Firman Allah:إِذَا جَاءكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُإِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ وَاللَّهُ يَعْلَمُإِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُإِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ
Maksudnya:
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. (Al-Munafiqun: 1)
Dr M tak akan berkempen di Hulu S'gor (Malaysiakini.com | Apr 16, 10)Tun Dr Mahathir Mohamad
"Saya tidak akan berkempen. Jika ada yang ingin menggunakan nama saya untuk berkempen, itu masalah mereka...Saya tak peduli,” katanya kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama ulang tahun ke-44 konvensyen Mara di Kuala Lumpur.
Dr M datang juga berkempen di Hulu S'gor (Malaysiakini.com | Apr 22, 10)
Namun hari ini, beliau mengubah pendirian dan akan menyampaikan sebuah ucapan di Serendah pada jam 8 malam.
Ini adalah kempen pertamanya sejak pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Pada kedua-dua pilihan raya itu BN tewas.
Malam terakhir sekali lagi Mahathir naik pentas memuji Najib (Malaysiakini.com | Apr 24, 10)
While admitting that he had difficulty supporting leaders whom he disagreed with, Mahathir said Najib was someone deserving of support.
"I am the sort of person who finds it difficult to support people. If they don't do the right thing I won't support (them), even if they are my leaders.
“That is why I had problems with Tungku Abdul Rahman, I had problems with the person before this. But I see that Najib is working hard to strengthen BN,” he declared.
Demi Sayangkan Najib, Mahathir Menjilat Balik Ludah Sendiri dan Merendahkan Martabat Gelaran Tun
Mahathir ibarat ‘jilat ludah sendiri’ (Harakah | Bil.1535 | 15-17 Jamadilawal 1431/30 April-2 Mei 2010)
Oleh NYZA AYOB
Oleh NYZA AYOB
KUALA LUMPUR: Pembabitan Tun Mahathir Mohamad dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor membayangkan mantan Perdana Menteri itu ‘gila berpolitik’ umpama ‘menjilat ludahnya sendiri’.
Bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang menegaskan sandiwara Mahathir yang kononnya tidak berpihak kepada kepimpinan Najib akhirnya terbongkar apabila turut naik ke pentas ceramah sewaktu kempen pilihan raya kecil yang lalu.
Jelasnya, Mahahir juga dilihat tidak berkeyakinan dengan kemampuan Najib untuk mengembalikan Parlimen Hulu Selangor ke tangan BN.
“Walaupun pada mulanya Mahathir mengatakan tidak akan turun berkempen tetapi akhirnya beliau terpaksa juga berkempen dan berceramah apabila melihat pertarungan yang sangat kuat antara KeADILan (PKR) dan BN.
“Mahathir diberi penghormatan oleh BN untuk berucap. Dan kesempatan tersebut juga digunakannya memuji kepimpinan Najib. Sikap beliau ini juga menggambarkan Mahathir sebenarnya menjadi penasihat penting Najib,” katanya kepada Harakah.
Ustaz Ahmad juga menegaskan, sikap Mahathir itu juga seolah-olah merendahkan penghormatan masyarakat terhadapnya yang menganggapnya sebagai negarawan.
“Gelaran Tun juga adalah gelaran yang tertinggi yang diberikan Yang di-Pertuan Agong. Jika beliau ingin kembali berkempen setelah bersara sebagai Perdana Menteri, lebih baik beliau tidak menerima gelaran Tun yang diberi kepadanya.
“Kita lihat Tun Abdullah Badawi tidak pernah terlibat dengan mana-mana pilihan raya kecil setelah beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
“Keadaan ini berbeza dengan Mahathir yang bukan sahaja menjilat balik ludahnya bahkan meletakkan penghormatan yang diberikan kepadanya di tahap yg paling rendah,” tegas Ustaz Ahmad Awang. -Harakah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan