بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالاَتِ اللهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلاَ يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلاَّ اللهَ وَكَفَى بِاللهِ حَسِيبًا

Rabu, Mei 14, 2008

Dosa UMNO pada Ketuanan Melayu-Islam - Bhg 1

ASAL USUL MELAYU-ISLAM

Dua hal yang ditafsir sama oleh banyak pihak tapi sebenarnya tidak sekata, iaitu Islam dan Melayu. ISLAM adalah Ad-Din yang bersifat sejagat atau syumul. Islam tidak didominasi oleh sesuatu kaum walaupun Islam diturunkan kepada Nabi Mumammad SAW dari kaum Arab Quraisy. Bangsa Arab atau kaum Quraisy juga tidak menyempit Islam sebagai satu penguasaan hakiki di kalangan mereka, wal hal dalam kontek sejarah, mereka tidak dipersalahkan sekiranya meletakkan kaum mereka di status demikian. Hakikatnya Islam telah dianuti pelbagai suku bangsa, pelbagai budaya dan pelbagai adat resam tanpa sempadan benuanya.

MELAYU pula merupakan satu rumpun kaum yang secara sejarahnya dikatakan kaum yang menetap di rantau nusantara ini sejak lebih 25 ribu tahun lalu. Arkeologi Lembah Bujang yang menghubungkan Negeri Lindungan Kedah Tua di era Kerajaan Langkasuka dan Serivijaya serta Kota Tampan di Lenggong pula membuktikan sejarah di penempatan di lokasi tersebut dikuasai pengaruh agama Hindu dan Buddha sebegitu lama. Disebabkan catatan sejarahnya amat kabur, tidak banyak bukti ilmiah yang menerangkannya. Namun orang Melayu Jawa yang beragama Hindu yang kemudiannya membentuk komuniti mereka berpindah ke Bali membuktikan sejarahnya bahawa terdapat orang Melayu yang beragama Hindu. Begitu juga di Sabah dan Filipina yang terdiri dari orang yang berasal dari keturunan Melayu yang beragama Kristian dan lain-lain agama.

Dalam konteks Malaysia, Melayu dan Islam adalah satu pengsebatian yang dibuktikan oleh sejarah terkemudian. Kerajaan Melayu Melaka, Acheh, Pasai, dan Patani. Di nusantara ini telah mengalami satu perubahan sejarah yang mengkagumkan. Perkembangan Islam dalam dunia Melayu di nusantara mencorak dimensi baru ke atas pola peradaban Melayu hingga ke saat ini. Ia bermula dari era perdagangan laut dunia ketika zaman awal perkembangan Islam.

Walaupun agama kristian lebih awal diturun dan tersebar berbanding Islam tetapi era kegelapan di Eropah menyebabkan agama tersebut tidak dapat dikembangkan secara menyeluruh di seluruh dunia. Sebaliknya era kegemilangan Islam dan penemuan dunia perniagaan yang menggunakan jalan laut di zaman para sahabat menyebabkan Islam mudah tersebar dan berkembang khususnya di alam dunia melayu yang kaya dengan bahan mentah dan rempah ratus.

KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

Di Tanah Melayu penyebaran agama Islam amat unik. Ia berlaku tanpa sebarang pertumpahan darah. Kemasukan Islam di Tanah Melayu bermula selepas Parameswara Raja Melaka memeluk Islam dalam abad ke 15. Pengislaman Parameswara tidak mempunyai hubung kait dengan kekayaan yang dimiliki oleh pedagang-pedagang Islam yang berurusan di Melaka. Malah ketika itu pedagang dari India, China dan Eropah juga turut berurusan di perairan Melaka.

Cuba anda bayangkan bagaimana usaha dakwah yang dilakukan oleh mubaligh Islam ketika itu untuk mengislamkan seorang raja yang berkuasa dan berpengaruh. Menukar agama bukan semudah penukaran barang dagangan atau pakaian sutera yang tersarung di badan. Penukaran agama lama kepada agama baru melibatkan pengorbanan ke arah pengabdian spiritual dan fizikal yang amat berat dan sukar. Namun pendakwah-pendakwah Islam yang datang dari Arab, Parsi, India dan China ketika itu berjaya mengislamamkan raja Melaka. Rahsia pengislaman Parameswara adalah dikaitkan dengan keindahan akhlak yang ditunjukkan oleh orang-orang Islam ketika berurusan di pelabuhan Melaka. Amanah, berbudi pekerti, menepati janji serta bersopan santun sebagaimana yang dianjurkan Islam dipratik secara zahir dan batin oleh pedagang-pedagang Islam ketika itu.

Dikisahkan sebelum Parameswara memeluk Islam, pada suatu hari, baginda telah melihat perlakuan sekumpulan pedagang-pedagang Islam yang sedang sembahyang berjamaah. Baginda kagum melihat mereka yang bersembahyang itu kerana terdiri dari pelbagai bangsa seperti Arab, Parsi, India dan China melakukan perlakuan yang sama dengan diketuai oleh seorang imam.

Selepas tamat bersembahyang mereka berjabat salam tanpa membezakan negara yang mereka datang serta warna kulit yang mereka miliki. Mereka juga saling berpelukan dan beramah mesra bagaikan bersaudara sedangkan mereka baru pertama kali bertemu.

Raja Parameswara bertanya kepada pembesar dan hulubalang-hulubalang yang mengiringi beliau, “Pernahkah kamu berurus dagang dengan mereka?”

Shahbandar yang turut mengiringi baginda berkata, “Amat mudah apabila berurusan dengan mereka, mereka sentiasa beramah mesra dan tidak menipu, apabila berjanji mereka tepati, apabila berhutang mereka tidak mengenakan bayaran yang tinggi dan mereka juga murah hati dan mudah memberi.”

Parameswara bertanya lagi, “Apakah nama tuhan yang mereka sembah itu dan apakah nama agama mereka. ” Seorang hulubalang yang telah memeluk Islam menjawab, “Tuhan mereka dipanggil ALLAH dan agama mereka disebut ISLAM.” Lalu baginda bertitah kepada seorang pembesarnya, “Titahkan ketua di antara mereka itu menemui beta.” Parameswara dikatakan memeluk agama Islam selepas peristiwa tersebut.

Sebagai seorang raja, baginda menyedari sekiranya diri beliau dan seluruh rakyat baginda memiliki akhlak dan keperibadian sebagaimana yang ditunjukkan oleh pedagang-pedagang Islam tersebut nescaya negeri Melaka akan menjadi aman, makmur dan sejahtera. Tidak akan berlaku rasuah, terhapus segala kemiskinan, golongan kaya akan bermurah hati membantu yang miskin, rakyat akan bersatu padu, jenayah akan dibasmi dan pemerintahan baginda akan dihormati dan disegani.

Islamnya Parameswara memberi kesan yang besar kepada Melaka sehingga hampir semua pembesar dan rakyat Melaka menerima Islam. Maka terbentuklah sebuah tamadun Melayu yang berasaskan dari ketamadunan Islam yang kemudiannya berkembang ke seluruh pelusuk Tanah Melayu.

ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA

Bersandarkan kepada sejarah Islam dalam dunia Melayu itulah apabila Inggeris menguasai Tanah Melayu agama Islam diiktiraf sebagai agama negara yang dimaktubkan dalam perlembagaan negara tanpa meletakkan apa-apa bantahan oleh kuasa penakluk itu ketika pengisytiharan kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957.

Lantaran kejahilan dalam gelombang politik antarabangsa di samping kegairahan pemimpin yang dianggap jaguh rakyat itu membawa pulang sekalung kemerdekaan tanpa disedari kita telah dialpakan oleh tipu daya penjajah Inggeris. Adalah sesuatu yang amat janggal apabila Islam diterima hanya sekadar upacara dan amalan dalam urusan peribadi, tetapi dipinggirkan perlembagaan yang menjadi nadi kekuatan pada Islam. Itulah antara sebab mengapa UMNO dipilih oleh Inggeris untuk diserahkan kemerdekaan kerana UMNO ketika itu bukanlah sebuah pertubuhan yang berasaskan perjuangan Islam maka kepentingan dan hak bangsa sahaja dianggap menjadi pioriti bukannya Islam.

Kelemahan para pemimpin UMNO akhirnya terperangkap dengan menerima perlembagaan yang ditulis penjajah Inggeris yang hanya memperkatakan Islam sebagai agama Negara tetapi undang-undang dan sistem yang ada pada Islam tidak dijadikan sebagai sebahagian dari perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Sebahagian besar dari undang-undang negara sekarang yang diguna pakai oleh kerajaan BN untuk mentadbir negara ini adalah berpaksikan undang-undang penjajah Inggeris. Sejarah kemerdekaan banyak negara di dunia ini menggunakan formula yang sama sebagaimana digunakan dalam kemerdekaan Tanah Melayu. Penjajah akan memberikan kemerdekaan kepada golongan yang pro pada mereka dan bukan kepada penentang Penjajah. Walhal penentang penjajah inilah sebenarnya merupakan wira-wira pejuang yang sanggup mempertahankan negara dan hak mereka tanpa membuka selangkah ruang untuk dikuasai oleh penjajah.

PAS DAN KEMERDEKAAN

Dalam hubungan ini PAS adalah parti politik yang berteraskan perjuangan Islam dan orang Melayu yang menjadi musuh ketat kepada penjajah Inggeris di Tanah Melayu. PAS sentiasa merancang dan melaksana pelbagai gerakan samada gerakan dakwah maupun perang saraf untuk menghalau penjajah dari bertapak di sini. Gerakan-gerakan penentangan yang dipelopori oleh guru-guru sekolah agama rakyat menjadi tunjang kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan Inggeris. Inilah antara penyebab mengapa Inggeris terlalu marah kepada gerakan dan pertubuhan Islam.

Parti Islam ini merupakan antara penentang kuat kepada perlaksanaan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dibuat Inggeris, Perlembangaan Persekutuan Inggeris yang langsung tidak membuka ruang kepada perlembagaan yang berteraskan hukum Islam dianggap satu penghinaan yang besar kepada orang Melayu dan agama Islam. PAS ketika itu menganggap kemerdekaan Tanah Melayu adalah separuh masak.

Namun di atas kesedaran bahawa perlembagaan ini boleh diubahsuai setelah Inggeris meninggalkan Tanah Melayu maka polimik berhubung perundangan Islam dalam perlembagaan persekutuan dianggap sebagai suatu usaha susulan di masa akan datang.

Sejarah perang salib dan era penyebaran agama Kristian yang diselaraskan dengan era penjajahan kuasa eropah ke atas negara-negara yang dijajah ketika itu menjadikan kuasa penakluk itu tidak pernah memberi peluang dan ruang kepada gerakan Islam. Ini tidak menghairankan apabila penjajah Inggeris menyerahkan kemerdekaan Tanah Melayu kepada UMNO.

Ini disebabkan Inggeris menyedari bahawa UMNO akan meneruskan misi Inggeris di negara ini di samping dapat membendung kebangkitan Islam yang dipelopori PAS. Penggunaan sebahagian besar perlembagaan British oleh Malaysia selepas 50 tahun merdeka serta menolak perundangan Islam secara menyeluruh adalah bukti sebenar UMNO bukanlah berjuang untuk kepentingan Islam. Islam cuma dijadikan boneka apabila sekian lama kuasa Mahkamah Sivil melebihi bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Selepas merdeka UMNO meneruskan kesinambungan Penjajah Inggeris melenyapkan sejarah Islam di kalangan orang Melayu. Contohnya UMNO terlibat dalam usaha melenyapkan tulisan jawi yang merupakan bahasa perantaraan Al-Quran dalam sistem pendidikan negara suatu ketika dahulu. Mereka yang tidak dapat menguasai tulisan jawi akan jahil seumur hidup terhadap kitab suci orang Islam atau orang Melayu itu. Pelbagai lagi tanggungjawab yang diberikan kepada pemimpin-pemimpin UMNO untuk membawa misi mengembalikan Islam kepada orang Melayu gagal dilaksanakan.

Amat menjijik dan memalukan apabila sebuah pertubuhan yang bergelar Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu serta melaungkan sebegitu gah perjuangan membela orang Melayu tetapi menjadi gunting dalam lipatan meruntuhkan budaya dan pegangan orang Melayu secara halus dan terancang.

Memang ada sebab dan buktinya apabila seseorang berkata Dosa UMNO ke atas orang Melayu begitu besar.

Bersambung dalam bahagian kedua.

Pandangan Blogger: “Of Malays and Islam”, di‘blog’ oleh Norma Kassim

4 ulasan:

nik berkata...

Salam,

Saya bersetuju 100% berkenaan kenyataan dosa UMNO pada Islam dan Melayu sangatla besar.

Antara alasan utama terjadi begitu ialah pakatan UMNO bersama rakan-rakannya yg bukan Islam dalam Perikatan--BN. Tentangan rakan2 bukan Islam dipersalahkan, selain daripada tiadanya kesungguhan UMNO sendiri utk menegakkan Islam.

PAS tiada alasan begitu sebelum ini kerana tiadanya kerjasama dgn parti lain kecuali parti orang Islam seperti Semangat 46 dulu.

Dengan menyertai Pakatan Rakyat yg juga ada DAP yg secara terangan tidak mahu Negara Islam, bagaimanakah usaha PAS untuk meneruskan matlamat negara Islamnya?

aNaK BaPaK berkata...

saya amat bersetuju dengan pandangan ustaz..dan bagi saya wujudnya melayu di atas muka bumi adalah setelah datangnya islam justeru sikap dan pandangan serta amalan islam diserap sebagai sikap pandangn juga amalan melayu itu sendiri..

umumnya apa sahaja yang dipandang hina oleh islam ia juga dipandang hina oleh orang melayu...begitulah sebaliknya..

namun setelah terbaca bebarapa komen dapi pembaca yang memberi respon terhadap tulisan ustaz..saya kira mereka ini dari kalangan melayu-umno yang derperado...kecewa dengan keputusan PRU12 baru2 ini..saya kira juga hanya isu ketuanan melayu sahaja senjata mereka untuk meraih simpati berasaskan sentimen perkauman jumud yang pada hakikatnya sekadar meraih kekuatan untuk terus berkuasa dan terus melakukan perbuatan tidak berakhlak dalam politik yang akhirnya merugikan rakyat bahkan selama ini pun melayu menjadi rugi kerana penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh umno

bukan soal isu penghayatan rukun negara atau kedudukan istimewa melayu terhakis atau melayu merempat di bumi sendiri...pada hakikatnya kuasa politik umno yang terhakis dan akhirnya tiada dapat menyeleweng dan menipu lagi bahkan mereka sebenarnya mahu menyembunyikan ketakutan terhadap penipuan dan penyelewengan yang mereka lakukan selama ini akan terdedah dari ahli umno, pimpinan cawangan,bahagian negara bahkan kebangsaan..mereka amat takut semua ini terdedah..adapun suara lain yang terikut2 dengan isu ketuanan melayu saya sekadar menggolongkan mereka sebagi "mangsa proses pembodohan" anjuran umno selama 50tahun bahkan dari sebelum merdeka..iaitu proses pembodohan minda melayu warisan penjajah british..

melayu akan menjadi kuat dengan islam..rukun islam dan rukun iman adalah paksi utama bukannya pengahayatan rukun negara dahulu..islam itu tinggi tiada yang lebih tinggi dati islam...hanya penganut fahaman ekstrimis sekularist nasionalist sahaja yang menolak rukun2 yang diciptakan allah dengan mengutamakan rukun ciptaan manusia yang jelas amat lemah dan berubah2..

hanya islam satu2 nya jalan penyelesaian masalah kehidupan seluruh manusia di muka bumi, bukannya fahaman umno yang menolak islam tapi mengaku perjuang islam..awas..ciri2 munafiq yang allah sebut di dalam al-quran cukup banyak contohnya dalam pimpinan umno dan BN...wallahua'lam..

allahuakbar...!!!

aNaK BaPaK berkata...

pas tidak akan menggugurkan matlamatnya dengan menggugurkan dasar mahu melaksanakan sebuah negara yang terlaksana di dalamnya nilai2 islam ( rujuk undang2 tubuh pas ) apakah yang palung bernilai dalam islam...yang paling bernilai adalah undang2nya...sembernya al-quran, sunnah , ijmak, qias..

adapun pas tiada menyebut doal negara islam dalam manifestonya kerana uslub dakwah untuk non-muslim melihat betapa islam bersungguh2 memberi tawaran dan jaminan kehidupan yang lebih baik kepada semuat manusia..tiada termaktub dalam manifesto bukan bermakna menggugurkan dasar...tetapi pas wujud atas dasar ini, untuk menggugurkan dasar ini pas perlu pinda perlembagaannya yang mana jika dipinda..ia tiada menjadi sebuah parti atau jamaah islam lagi..pas sebuah jamaah islam yang ditubuhkan atas nama parti politik untuk mencapai matlamat sebagaimana kaedah fiqah..ma la yatimmul wajib illa bihi fa hua wajib...apa2 yang tidak dapat menyempurnakan suatu yang wajib kecuali dengannya adalah wajib..maka menjadi parti politik wajib,menyertai piliharanya wajib,mengundi wajib, jadi ahli pas juga wajib kerana ini wasilahnya..

hubungan dengan DAP yang tiada mahu menubuhkan negara islam...benarkah..atau sekadar kenyataan pemimpin vaterennya sahaja..pimpinan terbaru mengambil positif soal ini..bahkan kelab penyokong pas dari kalangan MCA, MIC malah dari DAP sendiri semakin ramai..bukankah itu satu signal bahwa mereka setuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh pas..yang penting bagi mereka kehidupan mereka lebih terjamin dengan jaminan islam...lebih baik dan terjamin dari amalan demokrasi sekarang...

kalaupun ada pertikaian ini...inilah peluangnya kita memberi maklumat secara jelas kepada semua manusia tanpa mengira cina atau indianya dia itu..islam atau tidaknya dia itu ( kerana ramai muslim tak faham islam) betapa islam ini begitu cantik jika dilaksanankan.mungkin disana ada salahfaham tentang islam..itu pun saya kira adalah propaganda umno dan BN yang memberi gambaran buruk tentang islam dan kita sekarang adalah bertanggungjawab untuk memperbetulkannya..yakinlah dengan islam...pas sentiasa berusaha ke arah ini..

allahuakbar..

nik berkata...

PAS 'menyembunyikan' hasrat negara Islamnya dalam manifesto sebagai satu strategi dakwah-saya setuju.

Dlm pada itu,PAS juga patut sedar bahawa isu Ketuanan Melayu ini boleh digunakan untuk menghakis sokongan terhadapnya drpd org Melayu.

Setakat ini, melalui media massa, jawapan PAS kpd isu ini ialah bahawa pihak UMNO sengaja memperbesarkan isu ini utk menarik sokongan rakyat, memandagkan ada tindakan UMNO sebelum ini tidk menunjukkan ia betul2 menjaga kepentingan Melayu.Bahawa semua ini adalah hanya muslihat UMNO utk mengekalkan kuasa.

Bagi saya, cara & strategi yg lebih baik ialah PAS patut menekankan bahawa perjuangan PAS akan terus mempertahankan keistimewaan org Melayu, dalam masa yg sama memperjuangkan Islam dan juga memberi keadilan kepada kaum2 lain kerana Islam itu adil.

Dgn itu, PAS akan mendapat sokongan drpd masyarakat Melayu yg risau kepentingan mereka akan terjejas, tetapi tidak mahu lagi menyokomg UMNO kerana UMNO telah khianat.

Saya yakin UMNO tidak lagi dpt memainkan isu ini dgn berkesan jika PAS menjelaskan dgn bersungguh2 bahawa PAS memang menjaga kepentingan Melayu.