بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالاَتِ اللهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلاَ يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلاَّ اللهَ وَكَفَى بِاللهِ حَسِيبًا

Rabu, Januari 16, 2013

Selamat Berjumpa Semula Di Laman Blog Ini


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Segala puji tertentu bagi Allah tuhan pencipta dan pengatur sekelian alam, selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabatnya. Amma ba'du. 

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana dengan taufiq dan hidayahNya saya dapat menemui anda pengunjung blog ini semula setelah kira-kira setahun blog ini tidak aktif.

Sebenarnya saya menyedari masih ada pengunjung yang menjenguk blog ini walaupun mendapati tiada entri baru yang saya masukkan, bahkan masih ada kira-kira 3 minggu yang lalu yang memberikan komen ke atas entri saya yang dibuat setahun lepas. Oleh kerana akhir-akhir ini ramai sahabat yang mengharapkan saya mengaktifkan semula blog ini, terutama sekali memberikan pendapat saya mengenai isu-isu semasa, maka mulai sekarang, saya akan cuba untuk meneruskan blog ini aktif semula dengan membawakan pandangan dan komen-komen saya sebagai satu saluran dakwah kepada masyarakat melalui media alternatif yang semakin ramai penggunanya.

Saya melihat terlalu banyak isu-isu semasa yang melibatkan umat Islam dalam pergerakan dan perjuangan Islam di negara kita, terutama menjelang PRU13 ini. Maka sudah tentu saya tidak akan membiarkannya berlalu tanpa memberikan pandangan dan pendapat saya. Memang selama ini pun komen-komen dan pendapat saya terhadap isu-isu semasa sering mendapat ruang di dalam media massa seperti akhbar Harakah, portal Malaysiakini dan sebagainya; tetapi tentulah tidak memadai setakat itu sahaja.

Semasa bertemu dengan ramai rakan-rakan, sahabat-sahabat dari kalangan orang-orang muda, generasi pertengahan dan veteran-veteran seperjuangan ketika menyertai #HKRKL112 minggu lepas, sebahagian mereka mendesak saya supaya segera mengaktifkan blog ini, maka saya amat berterima kasih atas dorogan mereka itu. Insya Allah saya akan memberikan ulasan, pandangan mengenai isu-isu umat dan negara serta masyarakat umumnya. Saya percaya dengan pengalaman saya di bidang dakwah yang berterusan sehingga hari ini tidak kurang dari setengah abad dapat membantu saya untuk memberi pandangan-pandangan yang bermanfaat bagi para pengunjung blog ini.

Dengan ini diucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban dan selamat datang kepada para pengunjung sekalian. Allahuakbar.

Tiada ulasan: