(A) Maksud firman Allah SWT:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi.
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesunggguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Al-Anqabut:2-3)
(B) Maksud firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.” (Al-Buruuj:10)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Konsep Fitnah Menurut Al-Quran
Dalam Al-Quran terdapat 60 ayat yang menyebutkan tentang fitnah yang mengandungi dua maksud iaitu ujian atau cubaan dan satu lagi bermaksud perbuatan penganiayaan seperti penyeksaan, pertuduhan, pembunuhan, mendatangkan bencana dan sebagainya. Membuat tuduhan jahat terhadap seseorang adalah merupakan penganiayaan yang lebih dahsyat daripada pembunuhan seperti yang ditegaskan Allah sebanyak 2 kali dalam Surah Al-Baqarah, ayat 191 yang bermaksud: “ ... dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan...” dan Surah Al-Baqarah, ayat 217 yang bermaksud: “ ... dan fitnah itu lebih besar dosanya dari pembunuhan...”. Akan tetapi kebanyakan ayat-ayat berkenaan fitnah itu merujuk kepada ujian dan cubaan Allah ke atas orang-orang yang beriman seperti yang dimaksudkan dalam ayat Al-Anqabut di atas.
Al-Quran menegaskan bahawa manusia akan diuji Allah dengan bala bencana, penderitaan dan penindasan dalam mempertahankan keimanan dan kebenaran Islam yang diperjuangkan oleh para Rasul dan golongan orang-orang beriman. Kisah para Rasul dalam Al-Quran menunjukkan bagaimana mereka menerima ujian yang berupa penindasan atau penyeksaan. Mereka berjaya menghadapinya dengan kekuatan iman dan keyakinan atas kebenaran yang diperjuangkan, contohnya Nabi Ibrahim as yang dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud, begitu juga Nabi Musa as yang ditindas oleh Fir’aun. Sejarah Rasulullah saw penuh dengan ujian yang berupa penindasan dan penyeksaan, bahkan baginda berhijrah meninggalkan Makkah selepas menghadapi percubaan kaum Musyrikin Quraisy membunuh baginda. Baginda juga diuji dengan harta kekayaan dan pangkat kebesaran yang ditawarkan oleh kaum Musyrikin Quraisy Makkah sekiranya baginda bersedia meninggalkan tugas mendakwahkan risalah dakwahnya. Dalam Al-Quran dan As-Sunnah terdapat banyak ayat-ayat dan hadis-hadis yang mengingatkan orang-orang yang beriman bahawa hartabenda dan pangkat kebesaran merupakan ujian atau fitnah yang sangat besar pengaruhnya.
Namun banyak peristiwa sejarah menunjukkan bahawa menghadapi penderitaan dan penindasan kadang-kadang lebih mudah dari menghadapi ujian kesenangan dan kemewahan. Ada orang yang sanggup beberapa lama menderita menghadapi penindasan dan tekanan dalam mempertahankan prinsip perjuangannya akan tetapi kalah dengan mudahnya apabila ditawarkan pangkat dan kemewahan hidup. Al-Quran berulang tubi mengingatkan bahawa kesenangan dan kemewahan dunia adalah suatu fitnah besar.
Dalam konteks peringatan kepada orang-orang beriman, golongan ulama’ paling keras diberi amaran supaya mereka tidak terpengaruh kepada pangkat dan harta kemewahan kerana golongan ulama’ adalah merupakan pewaris para Nabi. Di tangan mereka terletak amanah penting meneruskan perjuangan para Rasul. Banyak hadis-hadis yang memberi amaran supaya para ulama’ sentiasa berhati-hati apabila mereka bersama dengan para umara’ (umara’ bermaksud Raja atau Sultan, Presiden, Perdana Menteri dan seumpamanya). Mereka diingatkan dengan keras supaya sentiasa bersikap jujur dan amanah kepada ilmu yang diamanahkan Allah kepada mereka. Mereka hendaklah beristiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Mereka hendaklah sentiasa berani menyatakan kebenaran dan menolak kebatilan. Jangan sekali-sekali mereka mengkhianati ilmu yang diamanahkan Allah dengan menjualnya dengan harta atau gelaran pangkat kebesaran.
Berkongsi Pengalaman
Berbicara mengenai fitnah ujian harta dan pangkat ini, sekadar untuk berkongsi pengalaman ingin saya mencatatkan beberapa peristiwa yang saya lalui semasa berkhidmat dengan kerajaan selama lebih 25 tahun di beberapa kementerian.
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar - Semasa berkhidmat di Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, saya pernah diminta oleh Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar ketika itu (Encik Ghafar Baba) supaya membuat satu kertas kerja untuk dibentang dalam Kongres Ekonomi Islam Ke-2 bertujuan untuk membolehkan pungutan Bahagian Zakat Fakir Miskin di seluruh negara tidak diagihkan kepada mereka, tetapi dilabur dalam suatu Kompleks Kewangan dan hanya akan diagihkan keuntungannya dari modal pungutan zakat itu.
Saya enggan melakukan seperti yang diarah oleh menteri tersebut, kerana saya berpendapat ianya bercanggah dengan hukum Islam mengenai agihan harta zakat. Menurut hukum, pungutan zakat wajib diagihkan kepada penerimanya untuk kegunaan mereka (amwal istihlakih). Akibat keengganan itu saya diberi amaran akan diberhentikan kerja. Saya pernah diberi borang menyertai UMNO beberapa kali oleh setiausaha peribadi menteri berkenaan. Beliau berkata dengan menjadi ahli UMNO saya akan cepat dinaikkan pangkat. Namun saya tetap menolak. Saya katakan kepadanya saya dilantik oleh SPA kerana atas kelayakan saya bukannya kerana saya orang UMNO. Akhirnya Allah SWT memberi jalan keluar apabila saya ditawarkan jawatan pensyarah di UTM (ketika itu dikenal dengan ITK).
Jabatan Perdana Menteri - Paling hebat ujian semasa saya berkhidmat di Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri (kini JAKIM). Pada masa pentadbiran Perdana Menteri Hussein Onn dan Dr Mahathir Mohamad, saya pernah berberapa kali dipanggil kedua-dua Perdana Menteri ke pejabatnya. Hussein Onn pernah mengarahkan saya memberhentikan program kursus kefahaman Islam kepada pegawai-pegawai tentera. Ini disebabkan kumpulan pertama yang mengikuti program tersebut ada di antara mereka yang melarang minuman keras di mess pegawai di tempat mereka bertugas, bahkan ada yang menggesa supaya penjualan arak di NAAFI (kini PERNAMA) diharamkan. Saya tidak pernah peduli arahan tersebut.
Dr Mahathir pula pernah mengarahkan supaya kurikulum program kursus-kursus dakwah kepada pegawai-pegawai kerajaan termasuk polis dan tentera diubah. Alasannya kursus yang dilaksanakan di bawah arahan saya itu kononnya menimbulkan masalah kepada kerajaan. Peserta-peserta kursus, kata Dr Mahathir sering mempertikaikan pentadbiran kerajaan sebagai tidak Islamik, saya tetap bertegas melaksanakan tanggungjawab saya dengan perancangan-perancangan yang telah diluluskan oleh Bahagian Agama JPM. Saya juga pernah berdialog dengan Dr Mahathir di kediaman beliau di Petaling Jaya dan di pejabatnya. Dr Mahathir pernah berkata: “Ustaz sama sahaja dengan Hassan Ibrahim dan Amir Yaakob” (kedua-dua mereka telah di“peti ais"kan). Masing-masing mentafsirkan sendiri segala Peraturan dan Perkhidmatan Kerajaan. Akibat istiqamahnya pendirian saya itu, tambahan pula dengan kejayaan saya melaksanakan program Bulan Dakwah di seluruh negara maka saya menerima notis 24 jam berpindah tugas ke Kementerian Pelajaran.
Kementerian Pelajaran – Menteri Pelajaran ketika itu Dato’ Musa Hitam. Beliau memberitahu, saya ditukarkan ke kementerian beliau adalah dengan kehendak Dr Mahathir. Di kementerian berkenaan, saya tidak diberi sebarang tugasan kerja selama kira-kira setahun. Saya ditempatkan di sebuah bilik kalis bunyi (soundproof) bekas bilik rakaman RTM di Bangunan Persekutuan. Dengan kata lain saya di“peti ais"kan, bahkan pangkat jawatan saya diturunkan. Hanya selepas Anwar Ibrahim (kini Dato' Seri) menyertai kerajaan UMNO BN, dengan jasa baik beliau saya dibebaskan menjalankan tugasan saya.
Dalam suasana sedemikian, saya dipelawa untuk berkhidmat di Sarawak yang ditawarkan oleh Dato' Patinggi Abdul Rahman Yaakob (kini Tun), Ketua Menteri Sarawak ketika itu. Kepada saya ditawarkan ganjaran yang besar yang menjamin kehidupan yang mewah sehingga ke anak cucu, asal sahaja saya bersetuju untuk terus tinggal di Sarawak. Untuk memujuk saya, saya sekeluarga dijemput menjadi tetamu kerajaan Sarawak selama seminggu dengan diberi layanan bertaraf empat bintang kerana pada masa itu belum ada hotel bertaraf lima bintang di Kuching. Namun saya tidak bersetuju menerima tawaran itu kerana saya menyedari jika menerima tawaran tersebut saya akan mudah menjadi alat politik kepada pemimpin Sarawak itu meskipun tugasan saya dalam bidang dakwah. Sekitar masa itu juga saya dipelawa untuk menjawat jawatan Mufti Negeri Perak. Yang DiPertua (kini Pengarah) JAIP masa itu Dato' Ahmad Hisham bin Mat Piah (Allahyarham) mempelawa saya untuk menjawat jawatan tersebut. Secara bergurau saya berkata kepada beliau: “Kalau saya jadi mufti Perak, dalam tempoh sebulan mungkin saya akan meletakkan jawatan, ataupun Sultan akan turun takhta”. Jawatan mufti itu kemudiannya diisi oleh Dato’ Haji Ghazali Abdullah (ayahanda kepada YB Dr Dr Lo'lo', MP Titiwangsa).
Kementerian Belia dan Sukan – Dato' Abdul Samad Idris, Menteri Belia dan Sukan ketika itu (pertengahan 1970-an), pernah berdialog dengan saya dengan dihadiri oleh para mufti mengenai cadangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan silat Nasrulhaq yang berasal dari Indonesia. Menteri itu tidak berpuas hati apabila dialog tersebut berakhir dengan kegagalan beliau menangkis hujah-hujah saya. Beliau kemudian mengumumkan kementeriannya akan menubuhkan bahagian agamanya sendiri. Lalu saya dengan tegas mempertikai cadangan beliau. Ekorannya, apabila silat itu diharamkan maka ditubuhkan Persatuan Nasrulhaq yang didokong oleh kementerian berkenaan. Abdullah Badawi (kini Tun) yang pada masa itu menjadi Ketua Pengarah Kementerian Belia datang ke pejabat saya berbincang mengenai amalan Nasrulhaq itu. Tetapi saya tetap dengan pendirian saya. Akibatnya selepas itu, beberapa tahun Dato' Samad Idris tidak mahu berjumpa saya. Namun selepas kira-kira lebih 10 tahun daripada peristiwa itu, Dato' Samad Idris meminta saya menjadi Pengerusi Panel Syariah Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad, yang pada masa itu beliau menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah.
Demikianlah sebahagiaan pengalaman saya menghadapi fitnah ujian dalam perkhidmatan saya melaksanakan tugas kewajipan selaku seorang pendakwah melalui jawatan dalam perkidmatan kerajaan yang diterajui oleh UMNO/BN. Akibat dari ketegasan dan istiqamah saya memikul amanah ilmu yang dianugerah Allah SWT kepada saya, saya tidak dinaikkan pangkat dalam jawatan saya, bukan kerana prestasi atau kelayakan saya tetapi hanya saya tidak mahu menjadi “yes man” kepada orang-orang politik yang menyalahguna kuasa mereka dalam pentadbiran. Saya tidak pernah menyesal apabila pegawai-pegawai bawahan saya dinaikkan pangkat lebih tinggi dari saya. Saya juga tidak pernah menyesal apabila saya diketepikan dari kenaikan pangkat, dan dibawa orang luar untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi daripada jawatan saya padahal pegawai berkenaan berpangkat lebih rendah dari saya hingga terpaksa di“downgrade”kan pangkat jawatan yang hendak diisinya itu. Saya juga tidak pernah merasa kerugian apabila surat penghargaan atas perkhidmatan saya ditarik balik oleh JPA beberapa hari sebelum saya mengetip kad kedatangan (punch card) pada hari terakhir perkhidmatan saya sebagai pegawai kerajaan. Memanglah perkara sedemikian itu agak aneh, kerana sepanjang perkhidmatan saya tidak pernah sekali pun dikenakan tindakan tatatertib. (bersambung…)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
Khamis, Julai 02, 2009
Fitnah=Ujian dan Fitnah=Penganiayaan (Bah. 1)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
16 ulasan:
Salam. Semoga dikurnia ALLAH balasan pahala yg melimpah ruah di atas kesabaran dan istiqomah ustaz menghadapi ujian di dalam hidup ini.
Adanya ulamak seperti Mufti Harussani inilah yang menyebabkan fitnah berleluasa.
Apabila berlaku perbuatan penganiayaan seperti penyeksaan, pertuduhan, pembunuhan, mendatangkan bencana dan sebagainya oleh pemerintah, tetapi Mufti Harussani hanya mendiamkan diri bermakna dia menggalakkan perbuatan itu berlaku.
takbir!!!! semoga allah memberi kekuatan kepada ustaz!
Dari KedahLanie: Kesan Politik Pilihanraya Kepada Perjuangan Ummah
BULETIN الحضارة~*BIL:48/ Rejab1430
AL – HADHARAH
Subhanallah! Maha suci Allah, Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu kepada Nyalah kita semua akan dikembalikan. Selawat serta salam sejahtera kepada Nabi Muhammad saw, kaum keluarga dan para sahabat yang diredhai semuanya.
Wahai saudara dan saudariku ummat Islam, jika anda semua diminta untuk memilih siapakah yang sepatutnya menjadi ketua, pemimpin atau `khalifah` bagi mengurus dan mentadbir kita semua ummat Islam. Agaknya siapa atau calon yang bagaimana yang akan anda pilihnya? Orang yang paling tua..orang yang paling kaya.. orang yang paling kuat.. orang yang paling tinggi.. orang yang paling segak.. atau orang yang paling lemah, mungkin juga orang yang paling kedekut.. atau paling pandai berpura-pura menjadi pilihan anda. Orang yang paling taqwa sudah tidak diletakkan dalam `ranking` pemilihan ummat lagi.
Sebagai ummat Islam kita selalu mendengar ustaz-ustaz atau orang yang lebih mengerti memaklumkan ciri-ciri dan sifat yang sepatutnya dipilih atau diangkat untuk menjadi pemimpin ummat, terutamanya apabila kita mendengar ceramah-ceramah PAS di musim piliharaya. Tetapi tahukah saudara dan saudari bahawa pemimpin atau orang atasan PAS pun tidak upaya nak memilih pemimpin seperti yang mereka ajarkan kepada orang bawahan mencarinya. Maksud saya siapa pun kita sebagai ummat Islam khususnya di Malaysia tidak ada atau belum pernah selama ratusan tahun yang lalu, adanya ruang pemilihan tersebut.
Kita semua samada orang PAS, UMNO atau tak berparti sekalipun terpaksa menerima sahaja `ketua` yang Inggeris tunjukkan dahulu dan warisannya turun temurun. Yang pasti sudah beratus-ratus tahun kita dipimpin oleh orang-orang yang `bengap` dan entah berapa ratus tahun lagi pula akan berlalu…keadaan yang terlalu malang ini….
Jika ummah dapat mengimbau kembali sejarah di sekitar tahun-tahun awal penubuhan PAS bagaimana mereka atau PAS ketika itu bersiasah atau menggarapkan uslub muwajahah silmiyyah itu sendiri dalam keadaan pemimpinnya begitu faham akan suasana yang melingkungi mereka waktu itu. Di sini saya kemukakan sedutan ucapan al-Marhum Prof Dr Zulkiffli Muhammad sebagai bahan renungan dan kajian; “Kita adalah ummat Islam, dengan sebab itu kita ingin melihat hukum-hukum Allah itu dapat dilaksanakan di bumi Allah ini. Kalau dulu (sebelum penjajahan) cita-cita Islam ini dapat dilaksanakan, maka tidak ada sebab mengapa kita ketinggalan. Maka dengan dorongan ini, dan dengan kepercayaan bahawa hanya dengan ajaran Islam, dengan dasar hidup Islam itu sahajalah kita boleh selamat, maka inilah sebabnya kita percaya kepada pergerakan kita, kepada persatuan kita sendiri.”
“Kita mahu merdeka sama seperti orang lain, kita mahu makmur sama seperti orang lain, kita mahu sama rata sama seperti orang lain. Akan tetapi semuanya, kemerdekaan kita, kemakmuran kita dan sama rata kita, semuanya itu kita mahu dilingkungi oleh hukum-hukum Islam, oleh kebijaksanaan yang dipesan oleh Allah swt dan oleh Nabi Muhammad saw.”
Seterusnya mengenai keterlibatan PAS dalam sistem demokrasi pilihanraya, katanya;
“Demokrasi, kata pakar-pakar politik adalah satu cara pemerintahan orang ramai. Sebaliknya ialah pemerintahan mereka yang rajin dan giat dari orang ramai. Ya, kalau orang Islam dan ummat Islam yang berjiwa Islam itu lebih ramai tetapi tidak giat, tidak rajin, maka pastilah faham Islam itu akan tenggelam. Kerana sebenarnya siapa yang rajin, yang bekerja dan yang bergiat, itulah yang akan mendapat tempat dalam masyarakatnya. Dalam perkara ini, susunan kegiatan(aktiviti mengembangkan Islam) itulah yang penting dan inilah pula yang penting kita perhatikan.”
“….ingatlah bahawa tidak ada kebenaran yang menang dengan tidak bekerja, dan tidak ada kejahatan yang kalah kalau dia bekerja. Merdeka dan Allahuakbar.”Buku SejarahKebangkitan&Masa Depan PAS oleh Ibnu Hasyim.
Bersambung...
...
Muwajahah silmiyyah itu sendiri bukan bermakna memberi lesen untuk keluar meninggalkan tapak (hadharah) perjuangan. Mereka tetap melaksanakan tugas dan tanggungjawab memimpin dan membimbing ummah membangunkan Hadharah Islamiyyah walau dengan serba kekurangan, pelbagai tekanan dan rintangan. Inilah yang saya faham pemimpin dahulu maksudkan supaya ummat Islam ini mesti rajin dan giat menyusun kegiatan atau aktiviti yang dapat membangunkan kehidupan ummah bermasyarakat. Medan politik adalah sebagai `menambah` kegiatan, sekaligus usaha tambahan penerangan (dakwah) kepada ummat Islam dan manusia seluruhnya.`Base` atau tapak kita ialah memperbanyak dan memperkembangkan semua bidang aktiviti ummat Islam supaya hadharahnya sendiri dapat hidup dan berkembang, secara langsung akan mempengaruhi ummat yang lain dan menambah kekuatan ummah.
Ummah kena faham, aktiviti politik pilihanraya adalah aktiviti kita `masuk` ke dalam kawasan orang (sistem / hadharah jahiliyyah) untuk mengambil sejauhmana dan setakat mana yang dibenarkan oleh kehendak syara`. Tempat atau kawasan yang kita hidup ialah kawasan ummah yang mesti kita bangunkan, seterusnya dijaga dan dipertahankan walau dengan apa cabaran sekali pun. Inilah yang dicontohkan oleh generasi sebelum kita mempertahankan kampung-kampung dan desa-desa serta kawasan pondok sebagai benteng terakhir ummat menghadapi serangan penjajah dalam pelbagai bentuk. Segala aktiviti Islam, yang dipertanggungjawabkan kepada ummat, kita semai dan bangunkan di kawasan yang dikuasai oleh ummah ini secara berjamaah di bawah pengawasan kepimpinan ummah.
Apa yang saya lihat PAS hari ini sudah tidak menitik beratkan lagi roh perjuangan yang sedemikian. PAS telah mula meninggalkan tanggungjawab ini sedikit demi sedikit. PAS lebih senang menjadi parti politik 100% yang berjuang untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dalam negara ini sama seperti UMNO. Perjuangan ummat dahulu berlainan, mereka tetap meneruskan perjuangan membangun dan berkhidmat kepada ummah dalam masa yang sama mengambil peluang menggunakan uslub demokrasi. Berbeza dengan realiti hari ini, masuk dan mengajak ummat menumpukan seluruh usaha untuk memenangi melalui saluran itu. Dari kepala yang paling atas hingga ahli yang paling bawah semua dikerah masuk menjalankan aktiviti politik seperti hari ini. Cara hidup individu, keluarga, masyarakat termasuk di kampung dan lebih-lebih lagi di bandar-bandar telah tidak diberi perhatian lagi, semuanya terserah kepada individu-individu ahli atau ummat, pandai-pandailah ummat mencorakkannya sendiri.
Di mana ummah nak menghantar anaknya ke sekolah, bagaimana ummah nak mencari alternatif ekonomi riba dan bagaimana ummah nak menyelamatkan anak-anak serta keluarga dari ancaman budaya liar serta maksiat sudah bukan tanggungjawab serta perhatian serius perjuangan PAS. Agenda utama yang nombor wahid tidak lagi perjuangan berasaskan aqidah tetapi bagaimana nak memenangi pilihanraya. PAS akan serius dan melayan bila ada issu-issu yang mendapat keuntungan politik mereka yang dekat dalam PR. Pemimpin PAS seperti dirasuk oleh mabuknya cinta sanggup menengking sesiapa sahaja…benar juga, kata-kata `cinta itu buta`. Wajarlah ummah menilai semula dan memperbaiki pendekatan muwajahah silmiyyah dan tahaluf as-siyasi tanpa mengabaikan taklif-taklif yang lain kerana `cinta` kepada Allah swt insyaAllah terhindarnya buta. Maksud firman Allah; “ Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan bahwa mereka yang menyembah sesuatu yang lain dari Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut `sesuatu keyakinan` mereka hanya menurut sangkaan-sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.” (Yunus 66)
Wassalam. Dari Ibnu Ramadhan. ``qulil haq walau kana murron ``
Alfarabi alMORON,
Wah kau ni spesis mat copy & paste rupanya...
Janganlah copy & paste kat ruangan orang lain... kau buatlah kat blog kau sendiri ya...??
والله انك حمار
Kehkeh....kesian ko alfarabi...
ape ko xpenah fikir ke...masalah ummah tu,umno yg buat.klu umno xbuat pn,umno yg memerintah kenapa xkasi setel...
itu sbb la PAS jadi parti politik.sbb nk dptkn pemerintahan,supaya blh laksanakn Islam secara total..Bila dh Islam memerintah..semua masalah ummah,setel la..Ko nk berpoligami pn SisterInIslam xberani tentang...Itu pn ko xblh fikir ker?
Xyahla ko susah2 cite hal ummah dulu2,sekolah pondok&dll..Itu semua umno dah hapuskn dan ganti sistem yg diajar penjajah..Belum kira umno kawal masjid utk pastikan dakwah Islam umno cara penjajah jadi panduan org Islam Malaysia..
Last kalam aku...cuba ko fikir kenapa nabi s.a.w. gadai nyawa berperang,berusaha menguasai madinah&mekah,dlm masa yg sama xterus melepak berdakwah dan beribadah kt rmh arqam?
1)Utk ahli,Pas ade usrah.nabi pn buat usrah dgn sahabat kt rmh arqam.
2)Pas berusaha dptkn pemerintahan Malaysia.Nabi pn berusaha dptkn pemerintahan Madinah.
3)Setelah Islam merintah madinah,adakah lg masalah ummat Islam?Tidak ke PAS mengikut acuan Nabi s.a.w yg juga nabi kpd alfarabi serta ahli umno yg lain...
Sesungguhnya....
Salam Ust.
Saya juga pernah dihalang dalam kerja2 dakwah semasa berkhidmat di Jab. kerajaan dulu. Tapisan pengesahan jawatan saya dilakuakn oleh Bukit Aman...
Sekadar berkongsi pengalaman
Ustaz, saya bengang ni..... hal kerajaan perpaduan dok jalan lagi. http://leecopperten.blogspot.com/2009/07/kepada-nasrudin-tantawi-jangan-hampiri.html
Salam,
Umno kehilangan ramai pengundi muda khususnya mereka yang di awl dewasa.Sebahagian Mereka yang menyokong pas ini rata2nya terdiri dari golongan yang menentang kerajaan serta pernah diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Di sini,isu yang ingin dikupas ialah golongan 'MAT REMPIT,belia yang keciciran dalam pelajaran,penjenayah rata2 menyokong pembangkang gara2 pernah diambil tindakan khususnya oleh pasukan polis atau pihak berkuasa lain serta kerajaan. Justeru mereka menentang kerajaan kerana "menganggu" aktiviti mereka seperti lumba haram,menagih dadah,maksiat,judi dan banyak lagi. Menurut kajian selidik dari seorang rakan saya di Fakulti Undang2 UIAM pada tahun 2008, mereka yang cenderung melakukan kesalahan dari segi undang2 cenderung menyokong Parti pembangkang Umumnya PKR. Konklusi,saya melihat kemenangan kecil Pakatan pembangkang pada pilihanraya umum lalu sedikit sebanyak adalah dari perkara tersebut. wslm...
-Suara Siswa Islam-
Komen suara siswa yang merasakan dirinya berpengatahuan tinggi amat tidak relevan dalam posting ini, malah ia merupakan satu hasutan.
Tetapi sekadar renungan bersama, Bukan ke bapak MatRempit tu ialah Putera UMNgOk?
Gejala MatRempit dan berbagai-bagai lagi gejala sosial yang ada dalam masyarakat sekarang ini berpunca dari kesalahan Kerajaan yang telah berkuasa semenjak Merdeka Tanah Melayu kira-kira 52 tahun lalu iaitu Kerajaan yang diterajui oleh UMNgOk?? Yang mana pendidikan Islam amat tidak dititik beratkan didalam institusi pelajaran di negara kita dari sekolah rendah hinggalah keperingkat universiti..
Ternyata kajian yang dibuat oleh rakan-rakan anda itu perlu dibuat kajian semula kerana apa yang berlaku khususnya dalam PRU12 tahun lepas ialah kebanyakan mat motor a k a MatRempit yang banyak berarak beramai-ramai, memakai baju BN dan membawa bendera BN...
kalau ustaz/konco rasa ulasan2 saya tak sesuai, padam sajalah semua ulasan2 saya tu dan ustaz/konco boleh kawal siapa yang boleh keluar ulasan dia di blog ustaz. Tak hairan pun kalau ustaz/konco nak berat sebelah dan sememangnya PAS begitu. Tidak berhujah dengan adab dan ilmu yang mendalam baik ilmu agama dan dunia. Tengoklah contoh duit iklan harakhdaily. Tiada jawapan lagi di kedahlanie. Memang PAS tak profesional dan tak pandai dalam urusan duniawi. Lihat saja bahasa-bahasa penyokong PAS dalam blog ustaz dan lain-lain blog PAS.
Kalau ustaz/konco mengelirukan penyokong2 ustaz kerana tidak memaparkan semua ulasan2 saya, maka saya pun tidak redho ustaz/konco menghibah dan memfitnah saya.
We have sent down to you the book in truth that you may judge between men, as Allaah guides you; so don't be an advocate for those who betray their trust. [al-Qur'ân 4:105]
We have sent down to you the message that you may explain clearly to people what has been sent to them, and that they think over it. [al-Qur'ân 16:44]
We sent down the Book to you for the express purpose that you should make clear to them those things in which they differ, and that it should be a guide and a mercy to those who believe. [al-Qur'ân 16:64]
Kalau kau ikhlas wahai farabi, kenapa kau berselindung dibelakang nama seorang Imam terkenal?? Kenapa kau tak pakai nama betul kau dan enable acess to your profile??
Bila masa Ustaz ada fitnah diri kau atau kau yang terasa sangat kerana terkena batang hidung kau sendiri??
istiqamah seorang pejuang tulen.. inilah yang ditakuti oleh mereka yang korup dan zalim..
Komen al-farabi ni macam orang hilang akal.
Ustaz tak reply pun komen dia tapi dia yang sakan nak 'bantai' ustaz.
Siap kata orang fitnah dia?
Gila talak ke?
Catat Ulasan