimiliki oleh kapitalis rakus A.S. bersedialah nanti utk projek penswastaan hak-hak kesihatan rakyat - hospital, ubat2. dan nanti semua biaya perubatan akan terpaksa ditanggung rakyat, rakyat akan dipaksa/ terpaksa membeli INSURANS kesihatan, pemilik kompeni insurans ini adalah kapitalis A.S dan antarabangsa. kalau tak ada insurans, mati tepi jalanler, mcm di Amerika Syarikat juga - bapak kapitalis dunia.

4. Beberapa lagi bank-bank luar negara akan masuk membuka cawangannya di tanah air ini. Bank ini bertujuan utk menyedut harta, tanah, air sumber alam, kekayaan tanah air ini dan dibawa pulang ke negara Penjajah. A.S dan Eropah sekarang sudah hampir bankrup, jadi utk menyelamatkan ekonomi mereka yg sakit itu, negara2 dunia ketiga spt Malaysia akan diperah peras segala hasil kekayaannya.

5. HAK PATEN. ini nama baru utk kapitalis asing (kebanyakan mat2 saleh A.S) merampas hak manusia utk hidup bersama alam - terutamanya makanan dan perubatan. segala tumbuh2an, benih, pokok, hasil, buah2an akan dicukai jika mahu dikeluarkan rakyat tempatan. kapitalis antarabangsa ini boleh terus mendaftarkan apa saja yg dikatakan kunun penemuan, dan diberikan hak paten utk memonopoli menguasai hak ke atas satu2 tumbuhan. misalnya tumbuhan Kachip Fathimah, Pepsi Cola, kapitalis a/bangsa kunun menemui bahan kimia dlm Kachip Fathimah yg memberi manfaat perubatan. bahan kimia dlm Kachip Fathimah itu diberikan nama dan didaftarkan, maka hak org ramai ke atas pengeluaran hasil tumbuhan Kachip Fathimah beralih ke tangan satu org saja, pemilik Hak Paten itu.

6. KETUANAN KAPITALIS TENTERA Amerika Syarikat. pelik rasa loya, muntah dan pening, apa tidaknya, Ketuanan Melayu hanyalah nama sedap cantik utk menipu dan terus membodoh-bodohkan org2 Melayu. takkan kita dah lupa, Kapal USS Enterprise, berkuasa nuklear yg berlabuh di Pelabuhan Klang, tak lama dulu. kita masih ingat, jet pejuang yg dibeli Malaysia dari Amerika Syarikat, kod pelancar peluru berpandunya, dipegang Pentagon-tentera A.S. jangan lupa, kena ingat ruang udara kita telah beberapa kali diceroboh tentera udara Singapura, dan mereka telahpun menempatkan pasukan keselamatan Singapura di atas tanah2 berpagar di Malaysia, yg telah dijual oleh Ketuanan Melayu!

lann-b berkata...

salam semua,
projek tipu rakyat-1malaysia. akan terpedayakah rakyat jelata?

Ustaz Ahmad Awang berkata...

Salam,
Mengenai 3 pertanyaan saudara Rahmat Haron, saya tidak pasti samada pendapat TSHZ berbeza atau sama dengan pendirian saya. Yang pasti mengenai 3 pertanyaan saudara saya telah berkali-kali menegaskan pendirian saya terutama mengenai USFTA, bukan sahaja setakat menurunkan tandatangan bersama ratusan ribu rakyat Malaysia bagi membantah penerusan rundingan mengenai perkara berkenaan yang ketika itu diketuai oleh Rafidah Aziz selaku Menteri MITI, bahkan saya menyertai perbincangan-perbincangan dalam berbagai himpunan dan pertemuan khususnya bersama Cikgu Azmi (Presiden TERAS). Kesimpulan bagi saya USFTA adalah merupakan suatu penjajahan baru terhadap ekonomi dan politik Malaysia. Oleh yang demikian saya terus menentang sebarang usaha menyambung rundingan bersabit perkara ini.

Mengenai isu FELDA diniagakan di bursa saham, sejak awal-awal lagi pendirian saya bahawa menyenaraikan syarikat FELDA sebagai "listed company" adalah penyelewengan dan pecah amanah yang dilakukan oleh Agensi berkenaan. Dari awal lagi, bagi saya penubuhan syarikat FELDA adalah merupakan pengkhianatan kepada para peneroka FELDA yang terus dibebankan dengan hutang pinjaman sehingga ke akhir hayat.

Mengenai robot-robot ketuanan Melayu, bagi saya, matikan sahaja baterinya dalam PRU ke-13 akan datang dengan menumbangkan UMNO/BN.

Terima kasih, wassalam.

Jil Fityan berkata...

Yelah susah lah nak cakap pasal Negara Islam ni kan, sebab Nizar pun kata takde dalam Transkrip PAS yang mengatakan PAS nak Negara Islam. sebab orang jahil tidak akan faham bila bicara pasal Negara Islam. Agaknya zaman nabi Muhamad ada kot dalam "Piagam Madinah " . transkrip mengatakan Madinah adalah negara Islam. Ada lah kot kan? Kalo orang UMNO mesti dia cakap "Adaaa..." sebab itu kan zaman Nabi. Tentulah Zaman Nabi sebuah Negara Islam dan transkripnya mesti ada dalam Piagam Madinah ".Tak gitu?

Bila bercakap mengenai negara Islam pahamilah bahawa negara itu perundangkan Hudud, laksanakan muamalat Islam, Laksana jenayah Islam, melalui akidah yang satu pentauhidan kepada Allah. Dengan cara apa? Melaksanakan apa yang Allah suruh, dan meninggalkan yang Allah larang. Tolak semua hedonisme, tolak semua riba, tolak semua gharar dalam mualamat, maka otomatik negara itu menjadi Negara Islam. Iaitu "negara yang perundangkan hukum Allah sebagaimana Allah suruh dalam semua aspek. Dan itulah Negara Islam yang sebenar.." Tak perlu ada "Transkrip Khas" kata "Malaysia akan kita jadikan sebagai negara Islam.."

Jadi apa yang ada dalam transkrip PAS apa dia? Perundangkan hukum Allah dalam semua aspek. Tak kira Mualamat, jenayah, munakahat dll. Tapi orang jahil tidak akan paham, dan akan terus pertikai. Orang² jahil begini ramai dalam UMNO.

Malaysia berkata...

Saya harap ustaz beri penjelasan kenapa YB nizar mengatakan tiada transkrip negara islam didalam PAS? apa erti kenyataan YB nizar didalam dewan tersebut,adakah PAS terlalu ingin jaga hati bukan melayu hingga sanggup korban ideologi yang dipegang selama ini?

Tahun 1990 apabila kelantan dimenangi oleh PAS, banyak patung kijang dikelantan dirobohkan, namun selepas 20 tahun pas memerintah, patung budha semakin banyak dibenar dibina di Kelantan, apa motifnya?sedangkan warga kelantan agama budha hanya berapa peratus, kelantan digelar negeri serambi mekah namun realitinya tidak amat menyedihkan.

Akhir2 ini saya melihat pndekatan Tok guru nik Aziz dan Ustaz semakin pluralis dalam mengeluarkan penadangan dalam sudut beragama, semacam apa yang dilakukan oleh Gusdur di Indonesia,

semoga ustaz sentiasa dilimpahi rahmat oleh allah, demi kesejahteraan umat islam.

mohd berkata...

mmg bnyk ilmu ustaz.
detail kesilapan org lain ustaz boleh kaji.
mntk ustaz lihat plk hubungan pas dan dap.
apakah objektif dan misi mereka?
UMNO kafir sebab tolak islam

kita nk tgk mcm mn punya islam pas ni, bile berhadapan dgn dap..

jaliserai berkata...

Assalammualaikum,
Utk siswa yg malu dihina oleh PAS.Ingin sy ceritakan bagaimana suatu ms dahulu sy seorg menyatakan pendirian sy terhadap PAS,semua kwn2 seolah-olah memulaukan sy.Betapa PAS dihina,kita lihat bagaimana brp ramai ahli ugama PAS yg terkorban hanya semata-mata ikhlas utk ugama ISLAM-dibunuh,dicerca,dimaki,dipenjara berbanding dgn ahli ugama dlm UMNO yg begitu mewah dgn projek besar disana dan disini.Akhirnya takut utk menyatakan ketegasan dlm ugama semata-mata pangkat dan kemewahan dunia.

Bg silent MP-jika bukan dr kalangan bijak ugama lebih baik kamu yg berdiam diri.Sbbnya kita melihat bagaimana Ust Ahmad Awang menegut TSHZ yg sy rasa begitu keliru dgn sikap dan kata-kata beliau akhir2 ini.Kl kamu nk katakan PAS bertopeng atas nama ISLAM.Sudah lama patutnya PAS berkubur dgn kewangan yg sedikit berbanding dgn UMNO yg langsung x pernah terlintas utk ISLAM.Bkn usaha utk membangunkan ISLAM lagi ditendang ISLAM agar jgn naik.
Kita lihat bagaimana ramainya org bukan ISLAM mahu mengkaji Al-Quran spt Michael Jackson brp lama belajar Al-Quran sblm memeluk ISLAm pd november 2008?Mungkin sebutan Qurannya lebih baik dr silent MP.Tiba2 TSHZ kata org kafir x boleh baca Al-Quran????Kl dulu haram hukumnya sure heboh tapi skrg tukar nama JOM Heboh jadi halal???sy juga dr banjar bagan serai.Jgn mudah mengeluarkan kata2 sbbnya TSHZ adalah seorang yg berpengaruh,kdg2 katanya telah mengelirukan ramai org ISLAM dan lebih parah kpd org yg baru mahu berjinak dgn ISLAM(Nauzubillah).Bg sy terimalah teguran dari senior TSHZ iaitu ustaz Ahmad Awang demi utk ISLAM yg tercinta.Kl sy yg jahil pun tahu tentang 2 perkara yg sy sebutkan tadi takkan selaku digelar bijak ugama dan diberi pangkat dunia sbg Tan Sri taknak memperbetulkan keadaan yg begitu ketara skrg ni.Jika sebut haram jgn tukar tegur kpd pemerintah hatta nyawa melayang sekalipun.Kerana Allah lebih membenci org yg pandai ugama yg tidak menegah org melakukan kemungkaran.

Manek Urai berkata...

ASSALAMUALAIKUM..

NAMPAK SANGAT USTAZ NI ADA IRI HATI YANG SERIUS KEPADA MUFTI PERAK. KALAU PUN USTAZ ADA HATI NAK JADI MUFTI PUN JANGANLAH SAMPAI BEGITU SEKALI PERLEKEHKAN ORANG LAIN.

AMBO NAK TANYA SEBAGAI ULAMA PAS, BERAPA RAMAI DAH ORANG DAP USTAZ DAH ISLAMKAN?

ATAU SEJAUH MANA USTAZ TELAH BERJAYA DAKWAH KEPADA ORANG DAP YANG USTAZ BUAT SAHABAT KARIB ITU?

ADAKAH USTAZ RASA PAHALA USTAZ LEBIH BANYAK ATAU KEHIDUPAN USTAZ LEBIH MULIA DARIPADA ORANG YANG USTAZ HINA?

AMBO TAHU USTAZ KENAL LAMA TOK GURU NIK AZIZ. AMBO JUGA TAHU BANYAK BENDA PERANGAI NIK AZIZ USTAZ SEMBUNYIKAN. AMBO TAHU BANYAK RAHSIA NIK AZIZ USTAZ PEGANG. BUKAN SAYA SURUH DEDAHKAN, PEGANGLAH TERUS RAHSIA TU.

CUBA USTAZ RENUNG SECARA IKHLAS...

alang berkata...

Saya baru lepas baca artikel dalam blog http://www.malaysiawaves.com/ dan blog http://leecopperten.blogspot.com/

Dari tulisan mereka saya dapati mereka merujuk kepada artikel Ustaz tentang Harussani. Sungguh cantik bahasa mereka. Harap Ustaz dapat singgah dan memberi sedikit teguran kecuali Ustaz setuju dengan artikel dan ayat2 cantik yg digunakan diorang. Blog yg kedua juga memaparkan gambar / logo PAS. Adakah PAS mempunyai banyak ahli2 yg menggunakan bahasa yg cantik utk menghentam orang? Salam ziarah.

suhaimi berkata...

salam....
baling je harussani tu dgn kasut...ulamak dalam semak yg menyesatkan...hina betul hidup bila jadi org suruhan umno....

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Ahmad Awang,

Saya nak tanya satu soalan.

Dahulu pemimpin PAS pernah menuduh UMNO berkawan dengan MCA dan MIC sebagai KAFIR. Bagaimana pula hukumnya PAS yang bekerjasama dengan DAP dan PKR dan apa gelaran yang sesuai dengan PAS?

Ketahuilah bahawa hanya Nabi dan Rasul sahaja yang MAKSUM dan tidak Ahmad Awang mahupun sesiapa yang selepas Nabi dan Rasul.

Perbezaan pendapat antara Ahmad Awang dan Mufti Perak tidak lebih dari politik kepartian yang mana Ahmad Awang lebih berkeinginan bersama PAS.

Walaupun Ahmad Awang menulis mengenai perbezaan pendapat tersebut, adalah lebih dipercayai bahawa MUFTI PERAK LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH BERBANDING AHMAD AWANG iaitu Islam mengatasi politik bukan politik mengatasi agama tetapi tiada pemisahan antara keduanya.

Gerak laku Ahmad Awang telah diketahui lebih oleh rakyat Perak.

Kepada mereka yang menyokong Ahmad Awang dan PAS tak tentu haluan, jangan menambahkan dosa terhadap sesama Islam dengan perbuatan, percakapan dan penulisan yang buruk terhadap orang lain HANYA KERANA AKU MENYOKONG PAS YANG BOLEH MENGKAFIRKAN SESIAPA SAHAJA YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN AHMAD AWANG YANG BIJAK DALAM POLITIK ISLAM DAN PAS.

Seharusnya tidak dinafikan bahawa PAS mempunyai ciri2 muktazilah, syiah dan khawarij.

Silalah beri penjelasan wahai Ahmad Awang.

Sekian.

Razlan berkata...

Mungkin perbezaan pendapat kita lebih kronik dari isu perpaduan ...

Saya percaya rakyat dibawah sudah muak dengan isu2 pemimpin Melayu bertelagah diantara satu sama lain ..

Dan kita tahu siapakah yang akan mendapat keuntungan ..

Isu orang Kafir membaca al quran, saya bukan arif utk memberi komen..

Tetapi pandangan budaya kita .. amat janggal.. serupa juga dengan isu allah .. isu Orang kafir kasi ceramah di masjid dan lain2..

Kita seharusnya menguatkan ummah dan idolanya orang kita .. bukannya satu Keperluan yang mendesak untuk kita menggunakan orang kafir untuk memberi ceramah dan penjelasan ..

Saya percaya ini juga akan dibantah dan di tendang hujah ini ..

kerana apa .. isu ego kita sesama kita ..