اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Respons Atas Komen-komen
Saya berterima kasih atas komen-komen yang diberikan oleh pengunjung blog saya dan beberapa blog lain yang membuat pautan kepada posting berkenaan. Khusus kepada mereka yang membuat komen bersetuju dan menyokong pandangan saya, diharapkan mereka dapat menyampaikan mesej seperti yang sewajarnya difahami oleh mereka yang dapat membaca apa yang tersirat di samping apa yang tersurat. Terima kasih dan syabas kepada mereka.
Saya terpanggil untuk memberikan respons, kerana sebahagian komen-komen berkenaan perlu diberikan jawapan dan penjelasan supaya tidak mengelirukan. Komen yang berupa kritikan peribadi tidak perlu saya jawab kerana saya percaya pengunjung blog ini boleh menilai sendiri apa yang saya tulis dalam posting berkenaan. Umpamanya ada yang mengatakan saya hendak menunjuk hebat, saya orang yang sudah pencen dalam jamaah dan sebagainya.
Sesetengah komen mengatakan posting berkenaan boleh membawa fitnah dan pecah belah di dalam jamaah kerana pandangan saya sebagai mantan anggota pimpinan jamaah didedahkan kepada umum, padahal saya boleh menyampaikannya melalui saluran dalaman. Bagi saya pendapat sedemikian lebih berupa andaian kerana pandangan yang saya berikan lebih bersifat tazkirah, bukan bersifat kritikan jauh sekali sebagai tohmahan. Apatah lagi pandangan tersebut diberikan setelah diketahui umum banyak suara yang kurang berpuas hati yang diluahkan terhadap keputusan Jawatankuasa Displin ke atas kes KS. Saya sendiri menerima panggilan telefon dan SMS yang menyatakan rasa terkejut mereka dengan penggantungan KS.
Saya tidak fikir dengan menyampaikan pandangan melalui blog semestinya boleh menimbulkan masalah kepada jamaah, selagi ianya tidak berupa fitnah atau tuduhan melulu ke atas mana-mana pihak dalam jamaah. Kepimpinan dan pendokong jamaah sudah lumrah mendengar pandangan bahkan kritikan terbuka dari ahli-ahli dari pelbagai peringkat terutamanya dalam setiap kali Muktamar Tahunan. Para perwakilan adakalanya mengkritik kepimpinan dengan pedasnya di khalayak ribuan yang hadir dan terbuka kepada media tanpa sebarang tapisan. Kalau realiti seperti ini boleh diterima, saya tak fikir menulis dalam blog dianggap boleh membawa pecah belah dan saya dengan mudah dituduh melakukan dosa besar. Memang agak aneh kalau yang mengkritik pimpinan secara terbuka dari kalangan anggota pimpinan sendiri, sedangkan saya tidak menduduki sebarang jawatan kepimpinan, bahkan setakat ini saya tidak lagi menjadi ahli Majlis Syura, kerana Majlis Syura belum terbentuk selepas pindaan perlembagaan parti yang terkini. Jadi saya hanya sebagai ahli biasa ketika membuat posting ini hingga kini.
Khusus respons kepada komen “Hamba”, didapati dari komen beliau mengenai displin ahli dalam parti, kelihatan bercanggah dengan sikap beliau sendiri. Dalam komen pertama beliau mengatakan, sebagai ahli kena terima dan patuh kepada keputusan parti, dan dalam konteks ini terima sahaja keputusan Jawatankuasa Displin tanpa mempersoalkannya. Akan tetapi dalam komen berikutnya beliau sendiri kelihatan mempersoalkan keputusan parti mengenai pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bersama DAP (khasnya di Perak). Beliau juga mempersoalkan MOU PR yang didakwanya tidak disebut nama Allah. Bagi saya sekiranya beliau seorang ahli PAS, maka bererti beliau telah mempersoal/mempertikai keputusan kepimpinan. Bagaimanapun sekiranya beliau seorang ahli UMNO (hampir pasti pun), ianya tidak menjadi masalah.
Dalam komen seterusnya, “Hamba” bertanyakan kenapa PAS sanggup membenarkan DAP bersama menyerang AMNO (yang tepatnya UMNO) yang sebangsa dengan PAS, walhal Nabi s.a.w. tidak pernah membenarkan sekutu Pakatan Rakyat Madinahnya bersama-sama menentang musyrikin Makkah yang sebangsa dengan Nabi. Pertanyaan tersebut cuba menggambarkan seolah-olah perjuangan Rasulullah s.a.w. berdasarkan kaum atau bangsa. Fahaman seperti ini amat berbahaya dan bercanggah sekali dengan ajaran Islam kerana Islam tidak berdasarkan bangsa, bahkan menentang fahaman asobiah (perkauman). Musuh Islam terutama golongan orientalis sering mendakwa bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang pemimpin agama yang memperjuangkan kebangsaan Arab bahkan menuduh kononnya ajaran Islam itu sendiri adalah warisan dari kepercayaan dan budaya bangsa Arab. Kalaupun “Hamba” terlalu bersemangat untuk menyokong UMNO janganlah cuba memesongkan ajaran Islam yang berdasarkan aqidah tauhid yang tidak ada kena mengena dengan satu-satu bangsa atau kaum.
Sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w., bahkan juga para rasul sebelumnya yang diutus kepada satu-satu kaum tidak pernah menganggap golongan sebangsanya yang menentang para rasul itu sebagai satu “bangsa” dengan mereka yang beriman, kerana yang memisahkan mereka ialah aqidah perjuangan. Tidak berbangkit sama sekali kononnya Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan rakan sekutunya di Madinah untuk menyerang musyrikin Makkah yang sebangsa dengan baginda. Bukankah kaum Ansar yang terdiri dari bangsa Aus dan Khazraj sentiasa berganding bahu dengan kaum Muhajirin dari bangsa Quraisy dalam peperangan-peperangan menentang musyrikin Makkah sejak dari perang Badar hingga kempen pembukaan Makkah.
Berkenaan pertanyaan “Hamba” yang berbunyi: Adakah tercatat dalam sirah Nabi s.a.w. yang baginda pernah mengkhianati bangsa Arab kerana kuasa? Saya tegaskan sekali lagi, jangan cuba berhujah dengan fahaman perkauman untuk memesongkan sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. Baginda Rasulullah s.a.w tidak boleh dikaitkan dengan pengkhianatan kepada bangsanya (Quraisy) kerana baginda memerangi kaum musyrikin Quraisy setelah berkuasa di Madinah, adalah semata-mata untuk menumbangkan kuasa jahiliyah/musyrikin yang menentang dakwah dan berusaha untuk menumbangkan kedaulatan Islam di Al-Madinah Al-Munawwarah.
Bersabit dengan dakwaan “Hamba” bahawa PAS berkempen lebih kepada memburukkan parti lawan dan bukannya mengajak orang beriman kepada Allah dan RasulNya, dakwaan tersebut sebenarnya tidak tepat dan boleh mengelirukan. Bagi saya kalau “Hamba” seorang penyokong PAS, tentu beliau sedia maklum bahawa PAS bukan semata-mata bergerak dengan ceramah/kempen, bahkan juga melaksanakan pelbagai aktiviti dakwah seperti kuliah-kuliah pengajian, usrah, liqa’ fiqr, dialog dan seumpamanya yang bertujuan untuk mengajak umat Islam khasnya untuk mendokong Islam dan menghayati ajarannya. Malangnya di negeri-negeri yang dikuasai UMNO/BN, gerakan dakwah dihalang, bahkan diugut dengan pelbagai tindakan. Di Selangor umpamanya semasa kerajaan UMNO/BN berkuasa terutama sekali semasa Khir Toyo menjadi Menteri Besar, kuliah-kuliah dan majlis-majlis ilmu di masjid dan surau-surau dikongkong dan ditekan dengan ganasnya. Alhamdulillah kini di negeri Selangor, masjid-masjid dan surau-surau dimakmurkan dengan majlis-majlis ilmu dan aktiviti dakwah dengan pelbagai program. Demikian juga di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat yang lain termasuk Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP. Berkenaan dengan kempen atau ceramah politik, tidak dinafikan ia berbentuk serangan dan pendedahan akan keburukan parti lawan khususnya UMNO yang memegang tampuk pemerintahan lebih separuh abad, yang berterusan menyerang perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam. Maka wajarlah serangan UMNO itu dibalas dengan serangan.
Persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh “Hamba” mengenai Perjanjian Hudaibiyah, nampaknya tak habis-habis hujahnya berkisar sekitar asobiah kaum yang cuba dilabelkannya ke atas perjuangan Rasulullah s.a.w. Dalam konteks Hudaibiyah, memanglah Rasulullah s.a.w. membuat perjanjian damai dengan kaum Quraisy Makkah yang bermusuhan dan memerangi Islam. Ketika itu merekalah musuh utama Islam dan yang paling awal menentang Islam sebelum kaum lain. Apatah lagi bangsa Quraisy berkuasa memerintah di Makkah. Maka Perjanjian Hudaibiyah diutamakan oleh Rasulullah s.a.w. apabila kaum Quraisy bersedia untuk berdamai kerana dengan demikian ruang dakwah terbuka luas untuk baginda bergerak dengan bebasnya. Ia tidak kena mengena langsung dengan sebab bangsa atau kaum. Mengenai sebab mengapa PAS tidak membuat “perjanjian damai” (berpakat menubuh kerajaan) dengan UMNO, padahal PAS berlawan dengan UMNO, kepimpinan PAS sering menegaskan bahawa pengalaman PAS bersama dengan UMNO dalam kerajaan campuran dengan Perikatan yang kemudiannya membentuk BN (1973-1978) sudah cukup menjadi pengajaran buat PAS menolak tawaran untuk bergabung dengan UMNO bagi membentuk kerajaan selepas PRU 12 yang lalu. Ini belum lagi diambil kira amalan UMNO mengenepikan ulama’-ulama’ UMNO sendiri samada dalam kepimpinan parti mahupun dalam pentadbiran kerajaan.
Adapun mengenai sebab kesediaan PAS berpakat dengan DAP membentuk kerajaan PR (khasnya di Perak) yang saya kaitkan dengan iktibar Perjanjian Hudaibiyah itu, adalah bertujuan bagi melaksanakan dakwah kepada bukan Islam melalui saluran politik dengan mendekati DAP yang juga sebelumnya memusuhi PAS yang memperjuangkan Islam. PAS melihat DAP/bukan Muslim menentang perjuangan PAS sebahagiannya disebabkan oleh propaganda UMNO yang menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap PAS dan sekaligus terhadap Islam. Hakikat ini didedahkan sendiri oleh pimpinan DAP secara terbuka bahawa mereka dahulunya memusuhi PAS dan takut kepada Islam kerana UMNO selama tidak kurang dari 50 tahun, menakut-nakutkan orang bukan Islam sekiranya PAS berkuasa memerintah, hak-hak mereka akan terlucut dan mereka tidak bebas mengamalkan kepercayaan mereka. Kini semenjak PAS bersama DAP dan PKR dalam PR, ternyata tembok pemisah di antara PAS dengan orang bukan Islam sudah dapat dirobohkan dan mesej Islam semakin mudah disampaikan kepada mereka. Bahkan ternyata ruang dakwah lebih terbuka dengan luas seperti yang disaksikan di Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP sendiri.
Soal dendam PAS kepada UMNO seperti yang ditimbulkan oleh “Hamba”, ianya langsung tidak berbangkit. PAS menentang UMNO kerana perjuangannya menentang perjuangan Islam yang didokong PAS. Di sini tidak timbul soal dendam berdendam kecuali individu-individu tertentu, tapi bukanlah kerana ajaran PAS. Kepimpinan PAS dari pelbagai peringkat menunjukkan amalan dan pergaulan yang tidak bermusuh dengan orang-orang UMNO. Sebagai contohnya, bila berlaku kematian orang UMNO atau penyokongnya, pemimpin PAS atau penyokong-penyokong PAS hadir menyembahyangkan jenazah mereka, bahkan tidak jarang pula yang mengimamkan solat jenazah orang UMNO. Begitu juga orang PAS menghadiri majlis-majlis kenduri-kendara orang UMNO jika mereka dijemput. Saya sendiri berkali-kali pernah mengimamkan solat jenazah orang UMNO atau membaca doa selamat di majlis kenduri orang UMNO (yang menjemput saya). Namun yang jarang berlaku ialah pemimpin atau orang-orang PAS hadir di majlis-majlis ilmu anjuran UMNO kerana mereka jarang dijemput, apalagi untuk memberi ceramah. Tambahan pula UMNO sendiri pun jarang-jarang menganjurkan majlis-majlis ilmu (kuliah/pengajian) kecuali sempena hari-hari sambutan Islam.
Akhir sekali mengenai pertanyaan “Hamba”: Adakah Rasulullah s.a.w. pernah selepas peperangan, lalu hasil rampasan perang yang berupa kuasa diagihkan kepada puak musyrikin yang bersekutu dengan Nabi? Pertanyaan tersebut menunjukkan “Hamba” tidak faham erti “rampasan perang” yang disebut dalam istilah Islam sebagai al-ghanimah, al-fayi’ dan al-anfal. Ianya bermaksud hartabenda samada haiwan, tunggangan atau apa-apa juga harta milik musuh yang ditinggalkan setelah kalah dalam pertempuran atau yang ditinggalkan apabila mereka berundur sebelum pertempuran. Ia sama sekali tidak dimaksudkan dengan kuasa pemerintahan. Kuasa pemerintahan bukan sesuatu yang boleh dimiliki seperti hartabenda, bahkan ianya adalah amanah Allah S.W.T. Dalam konteks demokrasi berparlimen seperti yang diamalkan dalam sistem pemerintahan negara kita, kuasa diperoleh melalui kemenangan dalam pilihanraya. Parti-parti yang memenangi pilihanraya mendapat mandat rakyat untuk memerintah. Maka kuasa memerintah tidak boleh dijadikan seperti hartabenda yang boleh dimiliki, bahkan tidak boleh dirampas oleh mana-mana pihak. Perbuatan merampas kuasa yang diberi rakyat adalah perbuatan yang zalim seperti yang dilakukan oleh UMNO di bawah pimpinan Najib yang merampas kuasa pemerintahan kerajaan PR di Perak. Dalam konteks ini PAS bersama DAP dan PKR dalam PR cuba sedaya upaya mengambil iktibar dari sirah Rasulullah s.a.w. yang membentuk pemerintahan Islam di Madinah untuk melaksanakan keadilan dan melindungi hak-hak rakyat pelbagai kaum dan agama bagi melaksanakan tuntutan Islam sebagai satu-satunya agama Allah yang menjamin keadilan dan kesejahteraan selaras dengan perutusan Islam sebagai agama rahmatan lil ‘alamin.
Respons saya lebih tertumpu kepada ulasan “Hamba” kerana beliau cuba membawa kefahaman yang menyeleweng dengan menggunakan hujah-hujah yang begitu mengelirukan. “Hamba” cuba mentafsirkan sendiri peristiwa sirah Rasulullah s.a.w. terutama Perjanjian Hudaibiyah, Piagam Madinah (beliau ungkapkan sebagai Pakatan Rakyat Madinah), dan fat-hu Makkah (pembukaan Makkah) yang kesemuanya ditekankan kepada isu kaum atau bangsa. Untuk cuba meyakinkan kefahaman yang menyeleweng itu, “Hamba” menuduh saya kononnya menukilkan Perjanjian Hudaibiyah secara tidak jujur. Dengan penjelasan ini saya harap terpenuhlah hasrat sahabat-sahabat yang meminta saya memberi respons atas ulasan-ulasan mereka yang berkenaan kepada posting saya bersabit peristiwa Hatib bin Abi Balta‘ah yang dihubungkan dengan Jawatankuasa Displin PAS.

13 ulasan:
Salam ustaz.sy merupakan slh sorg pemimpin d IPTA dan memegang tampuk tertinggi.sekarang saya sudah menjadi mantan.saya bukanlah seorang pakar agama.tetapi ustaz,sebagai seorang pemimpin mahasiswa saya tidak mnyebelahi mana-mana parti (walaupun ada yang anggap sy pembangkang sebab sy sokong parti yang memperjuangkan agama islam). sy melihat beberapa ulasan yg dberikan d dlm blog lebih kpd kepentingan politik.terus terang sy katakan,begitu juga dengan apa yg ustaz tulis di dalam blog ini.kami golongan mahasiswa sudah mula benci tidak kira sama ada PR atau BN.sbb asyik menjaga politik.yang salah dbetulkan,yg betul dsalahkan.kita Islam hari ini sudah semakin rapuh solidaritinya.semua dok sibuk berpolitik.sy cukup hormat dgn bbrapa pemimpin seperti YB zulkifli nordin, YB tuan guru presiden pas sendiri.bagi sy,mereka ini yg benar2 memperjuangkan agama.parti itu bagi mereka adalah platform.tp,bila isu agama,pembangunan ummah adalah sekata nadanya tnpa mengira ahli parti.kalau mengira parti ustaz,xkn smpai ke mana agama kita.ustaz,buat apa kita asyik nk slh menyalahkan sesama agama?sy xckp kaum.sy ckp psl agama.buat apa kita dok hentam UMNO?biarlah mereka dgn dri mereka.tidak bolehkah kita bekerjasama dgn sesama Islam.benar,kita perlu berdakwah terhadap non muslim.sy sgt2 setuju.tp,bagaimana dgn sahabat yg seagama dgn kita?tidak kiralah mereka ini pas,umno,pkr n lain-lain.adakah Rasulullah dulu terus berdakwah kpd bgsa Yahudi?tidak.baginda berdakwah dgn yg terdekat dgn bginda.sy cukup terkejut dgn komen ustaz yg sperti membiarkan sahabat seagama kita.adakah ini ikut kepentingan Islam.sedangkan sudah terang-terang yg kafir ini menetang Islam?kenapa kita tidak bersatu sesama agama?sedangkan yg bkn muslim tidak kira dlm kerajaan o pembangkang semua senada melawan kita.kerana apa ini berlaku?kerana kita org islam dok sibuk musuh sesama agama.mereka ini luar saja nmpk tidak.dalam berpakat.sy tidak kata bangsa.tapi agama.berdakwah dengan yang dekat dulu.buangkanlah sifat berasaskan parti.sekian ustaz.
saya percaya mohamedhatayudin adalah org yg sama yakni hamba.so pendapat saya ustaz tak perlu menjawab lagi.tulisan ustaz ini sudah memadai,jelas dan terang.
buat apa kita dok hentam UMNO?biarlah mereka dgn dri mereka.
=====================================
dulu parti UMNO yang buat propaganda kununya jika PAS memerintah, orang cina akan di potong tangan jika mencuri.UMNO buat kersama dengan MCA dan MIC sikafir Harbi takde pulak dia kisah hehehe
Nama : Mohamad Norhayatudin bin Mohmad Yaacob
Nama Ibu : Rosnah binti Mohamed
Nama Ayah : Mohmad Yaacob bin Ghazali
Tarikh Lahir : 4 November 1987 bersamaan 12 Rabiulawwal 1408H
Tempat Lahir : Hospital Daerah Teluk Intan
Adik beradik : Anak sulung dari 4 orang
Alamat : No. 8, Kampung Sungai Balai Darat, Jalan Rungkup, 36200 Selekoh, Perak Darul Ridzuan
No Telefon : Rumah- 056468142 H/P-0127234624
Emel : riquelmeavalante_411@yahoo.com.my
Nampak gaya kerja dengan BTN yer.Pusat segala propaganda UMNO
hahaha.. kantoi kau mohdnorhayatudin.....
btn.... apa barang kalau bukan umno... fuuiiiiyyyoooo meluat konon dengan politik....
PODAHHHH...
macam ada bau zahid midi la.....
Salam
Terima kasih atas respon ustaz.
Saya hargai posting ustaz berkaitan hatib merupakan tazkirah tetapi kenapa tazkirah itu timbul bila mana JK Disiplin telah membuat keputusan. Ya tazkirah ustaz bersifat ilmu tetapi tidak kena kepada masanya. Alangkah baiknya jika tazkirah ustaz itu diberi sebelum JK Disiplin membuat keputusan.
Apa motif sebenar ustaz menyiarkan artikel tersebut ? Adakah benar ia disiarkan bermotifkan penyebaran ilmu ? Tidakkah ia dilihat lebih bermotif mempertikaikan keputusan JK Disiplin. Saya tidak boleh membaca niat ustaz tetapi artikel tersebut benar-benar kelihatan mempertikai kredibiliti JK Disiplin.
Ustaz nyatakan pemimpin PAS biasa dikritik secara terbuka di dalam muktamar maka itu lah sebenarnya salurannya bukan meluahkan protes di dalam blog. dalam muktamar pimpinan akan menjelaskan setiap isu dan kritikan yang berbangkit tetapi melalui blog .. pembaca akan diberi persepsi yang salah dan situasi ini mengundang prasangka buruk terhadap JK Disiplin.
Adalah lebih baik, lebih manis dan lebih berakhlak sekiranya pengajaran artikel hatib tersebut ustaz sampaikan sendiri secara berdepan dengan JK Disiplin dan bukannya melalui blog.
Terima kasih di atas jawapan dari ustaz,semoga penjelas dari ustaz akan memberi pedoman kepada saya untuk saya memperbaiki kefahaman Islam pada diri saya secara yang lebih tepat dan benar, saya minta maaf kepada ustaz jika ulasan yang saya berikan pada ustaz tempoh hari menyinggung perasaan ustaz dan bukan niat saya dan tak disengajakan. Semoga Allah melindungi saya dari golongan yang sesat, menyesatkan orang dan disesatkan oleh orang. Semoga respon ustaz terhadap apa yang saya kemukakan adalah sesuatu yang hak dari Allah dan dapat membetulkan kesilapan saya. Wassalam
mohamadnorhayatudin tahniah! pandai betol mike ye nak orang melawat blog mike dgn mengarut kat blog yg popular ya!
amar patutnya bertanya la dulu pd pemilik blog ada ke berhubungan dgn JK Disipilin sblm keluar keputusan sblm menghentam! kalau takde pun mungkin beliau tak sangka pendekatan yg akan diambil oleh JK Disiplin amatlah di luar dugaan seperti yg ramai mempertikaikannya. patutnya tahniah kepada UAA yg berani menegur walau tahu ramai yg akan mengutuknya kerana yg Esa maha mengetahui. taraf kedudukan dalam parti @ saiz serban pun kalau tak betul perlu ditegur. sape yg fitnah YB Husam dr dlm parti? sape plak yg pernah membelakangi syura semasa pemilihan? sape plak yg gila kuasa dalam parti? sume makhluk tu berbeza org tapi bukannya cikai2. mereka ni bagi saya sesuai utk ahli politik semata2 malah lagi teruk sbb berselindung belakang ISLAM@serban. WA
Malang betul IPTA yg mempunyai pemimpin mahasiswa yg berfikiran seperti mohamadnorhayatudin. BN memang suka sangat dgn tahap pemikiran naive anda itu.
Walaubagaimanapun saya suka dgn Falsafah Hidup anda, Yang Benar Tetap Benar, Yang Salah Tetap Salah...
Mufti dakwa PAS angkuh tolak kerajaan perpaduan di Perak
KUALA LUMPUR, 5 Mac — Ketika hampir genap dua tahun selepas pilihan raya umum ke-12, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008.
Beliau menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.
“Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).
“Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.
“Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku, sila baca posting saya yang lalu berkenaan perkara di atas: Krisis Politik Perak Ahmad Awang Sangkal Harussani
Ustaz, you are so cool! ;)
Salam ustaz, saya ada soalan untuk ustaz ttg kisah Hatib ini.
1. Hatib TIDAK sempat mendedahkan rahsia tersebut kepada musuh. Utusannya sempat di halang di tengah jalan dan pihak Muslim TIDAK menerima sebarang kerosakan dan pihak musuh TIDAK menerima sebarang manfaat kesan daripada cubaan 'belot' itu.
Sedangkan Khalid Samad TELAH mendedahkan rahsia jemaah di dalam blog, TELAH dan boleh dibaca oleh musuh dan rakan, musuh TELAH menerima manfaat dan PAS TELAH menerima kerosakan (imej) kesan pendedahan tersebut.
Jadi adakah dengan PERBEZAAN ini, maka dalil Hatib terpakai dalam kes Khalid Samad?
2. Sekiranya Hatib BERJAYA menyampaikan rahsia itu kepada musuh dan umat Islam mengalami kerosakan dan kesusahan dalam Fathul Makkah kesan kebocoran rahsia tersebut, apakah Rasulullah masih AKAN MEMAAFKAN Hatib?
3. Kalau sekiranya kita nak memaafkan ahli jemaah yang mendedahkan rahsia atas sebab jasanya besar, maka apakah ada equation atau persamaan kuadratik atau polinomial dalam hal ini?.
Contoh, kalau dia ahli PAS seumur hidup, apa tahap rahsia maksimum yang dia boleh dedah dan masih boleh di maafkan. Kalau dia Ketua Cawangan, apa tahap rahsia yang dia boleh dedah. Kalau Presiden? Mursyidul Am?
4. Kalau kita berterusan memaafkan ahli jemaah yang membocorkan rahsia atas sebab jasa, maka apakah ada jaminan bahawa semua rahsia pimpinan tidak akan di dedahkan pada masa hadapan? Dengan kata lain, bagaimanakah kerahsiaan jemaah boleh dikawal selepas ini?
Tkasih!
Catat Ulasan