بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالاَتِ اللهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلاَ يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلاَّ اللهَ وَكَفَى بِاللهِ حَسِيبًا

Jumaat, Mei 30, 2008

PAS Tetap Perjuang Dasar Negara Islam - Bhg 1

Islam sebagai Ad-Din adalah agama kebajikan yang bersifat kesejahteraan, keamanan dan keadilan untuk semua makhluk sekelian alam. Baginda Nabi Muhammad SAW diutuskan kepada umat manusia untuk memberi rahmat kepada seluruh alam dan seisinya. Ini bermaksud andai diterjemah dalam kontek kenegaraannya, ia membawa makna Negara Kebajikan itu ialah Negara Kesejahteraan, Negara Keamanan dan Negara Keadilan.

Selama ini kita telah dimanipulasi oleh media perdana milik UMNO yang memberi imej Negara Islam itu adalah negara potong tangan, negara hukum rejam dan negara yang akan membunuh dan menindas orang bukan Islam. Andai diikutkan undang-undang kesiksaan penjajah yang diguna pakai oleh negara ini, juga terdapat hukuman mati samada di tali gantung atau di kerusi elektrik selain hukuman lain seperti sebat dan tekanan emosi yang jauh lebih keras berbanding hukuman kesiksaan Islam. Namun tidak ada pihak yang memberikan persepsi buruk bahawa undang-undang penjajah itu ialah undang-undang gantung tengkuk dan hukum bunuh orang guna kerusi elektrik.

Undang-undang penjajah yang dijadikan Undang-undang Persekutuan ini juga akan menjadi lebih menakutkan dan juga boleh dianggap sebagai tidak berperikemanusiaan sekiranya ia dimanipulasi. Namun terdapat pelbagai had bidang yang dikenakan kepada rakyat untuk tidak memanipulasi atau mempertikaikan perlembagaan yang ‘diturunkan’ kepada penjajah kepada pemimpin-pemimpin UMNO ini. Sesiapa yang membantah atau mempertikainya akan dianggap menderhaka dan tidak menghormati negara serta menghina negara.

Inilah yang berlaku apabila Dasar Negara Islam (DNI) yang cuba diketengahkan PAS dalam beberapa siri pilihanraya sebelum ini. Belum pun sempat PAS membuka mulut mempelawa dan mengajak pelbagai pihak termasuk NGO dan kerajaan berbincang berhubung DNI ini, media milik UMNO dan pemimpin mereka terus menyerang dan melemparkan pelbagai persepsi buruk terhadap Islam dan PAS.

Kepada bukan Islam dan orang Melayu yang kurang pengetahuan agama pula, disajikan dengan pelbagai propaganda yang seolah-olah membayangkan Islam ini zalim dan ganas.

Demikianlah sikap UMNO dan pemimpin mereka yang lebih mengagungkan perundangan yang dicipta musuh kita suatu ketika dahulu yang telah menjajah negara dan ekonomi kita sekian lama. Mengapa takut untuk menegakkan hukum Allah yang menjadi pegangan orang-orang Melayu. Mengapa UMNO yang beretorik membela orang Melayu dan membela Islam tetapi dalam keadaan yang sama sanggup membelakangkan agenda sistem dan hukum Islam yang dianuti mereka? Tak percayakah mereka pada Islam?

Hakikatnya UMNO sememangnya tidak mahu Islam, baik dalam peringkat dasar maupun perlaksanaannya kerana perjuangan nasionalisme tidak pernah terbukti membela agama mereka dalam mana-mana politik dunia pun. Jangan temberang dengan sejarah nasionalisme.

Lantaran itulah pemimpin-pemimpin UMNO ‘kurang senang’ sekiranya rakyat mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Statistik Pusat Penyelidikan Pas mendapati 87 hingga 96 peratus pelajar yang mempunyai pendidikan Islam menyokong Parti Islam SeMalaysia PAS.

Inilah juga satu sebab mengapa UMNO menukar kurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dari 60% pelajaran agama dan 40% akademik kepada 40% agama dan 60% akademik supaya anak-anak Melayu ini kurang pendedahan kepada agama. Bila kurang pendidikan agama maka mudahlah mereka terdedah kepada pelbagai kebobrokan moral serta mudah dibeli oleh UMNO dan pemimpin mereka.

Perundangan penjajah adalah ciptaan manusia yang terdapat pelbagai kelemahan yang boleh disalah guna untuk kepentingan atau untuk melindungi mereka yang berkuasa. Inilah antara sebab mengapa undang-undang penjajah ini dijadikan kiblat kepada pemimpin UMNO. Jangan pelik atau terkejut apabila rasuah, salah guna kuasa, jenayah dan pelbagai bentuk kemungkaran berlaku dalam negara. Ini disebabkan undang-undang yang ada tidak mampu menangani kerosakan akhlak yang ada pada rakyat.

Manakala undang-undang Islam tidak memilih sesiapa samada pemimpin atau keluarga mereka hatta khalifah/amir sekalipun. Islam memberi hak dan melindungi semua rakyat yang Islam maupun bukan Islam. Inilah antara penyebab UMNO tidak mahu dasar Syariat Islam ini dinilai dan dijadikan perundangan negara dengan beralasan Malaysia negara majmuk yang berbilang kaum dan agama.

Pengalaman Terengganu dan Kelantan dalam mengenengahkan konsep DNI yang menjadi teras perjuangan PAS kepada rakyat dalam beberapa siri pilihanraya telah mematangkan PAS dari terjebak dalam putar belit mereka yang tidak bertanggungjawab.

Negara Kebajikan yang merupakan motto manifesto PAS dalam Pilihanraya Umum (PRU) Ke-12 lalu adalah antara konsep Negara Islam yang dimaksudkan itu. Kebajikan bermaksud kebaikan yang menyeluruh dalam semua hal dan displin. Kebajikan bukan hanya kepada rakyat yang Islam tetapi juga kepada yang bukan Islam. Dalam Negara Kebajikan juga, kaum bukan Islam mempunyai hak yang besar yang diberikan oleh Islam serta wajib dipenuhi. Dari kebajikan yang bersifat menyeluruh ini maka akan wujudlah pula apa yang disebut keadilan dan bukannya empayar kroni yang diwujudkan sejak sekian lama dalam kerajaan dinasti UMNO.

Di Perak, kerajaan PR menjadikan prinsip berkebajikan dan adil sebagai teras dalam pentadbiran kerajaan. Begitu juga slogan “Kedah Sejahtera” yang menjadi motto kerajaan Kedah di bawah pimpinan sahabat karib saya Ustaz Azizan Razak yang semuanya membawa imej Islam. Islam atau Negara Islam adalah bersifat sejagat. Tanpa kita sedari secara hakikatnya seluruh pelusuk dunia di enam benua ini perjuangan yang berteraskan kebajikan, kesejahteraan dan keamanan adalah perjuangan yang dijunjung oleh seluruh umat manusia tanpa sempadan agama, negara, budaya dan sosialnya.

Cuma cara perlaksanaannya berbeza. Sebagai contoh DAP yang memperjuangkan dasar “Malaysian, Malaysian” tetapi akan melaksanakan corak pemerintahan di Pulau Pinang ala pemerintahan Omar Abdul Aziz sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Mengapa tak ada parti-parti politik yang mewakili kaum lain seperti Gerakan, MCA, MIC dan lain-lain termasuk UMNO tidak melatah dan bertindak ‘menyerang’ Guan Eng kerana cuba melaksanakan “Malaysian, Malaysian” ala Khalifah Omar Abd Aziz itu.

Mengapa pula bila PAS sebuah parti Islam yang faham secara terperinci mengenai Islam secara asli dan tabie ‘diserang hebat’ oleh UMNO dan mereka yang takut dengan isu Negara Islam ini. Secara sedar atau tidak setelah hampir 20 tahun Kelantan sedang melaksanakan program Negara Islam dan kini Kedah pula menyusul. Walaupun rasa dan aromanya berbeza namun acuannya tetap sama iaitu kebajikan yang bersifat kesejahteraan, keamanan dan keadilan.

Mungkin ada orang akan bertanya, “Kalau begitu Malaysia sekarang ni adalah Negara Islamlah?” Jawapannya tidak. Kerana Negara Islam akan melaksanakan perundangan Islam. Sebagai pelindung bagi menjamin segala dasar-dasarnya terlaksana dan mencapai tujuannya. Perundangan Islam bukan bermaksud orang bukan Islam terpaksa mengikuti atau terlibat dalam hukum hakam yang digariskan Islam. Tetapi orang bukan Islam diberi pilihan samada mahu diadili berdasarkan hukum Islam ataupun undang-undang lain seperti undang-undang sivil.

Persoalannya juga, mengapakah orang bukan Islam takut untuk menerima perundangan Islam. Jawapannya juga mudah. Ini kerana media milik UMNO sengaja menghidupkan sentimen bencikan parti Islam, hukum Islam, perundangan Islam atau apa-apa yang berkaitan Islam sehingga prejudis orang bukan Islam terhadap Islam semakin tebal.

Walhal mengapa kita rakyat Malaysia baik Melayu, Cina, India atau kaum-kaum lain boleh menerima perundangan Inggeris yang ternyata berbeza dari segi budaya, bahasa, agama, benua maupun segala-galanya. Tetapi kita semua sepakat untuk menerimanya. Malah undang-undang Inggeris adalah undang-undang penjajah yang telah kita akui menakluk kita dari pelbagai aspek baik politik, ekonomi dan struktur sosial kita, namun kita masih tunduk pada undang-undang mereka. MENGAPA???

Jawapannya sebenarnya mudah sahaja. Kerana media yang dikuasai UMNO tidak pernah menjelaskan kelemahan undang-undang penjajah ini sehingga persepsi seluruh rakyat menganggap ia adalah baik dan sesuai. Tambahan lagi UMNO dan pemimpin mereka adalah ‘anak didik’ penjajah. Lagi pun undang-undang penjajah itu banyak memihak kepada kepentingan UMNO dan politik ‘anak didik’ penjajah itu.

ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) adalah akta haram di sisi Islam kerana tidak memberi keadilan dan pembicaraan kepada mereka yang dituduh. Namun undang-undang penjajah yang digunakan oleh penjajah untuk mengawal gerakan komunis di Malaya ketika itu masih diguna pakai hingga ke hari ini oleh kerajaan Malaysia.

Berapa ramai dari orang-orang PAS, DAP dan orang-orang Islam dan rakyat Malaysia yang ditahan tanpa bicara di atas alasan ‘disyaki’ oleh pemimpin UMNO. Bagaimana nasib anak dan isteri mereka yang ditahan. Apakah kerajaan milik UMNO selama ini membantu atau menjenguk muka bertanya khabar terhadap keluarga yang ditahan dengan akta zalim ISA ini?

Bayangkan, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, mengapa tidak gunakan simbol perkataan PKMB tetapi menggunakan United Malay National Organisation (UMNO) yang berbahasa Inggeris. Apa gahnya UMNO mendakwa mereka perjuang hak Melayu, hak bahasa Melayu dan segala-galanya Melayu tetapi nama parti mereka pun menggunakan nama dari bahasa ‘bapa didik’ mereka.

Andaikata undang-undang Islam yang kebanyakan dianuti oleh orang Melayu boleh ia dianggap sebagai satu diskriminasi terhadap kaum lain maka Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan lain-lain akta yang melindungi kepentingan orang Melayu juga boleh dianggap sebagai bersifat perkauman dan berunsur diskriminasi. Persoalannya mengapa ia boleh dilaksana tanpa bantahan dari kaum-kaum lain.

Di Kelantan, di mana kadar jenayah, rasuah dan salah guna kuasa antara yang paling bersih dicatat oleh negeri tersebut berbanding negeri di Malaysia sebabkan undang-undang Islam secara halus diserapkan dalam pentadbiran di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Tak ada orang bukan Islam yang dipotong tangan atau dibunuh oleh orang Islam. Patung Buddha yang terbesar tercegat di negeri tersebut yang melambangkan undang-undang Islam memberi hak kebebasan beragama kepada seluruh rakyatnya.

Malah daging babi pun boleh dibeli setiap hari berbanding zaman BN dulu daging babi hanya boleh dijual 3 kali seminggu oleh orang bukan Islam. Hakikatnya Islam menghormati adat, budaya dan agama orang lain.

Islam itu hakikatnya adalah cara hidup yang bertunjangkan kepada amalan kebaikan (beriman, tolong menolong, keadilan, bersatu hati, berbaik sangka, dsb) dan meninggalkan segala yang bersifat kejahatan (jenayah, kekufuran, kemunafikan, kerosakan, penderaan, aniaya, kekejaman, dsb). Maka dalam kontek lain pula, politik itu adalah sebahagian dari Islam, sebagaimana juga perniagaan, pergaulan, kekeluargaan, pendidikan, ekonomi dan sebagainya kerana Islam itu lengkap dan syumul.

Maksud firman Allah SWT:
“... Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. ...” (Al-Maidah:3)

Bersambung dalam bahagian kedua... InsyaAllah.

4 ulasan:

Muhammad Fahmi berkata...

Salam sejahtera buat Ustaz,

Seperti biasa, bila tersepit UMNO akan guna isu perjuangan bangsa (melayu). Hati memang sakit bila isu ini dilaung2kan kerana telah terbukti betapa palsu perjuangan mereka. Hasilnya org melayulah yg menjuarai segala permasalahan negara.

Jadi saya mohon supaya Ustaz dapat memberikan hukum berdasarkan Quran dan Sunnah mengenai perjuangan bangsa ini sama ada ianya haram atau harus?

Isunya mirip kepada ketika UMNO memisahkan agama dan politik. TG Haji Hadi berjaya memadamkan isu pemisahan ini tetapi isu berjuang bangsa masih diteruskan.

Mungkin jawapan yg diberikan patut dikeluarkan dalam bentuk risalah dan diberi penerangan yg berterusan, dgn izin Allah ianya akan terpadam terus.

Dari ilmu yg saya ambil di kuliah, Nabi s.a.w seperti melarang keras umatnya memperjuangkan bangsa hingga ke tahap tidak mengaku umat. Ada juga sahabat yg mengatakan kalau tidak kerana Islam org Arab tidak punya apa2.

Justeru itu, mana2 pihak yg cuba meniupkan isu ini, mereka adalah manusia2 yg ketinggalan zaman tapi malangnya masih ramai yg menyokong.

Pengasas berkata...

As-Salamu 'Alaikum Ustaz!
Selain dari entri biasa, jika boleh ustaz muatkan sejarah perjuangan PAS setiap negeri, dari awal hingga kini, secara berperingkat.
Pejuang-pejuang lama (dah pencen, tua dan uzur) walaupun dah jadi ala-ashabilkahfi teringin juga nak tau sejarah perjuangan. Pejuang-pejuang muda menikmati kemenangan dalam pilihanraya; dan kami dapat menikmati sejarah pahit-maung silam pun jadilah.
JazakalLAHU khairan kathiran.
Ahli PAS lama.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

salam...

PAS pejuang dan berjuang menentang UMNO sahaja...kafir dan dikafirkan hanya UMNO dan BN

PAS tak akan lawan tokey- PKR dan DAP.

yang berani sedikit- ibrahim ali, calon pas-bebas. yang lain semuanya bisu dan jadi pekak.

pkrpasdap.blogspot.com

nik berkata...

Sedih sungguh bila org Melayu sendiri ada pndapt utk 'mengharamkn' perjuangan bngsa melayu.

Salah ke berjuang dalam persatuan lain selain PAS? Salah ke masuk kelab bola, persatuan koperasi? prsatuan peniaga pasar malam? prsatuan pengakap?persatuan melukis?Persatuan anak kelantan?

Adakah semua perlembagaan persatuan tu mengatakan perjuangan mereka adalah menegakkan negara Islam? Oleh itu, adakh perjuangn mereka haram?

Salah ke perjuangkan bangsa sendiri asalkan berlandaskan Islam? PAS dikatakan wadah perjuangan Islam. Kenpa tidak jadikan perjuangan Melayu sebagai kaedah perjuangkan Islam juga?jadi kreatif dlm perjuangan Islam.

Contohnya, persatuan pengguna pulau pinang.Takda pn mereka mengatakan niat mereka utk membina negara Islam. Tp kita tahu perjungan mereka sememangnya bermanfaat kpd org Islam, sprti pndedahan mengenai logo halal palsu dll. So, persatuan ini menjaga kepentigan Islam secara tak lagsung.

Sama jugak kes mana2 persatuan Melayu. Kan org melayu tu Islam? Bila org Melayu ada klbhn, maka Islam ada klbhn. Mka perjuangan sebegini patut diteruskan.

Perjuangan bngsa melayu adalh salah satu strtegi perjuangan Islam. rugi ke islam klu org melayu malaysia ada kelebihn?