بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالاَتِ اللهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلاَ يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلاَّ اللهَ وَكَفَى بِاللهِ حَسِيبًا

Jumaat, Mei 09, 2008

Salam Sejahtera untuk Semua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengilhamkan ke atas setiap hambaNya sesuatu yang berupa kebaikan dan nikmat. Semua ini bertujuan supaya segala nikmat kebaikan ini dapat dimanfatkan untuk sekalian alam. Di atas nama kebaikan inilah, saya rasa terpanggil untuk menghidupkan laman blog ini, sekurang-kurangnya segala maklumat dan isu yang berkaitan dengan perkembangan dalam PAS Pusat dan PAS Perak dapat dimaklumkan untuk semua masyarakat Malaysia.

Saya yang juga merupakan Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Perak merasakan amat perlu, pemimpin di semua peringkat untuk mengadakan blog mereka tersendiri bagi memberi pandangan selain menerima maklumbalas dari akar umbi.

Sebagai salam perkenalan untuk semua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua dan rakan-rakan yang memberi pelbagai pandangan supaya blog ini diwujudkan.

Assalamualaikum.

12 ulasan:

buspilot berkata...

Salam Ustaz,
selamat datang ke alam blogging..

Ustaz Ahmad Awang berkata...

Terima Kasih sdr buspilot.
wa'alaikummussalam wmhrt

cucucicittoksago berkata...

Assalammualaikum,
tahniah ustaz kerana mengadakan blog sendiri..saya sebagai anak perak yang berasal dari Sauk amat berharap agar PAS perak dapat memperkasakan lajnah ITnya supaya seiring dalam penyebaran maklumat terkini dan tepat keseluruh negara..kerana saya dapati amat kurang maklumat atau blogger yang beroperasi dari negeri perak..mudah-mudahan kita akan berjaya memprkukuhkan PAS Perak InsyaAllah..

alhusseyn berkata...

Assalammualaikum,
tahniah ustaz- sekarang lebih mudah mayarakat berinteraksi dgn PAS Perak melalui blog ustaz.Tentunya ust sendiri akan mendapat feedback yg berguna dari pembaca dan pembaca akan mendapat maklumat yg saheh dari Ustaz sendiri.Tahniah sekali lagi

Nik Bahrum Bin Nik Abdullah berkata...

Selamat datang ke dunia blog. Saya mohon agar Ustaz dapat menggunakan medium ini untuk berkongsi buah fikiran Ustaz, bukannya sekadar berita yang boleh dilakukan oleh media lain.

Wassalam

TARMIZI MOHD JAM berkata...

As'salam'mualaikum.

Tahniah, Ustaz atas kemunculan blog yang menitip minda bagi mengulas pelbagai isu penting khususnya di Perak.

Dengan keyakinan, Ustaz mampu memimpin rakyat untuk mencari "jalan pulang" dalam pelbagai isu yang sudah tentu kontroversi sepanjang PAS mentadbir Perak.

Tahniah, moga terus konsisten melayani pelbagai karenah blogger dan pengunjung yang beraneka fikrah.

Wassalam.
Blogger
http://sanggahtoksago.blogspot.com/

white piranha berkata...

assalamualaikum ustaz,
cukup menarik maklumat dan komentar yang ustaz titipkan di sini. Semoga segala maklumat yang tidak dapat dizahirkan di media arus perdana dapat dizahirkan di sini. T/kasih.

izah berkata...

Salam..
saya juga harapkan ADUN Gunung Semanggol dan ADUN Selinsing turut serta mewujudkan blog masing-masing. Senang kami ni nak suarakan masalah kami.. Harap Us. Ahmad dapat maklum pada YB tersebut...

anti korupsi berkata...

salam ustaz. saya suka baca apa ustaz tulis. saya harap dapat kekalkan sikap seorang berhemah tinggi dalam menyampaikan apa jua pandangan selari dengan peribadi ustaz. senang hati saya kiranya ustaz menggunakan bahasa-bahasa yang elok2 dalam blog ustaz ini. diharap perjuangan ustaz walau apapun jua tujuan ustaz terbitkan blog ini adalah kerana Allah semata-mata. semoga perjuanagan ustaz diberkati Illahi. wasalam

PahBedah berkata...

syabas, tahniah semoga ramai lagi ulama yang akan terjun kedunia blog

mieaab berkata...

Asalamualaikum Ustaz,
Harap Ustaz dapat masukkan segala bahan sejarah pwnubuhan PAS serta gerakan Islam serta golonagn pejuang kemerdekaan yang bermula dari Perak termasuk di SITC, Gunung Semanggol, Dr Burhanudin dan Hj Mustapha di Taiping serta golongan kiri termasuk Ahamd Boestaman RAshid Maidin dan Abdullah CD yang amat menghargai perjuangan Dr Burhanudin dan PAS dalam menghalau Inggeris keluar dari Tanah Melayu.
Supaya generasi abad 21 kenal siapa sebenarnya anjing Inggeris dan siapakah sebenarnya yang benar-benar memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan hak Orang Melayu serta Islam di Tanah Melayu.
Jangan biarkan sejarah perjuangan kemerdekaan ini diputarbelit oleh mereka yang sebenarnya petualang bangsa dan agen Inggeris.

msms berkata...

assalamualaikum ustaz. tahniah. semoga blog ini dapat menjadi wadah untuk kita berkenalan & mendapatkan info terkini yang tepat.