Rujukan: Al-Quran
A. ALLAH (Tuhan Rabb/Rububiyah)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ .iB. ALLAH (Tuhan Ilah/Uluhiyah@Ubudiyah=Tauhid)
.وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّن نَّزَّلَ مِنَ السَّمَاء مَاء فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِن بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ .ii
.اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ .iii
.اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
.وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ الْعَزِيزُ الْعَلِيمُ .iv
.الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ .v
.قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ .vi
.قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ .اللَّهُ الصَّمَدُ .لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ .وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ .iC. ALLAH (Tuhan yang disyirikkan/disekutukan=Sesat)
.إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ .ii
.إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي .iii
وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُواْ اللّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللّهِ... .iv
.فَقَدْ حَرَّمَ اللّهُ عَلَيهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ
وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللّهِ وَقَالَتْ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللّهِ ذَلِكَ قَوْلُهُم .iA(i) Maksudnya:
.بِأَفْوَاهِهِمْ يُضَاهِؤُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَبْلُ قَاتَلَهُمُ اللّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ .ii
...لَّقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ ثَالِثُ ثَلاَثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَـهٍ إِلاَّ إِلَـهٌ وَاحِدٌ .iii
أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ .iv
...أَوْلِيَاء مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “ALLAH”. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)? (Al-Ankabuut: 61)
A(ii) Maksudnya:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “ALLAH”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Al-Ankabuut: 63)
A(iii) Maksudnya:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “ALLAH”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Luqman: 25)
A(iv) Maksudnya:
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Yang menciptakannya ialah ALLAH Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”. (Az-Zukhruf: 9)
A(v) Maksudnya:
Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-Fatihah: 2)
A(vi) Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (ALLAH) Pemelihara sekalian manusia”. (An-Naas: 1)
B(i) Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah ALLAH Yang Maha Esa”; “ALLAH Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat”; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan”; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. (Al-Ikhlaas: 1-4)
B(ii) Maksudnya:
Engkaulah sahaja (Ya ALLAH) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Al-Fatihah: 5)
B(iii) Maksudnya:
“Sesungguhnya Akulah ALLAH; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.” (Taha: 14)
B(iv) Maksudnya:
... Padahal Al-Masih sendiri berkata: “Wahai Bani Israil! Sembahlah ALLAH, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya ALLAH haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim”. (Al-Maa‘idah: 72)
C(i) Maksudnya:
Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak ALLAH” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak ALLAH”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga ALLAH binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? (At-Taubah: 30)
C(ii) Maksudnya:
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya ALLAH ialah Al-Masih Ibni Maryam” ... (Al-Maa‘idah: 72)
C(iii) Maksudnya:
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya ALLAH ialah salah satu dari tiga tuhan”. Padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. ... (Al-Maa‘idah: 73)
C(iv) Maksudnya:
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada ALLAH ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari ALLAH untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada ALLAH sehampir-hampirnya”, ... (Az-Zumar: 3)
Pengajaran dari ayat-ayat di atas:
- Al-Quran menegaskan bahawa manusia yang bukan Muslim/musyrik samada penyembah berhala ataupun orang-orang Yahudi dan Nasrani mengakui ALLAH adalah Pencipta, Pemilik, Pemelihara, Pengatur alam.
- Orang Muslim (Mukmin) wajib mengimani bahawa ALLAH adalah Tuhan (Rabb) bagi seluruh alam dan Dia juga ALLAH bagi seluruh manusia.
- Adalah menjadi kesalahan dan bercanggah dengan ajaran Islam sekiranya orang Muslim mendakwa/berkata/mempercayai bahawa ALLAH hanya Tuhan bagi orang Islam sahaja.
- Mempercayai ALLAH sebagai Tuhan (Rabb) seluruh alam, belum bererti menjadi Muslim/Mukmin.
- Menurut aqidah Islam, seseorang yang mengakui ALLAH sebagai Tuhan/Rabb Pencipta, Pemilik, Pemelihara, Pengatur alam; wajiblah mengimani bahawa ALLAH sahaja (yang Esa) ILAH yang wajib diibadati (“disembah” dalam Bahasa Melayu yang kurang tepat).
- Orang-orang musyrik termasuk Kristian dan Yahudi menyebut nama ALLAH dalam konteks kepercayaan mereka yang sesat atau bercanggah dengan aqidah tauhid.
- ALLAH mengutuk perbuatan mensekutukanNya dan memberi ancaman siksaan yang keras di hari Akhirat.
- Namun ancaman keras ALLAH terhadap golongan yang memesongkan kepercayaan aqidah tauhid itu tidak pula bererti bahawa umat Islam boleh melakukan paksaan atau kekerasan terhadap mereka kerana Islam agama dakwah, bukan agama paksaan, apalagi kekerasan.
- Hampir setiap kali kalimah ALLAH yang dipesongkan oleh golongan sesat itu, diiringi dengan penegasan dan penjelasan bahawa ALLAH Tuhan Yang Maha Esa (dari segi uluhiyah/ubudiyah).
Isu Kalimah ALLAH dan Implikasinya
Umum hanya mengetahui isu ini berbangkit setelah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Puan Lau Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan ALLAH dalam penerbitan mingguannya, Herald-The Catholic Weekly pada 31 Disember 2009. Sebenarnya isu ini sudah berbangkit semenjak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan perintah larangan menggunakan perkataan ALLAH bagi penerbitan berkenaan pada Januari 2009 dan kemudiannya Ketua Paderi, Datuk Murphy Nicholas Xavier Pakiam mendapat kebenaran membawa isu ini ke mahkamah yang berakhir dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi membatalkan perintah KDN itu.
Dalam tempoh 3 minggu selepas keputusan penghakiman tersebut, pelbagai peristiwa berlaku di negara kita. Yang paling menarik perhatian dunia ialah peristiwa cubaan membakar beberapa gereja di Semenanjung dan Sarawak. Media on-line utama antarabangsa/luar negeri seperti CNN, BBC, IFP, Al-Jazeera, New York Times, Jakarta Post menggambarkan persepsi negatif terhadap Malaysia sebagai negara bermajoriti Muslim yang menindas penganut agama golongan minoriti khususnya Kristian yang mempunyai penganutnya kira-kira 9% berbanding dengan 60% penganut agama Islam. KDN terpaksa memanggil 96 wakil kedutaan asing di Kuala Lumpur hadir ke Putrajaya untuk diberi taklimat. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pergi ke London menyampaikan ucaptama di Centre for Islamic Studies, Oxford University atas tajuk “Islam and Critical Challenges in Multi-Religious Malaysia”.
Sikap Masyarakat Islam di Amerika
Masyarakat Islam di Amerika menjadi sasaran golongan propagandis Islamophobia yang bergerak hebat selepas peristiwa 11 September 2001. Mereka menjadikan isu penggunaan kalimah ALLAH di Malaysia bagi orang Kristian yang mendapat tentangan hebat dari orang Islam sebagai satu modal lagi untuk berhujah kononnya Islam agama terrorisma. Orang-orang Islam di Amerika terpaksa memberikan penjelasan bahawa persepsi mereka sedemikian itu adalah bercanggah dengan ajaran dan prinsip Islam sebagai agama dakwah dan sama sekali tidak pernah memaksa orang bukan Islam menganut Islam.
Council on American-Islamic Relations (CAIR) atau Majlis Perhubungan Islam-Amerika bukan sahaja memperhebatkan penerangan dan penjelasan mengenai isu berkenaan bagi menolak segala tohmahan-tohmahan terhadap Islam terutama komen-komen negatif yang disiar dalam akhbar on-line The New York Times, malah majlis tersebut telah melancarkan pungutan derma di kalangan orang Islam di Amerika untuk dana bagi membantu memperbaiki beberapa buah gereja yang menjadi mangsa isu kalimah ALLAH ini di Malaysia. Pengarah Eksekutif Kebangsaan CAIR, Nihad Awad berkata antara lain: “American Muslims, as a symbol of their commitment to interfaith understanding and peaceful coexistence, will take the lead in helping to restore the damaged churches.” Pungutan tabung derma tersebut akan disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Washington.
Sikap Berdolak-dalik Kerajaan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib berdolak-dalik. Mulanya beliau tidak membenarkan sebarang demo membantah keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan, lepas itu beliau berkata kerajaan tiada kuasa menghalang untuk rakyat Malaysia (orang Islam/terutamanya orang UMNO?) untuk menyatakan pandangan dan bantahan mereka. Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin memberi amaran akan menggunakan ISA sekiranya mana-mana pihak melakukan sesuatu yang mengancam keselamatan negara dalam isu ini. Beberapa demo dalam kawasan masjid di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam diadakan pada Jumaat 8 Januari disertai oleh beberapa kumpulan kecil anjuran PEKIDA, ABIM, PKPIM, beberapa NGO Islam dan sudah pastinya orang-orang UMNO yang berselindung di sebalik badan NGO yang mereka dalangi. Antara yang menjadi mangsa adalah gambar Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mereka pijak-pijak. Malah antara pendemo di Shah Alam itu ada yang melaungkan “bakar gereja” dan “buang negeri terhadap Khalid Samad”.
Seperti biasalah, bila timbul ketegangan di antara orang Islam dan bukan Islam, pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa memainkan peranan “lempar batu, sembunyi tangan”. Perdana Menteri berkata: “Jangan dengar cakap pembangkang yang menyalahkan pihak UMNO dan kerajaan sebagai punca ketegangan, terutama sekali jangan dengar cakap dari pemimpin PAS.” Kini isu berkenaan kelihatan reda sedikit kerana KDN telah berjaya menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi mengenainya dengan mendapat kebenaran menggantungkan keputusan tersebut dan menunggu keputusan Mahkamah Rayuan mendengar dan membuat penghakimannya. Bila kes ini akan didengar di mahkamah berkenaan, kita pun belum tahu.
Tiba-tiba sahaja meletup berita bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily, berkata penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana dan mereka boleh terus menggunakannya. Tapi lain halnya di Semenanjung kerana perkataan Allah hanya mula diperkenalkan dalam penerbitan dan upacara sembahyang penganut Kristian beberapa tahun yang lalu. Belum ada komen dari Perdana Menteri dan Timbalannya atas pendirian Nazri ini kerana mereka masih berada di luar negara. Namun demikian Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Haji Wan Mohamad Bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz telah mengeluarkan kenyataan membantah pendapat Menteri di JPM itu. Setakat ini pendapat beliau belum jelas samada disokong atau sebaliknya oleh Menteri di JPM yang bertanggungjawab atas hal ehwal Islam, Mejar Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir Baharom.
Pendirian PAS
PAS telah membuat pendirian yang jelas atas nama jemaah gerakan Islam. Lazimnya dalam isu seperti ini, gerakan Islam menjadi mangsa yang sering dikaitkan fahaman pelampau Islam atau terus dilabelkan sebagai “Islamic terrorist”. Dalam kes yang selari dengan isu apa yang dinamakan golongan pelampau, Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi pernah memfailkan saman terhadap sebuah akhbar di London yang mengaitkan nama beliau dengan kumpulan pendokong Al-Qaedah. Tuan Guru Haji Hadi menang dalam kes beliau dan berjaya membuktikan PAS bukan golongan ekstremis. Akhbar berkenaan terpaksa membayar tuntutan gantirugi beratus ribu pound. Namun pendirian PAS dalam isu kalimah ALLAH ini dibuat selari dengan prinsip Islam sebagai agama dakwah, pendirian PAS membuka mata golongan non-Muslim. Ketua Paderi Katolik Kuala Lumpur, Datuk Murphy Nicholas Xavier Pakiam bukan sahaja menyatakan kesediaan berdialog bagi mengelakkan dari perkara-perkara yang menimbulkan kebimbangan atau kekeliruan di kalangan orang Islam, malah memuji sikap PAS yang terbuka dan menunjukkan Islam sebagai agama yang mahukan keharmonian dan kedamaian di antara sesama manusia yang berbeza kepercayaan dan agama. Kesediaan PAS berdialog sama sekali tidak menjurus ke arah persetujuan bersama untuk mewujudkan Suruhanjaya Antara Agama (IFCM) yang memang dibantah oleh PAS tiga tahun dahulu kerana dialog bererti PAS berada di satu pihak dan kumpulan agama lain di satu pihak. Manalaka Suruhanjaya Antara Agama bermakna duduk dalam satu badan iaitu suruhanjaya.
Pendirian PAS berpegang kepada fakta penggunaan perkataan ALLAH berpandukan kepada tiga kategori lafaz ALLAH yang disebut dalam Al-Quran berulang kali sejumlah 2699 kali kesemuanya. Tidak ada keterangan nas yang qat‘ie (putus/tegas) melarang penggunaan kalimah ALLAH bagi orang bukan Islam. Yang dilarang dan menyebabkan orang yang menyebutnya itu kafir samada mereka itu musyrik penyembah berhala atau Yahudi dan Nasrani adalah disebabkan mereka menukar konsep tauhid kepada syirik. Memang tepat apabila PAS bersedia berdialog dengan mana-mana pihak pun supaya lafaz ALLAH tidak menimbulkan penghinaan ke atas kalimah suci “lafz al-jalalah” itu seperti umpamanya meletakkan kalimah ALLAH pada patung Jesus (Isa Al-Masih) atau Mary (Maryam). PAS sudah memulakan langkah dakwahnya apabila Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap AJK PAS Pusat bersama beberapa orang rakannya dari pimpinan PAS Pulau Pinang mempelopori suatu majlis dialog dengan ratusan penganut agama Kristian di sebuah dewan Gereja Katolik di Island Glades, Pulau Pinang. Beliau juga berdialog dengan paderi Kristian di Parit Buntar dan Bagan Serai.
Pengalaman dan Dakwah Saya
Saya sendiri dalam keadaan serangan batuk sejak 3 minggu lalu telahpun menjadikan isu ini sebagai tajuk kuliah di beberapa surau dan masjid di Lembah Klang dan di kawasan Taiping. Bermula dengan kuliah tetap saya pada setiap hari Ahad, saya membawa tajuk ini pada Ahad 3 Januari di Balai Kuliyah Tasawwur Islami, Simpang Empat Semanggol. Memang kuliah saya ditujukan kepada masyarakat Islam sahaja bagi menjelaskan perkara ini dari perspektif Islam dan dakwahnya. Saya menjelaskan bagaimana kita sewajarnya mengambil pendirian yang tepat bagi menggambarkan Islam sebagai agama ALLAH yang benar, yang adil, yang risalahnya untuk seluruh umat manusia bahkan rahmat untuk seluruh alam. Pendirian yang tepat ini akan membawa manusia dekat kepada Islam dan ALLAH sahajalah kemudian memberikan petunjukNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (Al-Quran, surah An-Nahli, 16:125).
Bagaimanapun mengenai dialog, sebenarnya saya telah melaksanakannya sejak lebih 10 tahun yang lalu apabila saya menerbitkan sebuah buku berjodol “Mencari Kebenaran: Suatu Dialog Islam-Kristian”. Buku tersebut diterbitkan dalam lingkungan 10,000 naskhah dan saya edarkan melalui kuliah dan ceramah saya di seluruh Semenanjung, namun dalam tempoh 4 tahun, buku tersebut masih tidak habis walaupun hanya berharga RM2. Akhirnya pada 1989, buku itu saya tukar menjadi sebuah komik dengan tajuk yang sama. Saya dipertemukan ALLAH di Masjid Kolej Islam Malaya, Seksyen 16, Petaling Jaya dengan pelukis komik yang dikenal dengan nama samarannya Rossem. Saudara Rossem, nama sebenarnya Rosidi Semail menyiapkan lukisannya untuk membantu aktiviti dakwah saya melalui Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) yang saya terajui pimpinannya selama kira-kira 17 tahun. Saya sendiri mencetaknya kerana saya ketika itu mempunyai syarikat percetakan yang dikenal dengan nama Perusahaan Litografik Usrah Sdn Bhd. Alhamdulillah lebih 100,000 naskhah dapat saya cetak dan diedarkan sampai ke Sabah dan Sarawak.
Pada mulanya buku komik tersebut mendapat bantahan daripada seorang paderi Gereja Katholik Kuala Lumpur ketika itu (1989). Beliau menulis surat kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri (ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dengan menghantarkan salinannya kepada saya (malangnya surat tersebut tiada lagi dalam simpanan saya), meminta supaya komik tersebut diharamkan oleh KDN dan mengambil tindakan terhadap saya dan PUM yang saya pimpin. Bagaimanapun saya menulis surat kepada paderi tersebut dengan salinannya kepada KDN mengajak paderi tersebut berdialog dengan saya atas isu “ketuhanan Jesus” atau yang seumpamanya mengenai Islam dan Kristian. Surat saya tidak berjawab dan Alhamdulillah buku komik tersebut banyak tersebar dan saya mendapat maklum balas sebilangan non-Muslim yang berpeluang membaca komik itu membawa mereka memeluk agama Islam. Paling terkini 3 minggu lepas, seorang pendakwah muda di Taiping memberitahu saya bahawa beliau telah memberikan 2 buah buku komik tersebut kepada kenalannya yang bukan Muslim kira-kira 3 bulan lalu dan kedua-duanya telah memeluk Islam (Alhamdulillah). Saya berkata kita wajib menyahut seruan ALLAH supaya berdialog dengan “ahlil kitab” iaitu Yahudi dan Kristian (Al-Quran, surah Al-Ankabuut, 29:46).
Dalam posting saya seterusnya mengenai isu ini saya akan jelas dan huraikan seperti berikut:
- Sikap kerajaan yang double-standard dan berdolak-dalik dalam isu yang melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini.
- Pendedahan sikap UMNO yang bermain dengan isu Melayu dan Islam bila berhadapan dengan konflik atau pertentangan antara penganut agama bukan Islam dan umat Islam.
- PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam sentiasa istiqamah pada perkara usuli (dasar) dan boleh berubah dari segi uslub dan strategi.
- Penganut agama bukan Islam khususnya Kristian perlu sentiasa berdialog dengan golongan pendakwah dan gerakan Islam.
8 ulasan:
Apa perlunya hujah panjang lebar.
Yang penting kita kena fikir dan kaji mengapa hanya "Herald the Catholic Weekly" sahaja yang bersungguh2 memperjuangkan pengunaan kalimah 'Allah' dalam terbitan mingguan nya dan bukan untuk lain2 tujuan.
Cikgu pencen,
tanpa hujah hanya menyebabkan seseorang itu hanya pandai terikut2 dengan emosi, orang menyalak2 berdemonstrasi lepas sembahyang Jumaat, dia pun sama menyalak, bila orang kristian keluar hujah, dia menyorok belakang cikgu dia... cikgu dia pulak dah pencen.....
Sayang nama Allah tapi tak nak ikut undang2 Allah...
Cikgu macam ni ke kita nak ikut, cikgu pencen?
Melayu (baca UMNO) kononnya takut kalimah ‘Allah’ dipermain dan dipersalahgunakan. Apakah mereka tak sedar bahawa merekalah JUARA yang mempermain dan mempersendakan Allah dan RasulNya dengan menolak dan mempersendakan undang2 Allah (Hudud dan sunnah)? Dulu kini dan mungkin selamanya...
Isu kalimah ‘Allah’ sebenarnya satu helah UMNO untuk menarik minat orang muda dengan membangkitkan rasa ’syok’ berdemonstrasi dan ber’jihad’ setelah isu perpecahan Melayunya tidak dipedulikan oleh sesiapa... dan mungkin juga selari dengan kempen terbaharunya sebagai juara rakyat...
Janganlah kita termakan dengan umpan beracun yang sedang ditabur oleh UMNO ini...
Cikgu Pecen,
Memang kita patut takut dengan muslihat akhbar Herald tersebut.
Tetapi sekurang-kurangnya kita tahu akhbar tersebut adalah terbitan Kristian, maka kita seharusnya tidak membaca dan mempercayai dakwah akhbar tersebut dari peringkat mula lagi.
Masalah lebih besar ialah kesesatan, kemungkaran dan maksiat yang dipromosi oleh orang Islam itu sendiri. Promosi itu bukan pula di dalam akhbar Herald, tetapi di dalam akhbar harian utama serta juga media elektronik.
Pergaulan bebas antara bukan mahram,pendedahan aurat,nyanyian yang melalaikan lagi memberahikan sudah menjadi perkara biasa dan diterima oleh kebanyakan umat Islam sendiri hasil promosi yang berterusan oleh pihak media massa utama negara hatta isteri Perdana Menteri sendiri tanpa segan silu atau memang jahil agama sanggup bergesel pipi dengan pelakon lelaki Bollywood tidak lama dulu. Tidak ada satu sepanduk atau laungan halus pun dari puak-puak UMNO untuk menegur kemungkaran tersebut. Mungkin ada yang tidak redha di dalam hati sebagai tanda selemah-lemah iman. Harapnya Cikgu Pencen pun termasuk dalam golongan yang tidak bersetuju dengan kejahilan isteri Perdana Menteri tadi.
Bagi saya, mereka yang terlibat di dalam mempromosi maksiat ini lebih merbahaya dari pendakwah Kristian itu sendiri kerana mereka ini mengaku beragama Islam tetapi melakukan dosa dan kemungkaran secara terang-terangan serta menjadi tontonan dan ikutan kepada masyarakat Islam lain.
Aktiviti maksiat seperti nyanyian yang mengkhayalkan serta lakonan yang tidak berlandaskan syariat mendapat ganjaran yang lumayan, sehingga kanak-kanak sekolah keliru dan beranggapan bahawa semua perbuatan jelek itu memang diterima oleh Islam dan merupakan kerjaya yang menarik untuk diceburi. Inilah kekeliruan dan kesesatan yang lebih patut kita khuatirkan.
Seorang guru(bukan Cikgu Pencen) pernah memberitahu saya antara cita-cita anak murid beliau ialah untuk menjadi artis. Inilah bukti bahawa mereka ini telah pun dikelirukan. Tidak perlu tunggu akhbar Herald.
Sekarang keadaan semakin parah kerana kita sudah ada rancangan realiti nyayian peringkat kanak-kanak sekolah lagi.
Pendedahan kepada pergaulan bebas dan maksiat telah dibuat pada peringkat sangat awal lagi dan saya bimbang ia akan menjadi sebati dalam diri mereka dan sukar untuk dibetulkan semula bila dewasa kelak walau pun ianya tidak mustahil dengan kuasa Allah.
Bila ada ustaz atau ustazah cuba menegur, pandai pula menjawab "Tiada Paksaan Dalam Agama".
Inilah fahaman sesat yang sudah sebati dalam masyarakat Islam Malaysia. "Tiada Paksaan Dalam Agama" adalah untuk non-muslim tetapi jika kita sudah mengaku Islam memang kita terikat dengan ajarannya.
Contohnya, solat. Solat itu fardhu dan wajib. Itulah "paksaan" dari Allah. Jika tidak dilaksana maka berdosa besarlah kita.
Sepatutnya sesiapa yang memang begitu bersemangat hendak mempertahankan kalimah Allah dari digunakan oleh Kristian harus juga bersemangat menentang kemungkaran oleh umat Islam itu sendiri.Melainkan ianya mungkin cuma gimik politik sahaja.
Maklumlah, sekarang sudah dibenarkan semula untuk digunakan sekurang-kurangnya di Malaysia Timur.
Wallahualam bissawab.
salam,setuju dengan suratkhabar lama,dulu ada "orang"kata Nabi SAW simpan janggut sebab tak ada pisau gilette,orang mati syahid tak dimandikan sebab dipadang pasir tak ada air..huh..itu lagi lagila menghina nabi SAW,Sunnah dan sekaligus menghina ALLAH SWT..ada ke demonstrasi protes kenyataan tu atau adu ada ke diambil apa2 tindakan atas beliau..ooo.sebab "orang:itu ada super power ketika itu, ini jelas memang UMNO double standard dan sekarang ni buat lawak korey ja...agar rakyat mengalih perhatian dari isu engine jet yang hilang,kes kematian Teoh,minyak dan gula naik harga...nak tipu rakyat hidup2..
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kepada pelawat blog ini, anda boleh ikuti interview eksklusif saya mengenai isu ini dengan Pengarang Berita Harakah, Tarmizi Mohd Jam dan wartawan Nyza Ayub dalam akhbar Harakah (Fikrah Harakah) Bil.1506, 2-5 Safar 1431 (18-21 Januari 2010).
Ust,pendapat saya
Kalau dilihat dari segi hujah ayat-ayat Alquran yang ust kemukakan, telah memberikan gambaran yang jelas bahawa sebelum kedatangan nabi saw, latar belakang masyarakatnya dibumi para anbia'adalah dari keturunan para nabi telah sedia maklum bahawa mereka yahudi dan nasrani mempercayai Allah dengan cara yang batil menyekutukan Allah. Kemudian nabi saw. di utuskan mebetulkan aqidah mereka dan ancaman Allah diatas kesyirikan mereka. Tetapi berbeza situasinya latar belakang masyarakat Islam disebelah kepulauan melayu, mereka latar belakang asalnya bukan dari kalangan yahudi dan nasrani, mempercayai ugama mereka dan menyebut tuhan mereka dengan nama God, dan perkataan Allah asing bagi mereka. Kemudian sesetengah kita pula menyokong permintaan mereka untuk menukarkan nama tuhan mereka daripada nama God kepada nama Allah, walhal kita tahu nama Allah asing dalam kepercayaan mereka dan mereka akan menggunakan nama Allah secara yang batil.Jika dibandingkan tindakan sesetengah kita dengan nabi saw amat berbeza, suasana nabi saw mengajak mereka (kalangan bangsa yang berasal dari keturunan para nabi) beriman kepada Allah dan jangan menyekutukannya. Suasana sebaliknya ,sesetengah kita membenarkan mereka menggunakan nama Allah yang sebelum ini asing bagi mereka, sedangkan kita tahu mereka akan menggunakannya secara yang batil. Tindakan yang bertepatan dengan nabi bagi pendapat saya ialah, membenarkan mereka mengunakan nama Allah dan mengajak mereka tidak menyengutukanNya, dan mengajak mereka kepada Islam, bukan memberi alasan ugama mereka berasal dari agama samawi. Jangan samakan latar belakang keturunan dan kepercayaan mereka disebelah kepulauan melayu sama dengan latar belakang keturunan dan kepercayaan mereka di sebelah bumi para anbia'.
Ust, saya nak tanya diantara golongan yang menyokong, menentang dan yang berdiam diri, mana satu yang selamat aqidahnya.
Wassalam
Salam,
Dalam akhbar UM dan Metro jelas ada keputusan judi TOTO. Ini Akhbar kawalan UBN. Macamana ni. Imej dan suruhan ALLAH sebagai menguasa manusia dan alam ini telah disanggah ni. Mungkin ini tindakan adan amalan tanpa niat atau niat baik tapi amalan kufur.
Patut mahkamah sekurangnya mahkamah syariah mengharamkan akhbar ni..Boleh ke..
Catat Ulasan