بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالاَتِ اللهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلاَ يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلاَّ اللهَ وَكَفَى بِاللهِ حَسِيبًا

Rabu, Jun 17, 2009

Isu Kerajaan Perpaduan/Unity Government

Maksud firman Allah SWT:
“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (Al-An'aam:44)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat berjumpa kembali kepada para pengunjung blog saya, setelah kira-kira 10 bulan blog saya tidak dikemaskinikan kerana sebab-sebab tersendiri. Saya tetap mengucapkan penghargaan kepada mereka yang tetap mengunjungi blog ini walaupun tuan rumahnya tidak menghidangkan santapan untuk mereka. Terima kasih juga kepada mereka yang menghubungi saya melalui pesanan-pesanan ringkas atau perbualan telefon meminta saya mengemaskinikan blog ini.

InsyaAllah mulai posting ini, blog Ustaz Ahmad Awang akan terus membawa bahan-bahan dakwah dan isu-isu semasa meliputi hal-ehwal agama, politik, sosial, jenayah dan isu-isu umat Islam antarabangsa. Saya akan terus berusaha membuat posting sekerap mungkin, memandangkan saya mempunyai kelapangan setelah menarik diri menduduki saf kepimpinan parti (PAS) di peringkat nasional hingga ke peringkat negeri. Bagaimanapun saya akan tetap memberikan pandangan dan fikiran saya kepada pimpinan parti samada melalui blog ini ataupun saluran lain menurut kesesuaian.

Mengapa KP/UG Diisukan?

Bagi membuka posting ini, saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai Kerajaan Perpaduan/Unity Government (KP/UG) yang menjadi hot topic sejak kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHHA) yang dibuatnya semasa Muktamar PAS Ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Sehingga hari ini sudah hampir 2 minggu isu KP/UG terus menjadi berita sensasi apabila ianya dijadikan bahan politik oleh pimpinan UMNO/BN. Isu menjadi lebih rancak apabila para bloggers mentafsirkannya menurut pandangan masing-masing dan mendapat sambutan pengulas-pengulas blog yang begitu bersemangat memberi komen masing-masing samada dengan pandangan yang positif atau negatif.

Yang lebih penting di sebalik hot topic ini, UMNO/BN mendapat advantage bagi mengalihkan pandangan rakyat untuk menutupi kelemahan-kelemahan parti mereka yang terus menerima kekalahan dalam pilihanraya-pilihanraya kecil selepas PRU Ke-12, 8 Mac 2008. Dengan cara yang demikian UMNO/BN mengambil kesempatan untuk memecah-belah Pakatan Rakyat (PR), terutama dengan menggambarkan PAS cuba untuk berpakat untuk bergabung dengan UMNO/BN. Hakikat bahawa perasaan ragu atau sekurang-kurangnya bisikan-bisikan hati rakan Pakatan Rakyat terhadap kejujuran PAS memang sedang berbunga.

Perkara yang lebih membimbangkan lagi di kalangan ahli akar umbi dan kepimpinan PAS di peringkat pertengahan isu KP/UG ini dilihat oleh sebahagian mereka memang suatu perancangan ke arah bergabung dengan UMNO. Sebahagian besar suara perwakilan dalam Muktamar PAS Ke-55 baru-baru ini, mempunyai persepsi atau pandangan sedemikian, malah tambah menguatkan persepsi mereka apabila pimpinan tertinggi dalam ucapan penggulungannya menegaskan keterbukaan PAS untuk berbincang dengan mana-mana golongan termausk UMNO/BN.

Persoalannya, apakah sebenarnya konsep KP/UG itu? Sejak bilakah ianya dibangkitkan oleh pimpinan terutama TGHHA sendiri? Setakat manakah pernah ianya diperbincangkan di kalangan pimpinan tertinggi parti? Pernahkah ianya dibincangkan dengan rakan PR? Macam mana boleh timbul idea KP/UG ini? Kenapa Tuan Guru Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz (TGNA) sangat tegas menolak KP/UG ini? Semua ini akan saya jawab dalam posting akan datang.

5 ulasan:

Bulan Penuh 2012 berkata...

salam ziarah,

Bulan Penuh 2012

miezanz berkata...

sabar menunggu.....

Yeasin Cameron berkata...

Salam Ustaz,

Alhamdulillah dapat bertandang ke rumah ustaz lagi.

Ustaz tolong jangan ambil masa panjang sangat untuk pendedahan seterusnya.... suspense nih...

fikrah islamiah berkata...

Tahniah ustaz, gunakan peluang untuk untuk mendidik ahli PAS ke arah menjadi Ulama. Didik pemimpim PAS menjadi warastul ambiaya' berperanan ke arah kebaikan, keamanan dan kemakmuran. Elak kontraversi elak timbul fitnah supaya dengan itu orang akan hormat kepada pimpinan PAS.

Dr. Z menulis berkata...

Masalah utama adalah beberapa kerat pemimpin yang tidak menggunakan syura dalam menyelesaikan masalah. Syura ini bukannya terhad kepada Majlis Syura sahaja tetapi syura juga perlu dalam AJK Pusat dan selainnya itu.

Apabila AJK Pusat sudah memutuskan untuk menutup isu UG bulan April lepas dan UG tak pernah dibawa ke Majlis Syura, Presiden dan Tim. Presiden wajar tawakuf.

Mandat yang diberikan kepada Ust Nasha sebagai Tim Presiden bukannya endorsement untuk meneruskan UG. Tapi beliau keliru. TGNA cuma menegaskan hal ini seperti yang diputuskan muktamar.