tag:blogger.com,1999:blog-1775107434275294190.post3074006935113589917..comments2023-07-05T19:04:06.912+08:00Comments on Ustaz Ahmad Awang: Kewibawaan Ahmad Awang sebagai ulamaUstaz Ahmad Awanghttp://www.blogger.com/profile/06200168252646821612noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-1775107434275294190.post-79838782154482109292010-03-24T13:44:38.720+08:002010-03-24T13:44:38.720+08:00Banyak hadis2 Rasulullah berkenaan dengan doa kepa...Banyak hadis2 Rasulullah berkenaan dengan doa kepada orang yang dizalimi. Ini adalah diantara doa yang mustajab doanya. Diantara hadis-hadis tersebut adalah:- 1. Hadis dari Anas r.a , Rasulullah saw bersabda:

اتق دعوة المظلوم وإن كان كافرا فإنه ليس دونها حجاب

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah." Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan

2. Hadis dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda:

اتق دعوة المظلوم فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة

"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."

Hadis riwayat Hakim - sanad sahih

3. Hadis dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah saw bersabda:

اتقوا دعوة المظلوم فإنها تحمل على الغمام يقول الله عز وجل : وعزتي وجلالي لأنصرنك ولو بعد حين

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berkata : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan

4. Hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

ثلاث دعوات مستجابات : دعوة الصائم ودعوة المظلوم ودعوة المسافر

" Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." Hadis riwayat Baihaqi - sahih

5. Hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:

دعوة المظلوم مستجابة وإن كان فاجرا ففجوره على نفسه

" Doa orang yang dizalimi adalah diterima sekalipun doa dari orang yang jahat. Kejahatannya itu memudaratkan dirinya dan tidak memberi kesan pada doa tadi." Hadis hasan riwayat at-TayalasiHjMisaiKontot :الدليل السياحيhttps://www.blogger.com/profile/03933016451043384927noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1775107434275294190.post-2209199352395579312010-03-24T13:39:02.584+08:002010-03-24T13:39:02.584+08:00Salam,
Islam mengharuskan doa kejahatan kpd org y...Salam,

Islam mengharuskan doa kejahatan kpd org yg menzalimi kita. Ini buktinya:
1) Doa Rasulullah saw yg momohon Allah SWT binasakan mereka yg
menzalimi Baginda dalam kisah perut unta yang diletakkan di atas badan
Rasulullah takkala Rasulullah bersolat di Kaabah. Nabi saw berdoa,
“Wahai Allah, binasakanlah Abu Jahil bin Hisyam, ‘Utbah bin Rabi’ah,
Syaibah Bin Rabi’ah, Walid Bin ‘Uqbah, Umaiyah Bin Khalaf dan ‘Uqbah
bin Abi Mu’ith.” (Hadith Sahih Riwayat Muslim)

2) Doa Rasulullah saw yang mendoakan agar matinya Uthaibah (anak Abu
Lahab). Uthaibah mendatangi Nabi saw dan mengatakan kata-kata yang
menyakitkan hati Rasulullah saw. Atas perlakuan itu, maka Rasulullah
saw telah berdoa kepada Allah SWT, agar mengirimkan anjing-anjing
Allah untuk membinasakan Uthaibah. Dan apa yang telah didoakan oleh
Nabi saw terhadap Uhtaibah itu benar-benar terjadi.

3) Doa Saidina Sa'id bin Zaid yang mendoakan seorg wanita tua, Arwa
binti Aus yang mendakwa tanah milik Saad adalah milik beliau. Saidina
Saad mendoakan agar wanita tua itu dibutakan matanya dan dimatikan dia
di tanah yg dia dakwa miliknya itu. (Hadith Sahih Riwayat Muslim)

4) Doa Ummu Habibah (Ummul Mukminin) dalam kisah kelakuan biadap
seorang lelaki yang menyelak tabir semasa Ummul Mukminin itu berbicara
dgn Saidina Uthman Affan. Ummu Habibah mendoakan agar lelaki itu
terpotong tangannya.

5) Doa Saidina Hussain sebelum wafat dibunuh di Karbala, mendoakan
sipemanah yang memanahnya dibutakan mata dan terpotong tangannya.

6) Doa yang diajar oleh Rasulullah kepada seluruh umat Islam yang
dizalimi, Qunut Nazilah yang membawa maksud:
“Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkanMu di batang-batang leher
musuh-musuh kami dan kami berlindung denganMu daripada
kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah-belahkan dan
kacau-bilaukan persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada
mereka wahai Tuhan yang gagah perkasa, wahai Tuhan yang penuh raksasa,
wahai Tuhan yang bersifat murka.
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.”Jack O Lanternhttps://www.blogger.com/profile/12961993354809105928noreply@blogger.com